Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, September 07, 2006

Minggu Lepas

Sudah lama tidak update blog, rindunya ! PC sudah okay semula setelah parah dicacingkan the big 'B'. Sakit hati betul dibuatnya. Asri menghabiskan masa seharian membuat apa yang patut, tapi PC masih merajuk, masih slow giler sehingga akhirnya saya terpaksa cari technician Dell untuk mengodek. Format semula. Barulah seperti biasa !

Minggu lepas, minggu sibuk sebab ada 2 grup di Kem - Kolej Matrikulasi Melaka dan SMK Taman Medan. Fasi pun ramai. Bagaikan gathering fasi pula - yang tak 'on-duty' pun datang berkunjung.

Fasi bertugas minggu lepas :
KMM - Zack, PG, Faiq, Asyraf, Toyak, Kudin dan Blue.
SMK Taman Medan - Wan (Camp Com), Pakdi, Zul, Ghazali dan Cicha. Zul fasi baru. Nama penuhnya, Zulhusni. Student UPM. Dia ni swimmer dan ada lesen menyelamat. Juga main rugbi macam Faiq. Sukalah Faiq, ada geng sembang rugbi. (Owh, juga tall, dark and handsome ! hehe)

Dapur - Syafiq, Adi dan Boss.

Fasi lain yang datang - Dino, Madas, Asri, Tompel, Raup dan 'Fasi Pertama'. Matger dan Kemang jangan ceritalah, suka tak suka, mereka tetap ada :)


Photobucket - Video and Image Hosting
Madas dan Wan

+++++++

Geng Dapur hari Khamis dah ada, mengupas bawang, mengemas dapur, blend cili dan segalanyalah.

Jumaat
Wan dan Toyak, pagi lagi dah sampai. Mengemas dan mengeluarkan khemah-khemah. Tengahari sikit, Blue, Kudin, Ghazali dan Zul pula sampai dari Serdang. Cicha sampai. Ramai-ramai menyiapkan apa yang patut. Kami menunggu SMK Taman Medan.


Photobucket - Video and Image Hosting
Engineer Electric cuba menyelesaikan masalah 'speaker'. Apa yang kami belajar dari dia, ialah cara-cara 'gigit wayar'. huh !


SMK Taman Medan sampai. Penyerahan peserta kepada KLD. Taklimat , undang-undang Kem, solat Asar dan minum petang. PakLet handle dulu, lepas tu serah pula kepada Wan. Ini kali pertama Wan dilantik menjadi Kem Komandan. Cicha ada, Pakdi ada - semua membantu Wan.


Photobucket - Video and Image Hosting


Sedang sibuk-sibuk dengan Taman Medan, Kolej Matrik sampai. Masa ni, bersyukur - tanah depan tuh dah ditolak., kalau tidak payah juga 6 buah bas nak parking dalam Kem. Belum lagi kereta-kereta pegawai, cikgu-cikgu, fasi-fasi (fasi-fasi KLD kan dah kerja, kan dah berkereta.)


Photobucket - Video and Image Hosting
PakLet dan Zack. Tak tahu pasal apa, dia orang berpeluk-peluk ni.


Malam kedua-dua grup buat Ice Breaking. Taman Medan pergi Night Walk.


Photobucket - Video and Image Hosting
SMKTM dengan Abang Wan

Photobucket - Video and Image Hosting
Pengawas lelaki SMKTM

Photobucket - Video and Image Hosting
SMK Taman Medan, sebelum pergi NightWalk


KMM selepas pukul 12 malam hingga 2 pagi kena ambil tandatangan Pegawai dan Fasi-fasi.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ice Breaking @ Anjung Kasih


++++++

Sabtu


Photobucket - Video and Image Hosting
Rakit nak berlepas


Photobucket - Video and Image Hosting
Mendengar taklimat dari PakLet, sebelum mula Amazing Race.


Photobucket - Video and Image Hosting
Amazing Race. Sebelum Paya Selut.


