++++++++++
SAM USJ
Sorry eh, adik-adik Sekolah Agama Menengah USJ ! Lambat lak Mama tulis lapuran nih. Dah ingat-ingat lupa dah kat korangs .. heheh
Gurau jer, mana leh lupa budak-budak kuat makans nih !
++++
SAM USJ masuk sebaik sahaja cuti sekolah bermula Jumaat lalu. Ini adalah kali kedua mereka kesini. Walaupun program ni dibawah kendalian AROS, tapi banyak aktiviti, kami yang buat.
Mengikut tentatif program, SAM USJ sampai pukul 9 pagi, Jumaat. Heran gak, bertolak dari sekolah jam 8 pagi; 9 pagi sampai Kem. Wah naik BasLaju mana lak budak-budak nih ! Satu jam dari USJ ke Kampung Chinchin, Jasin, Melaka.
Tapi, kan fasi-fasi
Lepas solat Jumaat baru sampai.
Baik sahaja. Comel sahaja. Makan tengahari pun tak habis. Masih kontrol ayu-macho gitu.
++++
Program dimulakan dengan bacaan Doa oleh Fikry. (Iyer, Fasi KLD nampak nakal, tp bab agama - semua paras, okay !)
Acara pertama petang tu, selepas kenyang minum petang - ialah Obstacles-Run dan Water Confidence. Water Confidence ialah aktiviti wajib untuk peserta. Bukan sahaja ianya perlu untuk melakukan aktiviti di Kem, tetapi manalah tahu satu hari nanti anda perlukannya - sudah tentulah anda tidak panik jika berada dalam air, kan ?
++++
Malam, Fasi KLD relax sahaja, sebab AROS handle peserta. Cuma on-guard sahajalah, menjaga keselamatan.
++++
Hari Sabtu buat Country Trekking, Kayak dan Rakit. Hmm.. kan dah lupa sapa menang ...
Malam ada BBQ dinner. Nasi Lemak, sambal udang, sambal ikan bilis, baked fish (baked Ptin Portugese-style - walla !), ayam madu dan sosej. Timun dan sos-sos. Err .. licin ! Ayam jer tinggal sikit.
Ada malam kebudayaan. Peserta buat persembahan.
Lepas tu, aktiviti bebas. Budak lelaki dengan fasi-fasi main futsal di Dataran. Goal main tanda dengan selipar jer. Pun, jadik :)
Main kalah-mati. Sapa score gol, menang. Pasukan kalah, keluar. Tu yang 2 saat dah menang tuh. Fasi yang menang. Menang sampai 8 game, Keeper terbaik Dunia lak nak main - jadi goalkeeper. Terus fasi kalah. Sabar jer tau, Keeper terbaik dunia nih.
Entah pukul berapa dia orang tidur. Maklumlah Kem Release Tension. Suka-suka jerlah :)
+++++++
Last day, tentulah War Game. There's 20 thousands words to describe it. Click kat Recents Post tuh.
+++++++
Bye SAM USJ !
No comments:
Post a Comment