Semakin hampir menghabiskan episod Puasa tahun ini. Entahkan ada umur entahkan tidak untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun depan. Wallah hualam.
Kerja-kerja di Kem dah banyak selesainya. Tapak Puteri dah siap dah, tak sangka bila dah siap, lebih besar dari jangkaan kami. Bestlah anak-anak dara bila bercamping nanti, boleh pasang tents ala-ala bercamping di tepian pantai gitu.
Kerja-kerja mengecat pun, tinggal yang rumit-rumit dan yang mencabar kesabaran :) Menyesal pasang batu angin, yang berlubang kecil banyak - seksa sungguh nak mengecat dalam lubang-lubang tu. Sian, Syafiq.
Sunyi kat Kem, tanpa bising-bising peserta. Haiwan-haiwan yang ada jer, sesuka hati keluar. Kesian dia orang tiada makanan, kami campak-campakkan lebihan biskut-biskut. Untuk burung-burung, campakkan kacang hijau dan beras. Ikan dalam kolam belakang Dewan Makan kami campakkan biskut juga. Kalau tak, dia dapat makanan dari benda-benda yang datang dari parit Dewan Makan.
Kumbang ni landing atas pokok depan Anjung Kelana.
Gambar Alex, Maya dan family tak de. Tah mana tah dia orang pi lepak. Dah kenyang makan biskut kots.
3 comments:
Jawab komen last entry.
Rudy :
Okay jer :) Kena booked cepat sebab next year (Jan dan Feb) pun dah tak banyak dates. Sekolah-sekolah dah pandai, dah booked utk tahun depan. Salam Raya utk Rudy, Insiyrah dan Hiroshi. Salamkan salam akak kat Geng Kolej 6.
Basri : Datang jer kalau rindu. Salam Raya utk Lin dan anak-anak semua. Er, bila nak datang ? Datanglah Raya sini :)
-kak g-
Anony : Template dari Pak Ithnaini, tp saya edit ikut suka :) Click isnaini kat bawah page saya. Thanks for visiting.
kak g..xdpt tgk mahupn tag kat tagboard..ada problem tuh kut..neway...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR N BATIN...maaf dimohon sempena bulan baik nih..=)
krim salam kat paklet n sekeluarga..aaa tahun nih open house?? ghehehe
Makin berseri nampaknya kem. Entah bila akan dapat menjejakkan kaki ke sana. Salam Aidilfitri buat Kak Gee sekeluarga.
Idham
Belanda
Post a Comment