KMM buat Amazing Race, Water Confidence dan Rakit Race
Taman Medan buat Obstacles Run, Water Confidence dan War Game.

Malamnya - Taman Medan ada ceramah Kepimpinan dengan Encik Kamal. KMM dengan PakLet. Lepas tu, adik-adik SMK Taman Medan, tidur dan KMM pergi Night Walk.

++++++

Ahad

Adik-adik buat Rakit Race. Abang-abang dan kakak-kakak pergi berperang.

++++++

Gambar-gambar, Mama will upload esok. Dah ngantuk nih :) Click kat Ogyrosli Fotopages, atas kanan tu yer. A pictures tells a thousand words, kan. There will be more than 50 thousand words for u guys. hehe.

++++++

Tetamu Istimewa.

Wazir, fasi pertama Kem datang berkunjung. Bawa family dia sekali. Jadi, hantarkan wife, mak Wazir dan ipar-iparnya ke rumah saya. Wazir dan adik-adik lelakinya tidur di Kem.


Photobucket - Video and Image Hosting
Paklet dan Wazir


Wazir rindu air tasik dan angin Kem. Rindu pada Anjung Kelananya. Dan kami berdua rindu pada dia, rindu pada KLD yang lama. Dah datang Kem, kalau dah fasi tu, tak sah kalau tak 'kerja', kan ? Wazir sempat lah strum guitarnya untuk kami dan juga untuk peserta. Lagu wajib Wazir, tentulah lagu kesukaan kami berdua - lagu iklan Gardenia. "Cuba rasa, enak tak terkata, ohhh gardenia, enak dimakan begitu sahaja ..." Wazir main juga lagu "Masihkah kau ingat " ( ni jer liriknya dari awal ke akhir, style KLD), Semangat yang Hilang dan a few other songs. Peserta menyanyi sama. Fasi sudah tentulah :)

Terima kasih Wazir.

++++++

Soalan saya kepada fasi-fasi di Kem minggu ni, "Kau tengok InaMawi ker Siti ?" Amboi, mamat-mamat tuh, sorang pun tak mengaku. Semua cakap tak tengok. Semua cakap studylah, main badmintonlah, tengok channel sportslah dan macam-macam alasan. Jawapan maintain macho.

Tapi, macam mana korang tau, Ina jawab, "saya, bang" (dengan penuh kelembutan wanita melayu terakhir) dan mana korang tahu lutut dato' K mengigil masa bersanding ? Dan kenapa korang asyik nyanyi lagu Penawar Rindu. why ? why ? why ?

Podah, tak tengok ! Eleh, dapat gaji minggu lepas sure terus gi beli buku Ina !

(weh, nanti bawak Kem. nak pinjam ni)


Photobucket - Video and Image Hosting
Kami bergambar ramai di Pentas, Dataran Insan. Duduk depan dari kiri : Zul, Kudin, Boss, Toyak, Zack, Faiq, Blue dan Ghazali. Baris kedua dari kiri : saya, Adi, PG, Asri, Asyraf, anak Wazir (pj biru). Berdiri dari kiri : Wan, Pakdi, Cicha, adik Wazir, Wazir, PakLet, Fikry.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni masa peserta dah balik, sebelum mengemas Kem. Duduk depan sekali, dari kiri : Cicha, Asyraf, Dino. Baris ke-2 : Zack (belakang Dino), Asri, Toyak, Boss dan Matger. Baris ke-3 dari kiri : Fikry, Faiq, saya, PakLet, Blue, Kudin, Zul, Adi. Belakang sekali dari kiri ; Pakdi, PG, Syafiq, Wan dan Raup.

Photobucket - Video and Image Hosting
Cicha menyelesaikan masalah. Tak ada orang nak ambil gambar kami. So Cicha wat camni. Oklah camni Cha ! Lawa gak gambar !

2 comments:

wynn said...

suke kak g gelak ye?

melatiraudahrosli said...

wahhh, besh nya . teringin nak g sini lagi . mmg besh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...