KLD - biru, putih dan hijau, tenang dan damai di bawah langit Ramadhan !
Hari ni, dah lapan hari kita berpuasa, kan ?
Bulan puasa, kami bercuti sebulan. Tidak mengambil sebarang tempahan. Bercuti pun, bukannya tak buat kerja langsung. Malah, lagi banyak kerja yang perlu dibuat. Inilah masa untuk membuat kerja-kerja maintenance - repair apa yang patut, mengecat, menaiktaraf kemudahan yang ada dan lain-lain.
Jadual kerja, padat. Sebaik keluarnya SMK Cheras Perdana, pelantar depan office telah direpair. Buka balik semua lantai-lantai dan tukar tiang-tiang yang tak kuat. Sekarang, dah boleh berlari balik atas pelantar tuh.
Habis tu, kerja-kerja meracun. Umbai, menerung dan rumput bukan boleh dibiar. Kalau tidak nanti, tasik jadi cetek. Tak sanggup nak mencabut, Syafiq dan PakLet meracun dari atas bot. Kalau Matger dan Kemang dahulu, mereka cabut.
Siap meracun, kerja-kerja mengecat bermula. Hampir 40% siap. Anjung Kelana, Pentas dan separuh Dewan Makan.
Sambil tu, kerja-kerja membasuh juga giat dijalankan. Selain dari linens chalet-chalet, semua, IYER, SEMUA cadar-cadar, kain selimut dan sleeping bags fasi telah dibasuh. Sekarang dalam proses membasuh baju-baju, tracks bottoms,
Tapak Puteri. Sudah cantik diisi dengan pasir. Sudah boleh bercanda di tepian pantai gitu. Seluruh Tapak Puteri sudah berpasir. Bestlah, tents sudah boleh pasang atas pasir. Dan siaplah, Boss Khemah - Toyak dan Cicha nak layan khemah berpasir :) Kerja membuat border hampir siap, tinggal nak plaster sahaja.
Pasir Gred A untuk Tapak Puteri. 15 lori besar. PakLet anggarkan Tapak Puteri boleh memuatkan 120 orang peserta sekarang.
Setor bawah tanah untuk Bilik Kecil 15 buah juga sedang dibuat. Asalnya 10' x 10' x 10 '. Sekarang ni, luas dan lebar memang 10' x 10' tapi dalamnya dah terlebih sebab JCB terlebih sikit mengaut. Hantam jerlah ! Setor lama tuh tak cukup untuk menampung peserta yang ramai. Takkan setiap minggu nak panggil IWK menyedut pulak.
++++++++++
Malam tadi, Raup datang. Dia belanja kami makan kat Kedai Siam Jasin Hilir. Terima Kasih, ye Raup !
3 comments:
wah wah kak G, naik taraf nampaknyaaa.... mungkin ada satu grup dr tmpt kerja sy akan usha Kak G utk buat teambuilding. Jgn lupaa komiseeeennnn nyaaa~ hahahaha!
Bertambah dabomb KLD, cayalah! Aduh rindunya nak berkubang dalam tasik...
Assalamualaikom Wbr.
Tahniah Blogpage anda hebat, saya kagum dan tertarik membaca isi2nya. kat mana anda buat blog page anda? Buat sendiri ke?
Post a Comment