Selamat Berpuasa Basri dan Pulut Hitam :)
:: Pak Let dan Kak G ::
+++++++++++++
Cita-cita saya
Cita-cita dan harapan untuk rajin memblog hanya tinggal angan-angan sahaja. Tidak kesampaian.
Saya sudah punya tugas baru - menjaga ibu saudara yang sakit. Parkinson dan heart problems. Mak saya, 3 beradik. Yang saya jaga ni, kakak Mak. Dia ada 2 orang anak, sepupu saya. Tetapi sepupu saya ni, baru sahaja balik dari France setelah menjalani pembedahan otak. Iyer, case cam Dino. She is okay, dia dah sihat, tetapi tidak sepenuhnya. Dan iyer, adik-adik fasi - dia sepupu saya yang doktor tu. Jadi, saya ambil alih menjaga Ibu saudara ni. Ni kali kedua saya menjaga dia. Dulu masa dia kena stroke, pun ke Jasin juga.
Memanglah di rumah saya ada 2 orang maid. Tapi nak bagi ubat, nak check punggung dll tuh, saya juga yang kena buat. Kadang-kadang tiba-tiba rebah, oksigen tak sampai kepala - mana lah boleh diharap pada maid. Saya pun tak sampai hati jika dia dijaga 'orang luar' sahaja. Kalau jaga sendiri, boleh juga bagi dia makan makanan yang dia suka, ada cucu-cucu untuk bermanja dan jiran-jiran yang datang melawat bersembang dengan dia.
Ibu saudara saya ni memang tidak kuat lagi. Kena pakai adult diaper, jalan berpimpin dan makan bersuap. Kena dimandikan dan dibersihkan selepas buang air. Sedih saya tengok dia.
++++++++++
SMK Cheras Perdana
Saya terlepas dari menulis lapuran untuk Grup yang masuk selepas SMK Tmn Medan dan Kolej Matrik Melaka. Kami ada KUIM, IKM dan UIA. UIA keluar hari Ahad, dan Isnin pula SMK Cheras Perdana masuk sehinggalah semalam - hari Rabu.
Dah lama dah tidak melayan 'budak kecik'. :)
Seronok bersama budak-budak ni. Masa check beg (biasalah, mencari barang-barang larangan), pun dah gelak sangat dah. Macam-macam mak-mak mereka packkan. Segala tok-nenek mee segera dalam dunia ni ada. Segala macam roti, segala macam minuman. Ada yang bawak Milo satu tin. Nak meniaga ker ?
Dia orang ingat tidur hotel ker ? Amboi bawak beg beroda bagai. Bawak baju lawa, jeans bersulam bagai. hehe.
+++++++++++
Mula-mula mereka tak happy. Masa night walk semua komplen - penderaan kepada murid-murid. Lepas difahamkan 'nilai-nilai' positif yang didapati dari aktiviti ni, semua seronok pulak. Terkekeh-kekeh ketawa bila Cicha beritahu. "apa motif hantu tuh nak kacau awak ?" . Hantu pun ada kerja dia gak dik. Tak kuasa dia nak kejar korang. Lagipun mana ada kita dengar hantu buat jahat. Lebih-lebih dia tunjuk wajah dia jer. Kita jer tengok dia tak hensem, kita takut. Pastu, kita tuduh dia jahat. Manusia jahat ramailah - jual dadah, rosakkan anak orang, ambik rasuah,
Esok harinya, dah buat aktiviti, semua happy dah sehingga ada yang tak nak balik pula.
Kena balik lah bebs, abang-abang fasi dah 6 hari tak balik rumah dah. Straight kerja dari Jumaat.
Let the pics tell the story, okay ?
Kasut-kasut di luar Anjung Kasih. Lawa susun, lepas kena marah :)
Permulaan rakit. Asyraf sempat posing.
In, out, in, out .. sweeeeeeeppppp ...
Menunggu giliran.
Dia leh pergi sampai hujung Hutan Gelam budak nih.
++++++++++++
8 comments:
hi.... ni mira... bila nak letak gambar lain?! (",) kirim salam kat semorang kat situ! terutama abg toyak!
alop shemue .. ni kila . dri smk cheras perdana . ingt lagi tak ?
kila miss time kt kem .
waaaa . windu yg teramat laaaaa =]
hope taon dpn dpt pegi kld lagi . amin ..... mama g , mknan sedap laa . kila tgah lapa nie . teringt kat masakan mama . ehehehehehehe .... pak let ayah yg baek dan cool =]
abg2 fasi kdang2 garang kdang2 gatal !
agagagagagaga , xmo mara .. nnt cpt twe , kwang3 .. klu dtg cp, jgn lupe jeguk kteorg ... tao tao .
selamat berpuase kt geng2 kld . raye dtg la rumah . =]
HI,ini manjeet ni(lah yg lari maraton tu,MASA NIGHT WALK).SAYA NI TAK SABAR2 NAK lihat gambar2 LAINLAH.KIRIM SALAM KEPADA semua(terutamanya pak rosli,mamaji,abg toyak,abg fasi,blah,blah,blah,dan sebagainya)
what's up...saya atika. kem lambaian danau memang best. rasa macam nak pegi lagi.thanks kat mama G. masakan mama memang sedap.hari tu tak sempat nak ucap thanks.night walk malam tu memang best especialy bila pak let cite balik gelagat budak masa night walk. mesti tergelak punye la. saya harap lepas ni ada peluang untuk pegi lagi. thanks kpd fasi kat sana sebab sabar layan kerenah kitorang. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.
oit...nak ckp skit,kem ni best makanan ok...tp time nitewalk menakutkan!!tp time nitewalk ade yang lemah semangat![natalie]sory yer...raya nnt minta maaf la..tp fasi yg benama abg asyraf tu poyo
@bajet!tp fasi kat sini bes2!semoga antu2 kat sini x de dah,amin.........
fuhhh..
gambar2 ni mambangkitkan nostalgia sungguh...
tengok explorace final aritu pun teringat KLD..
selamat berpuasa jugak utk kak g, paklet n seluruh warga kem...
Yo,apa khabar Pak let dan semua abang2 dan kakak2 fasi dan mama ji dekat kem.Ini (Avinesh)kat sini.Dah lebih 1 minggu lepas balik dari kem dah mula miss nightwalk,masakan mama ji,wargame dan lain-lain lagi.Nightwalk memang menakutkan walaupun saya belajar taek-won-do,mula-mula tak takut apabila jalan berdua dalam hutan apabila abang fasi dress up seperti hantu dan menakutkan saya dan kawan saya (Danial).Tapi nightwalk memang bes nasib baik tak de hantu kat cheras.Pak let kalau ada masa chat dengan saya dekat friendster(manjeetssidhu@yahoo.com)n manjeet (muje maaf karteya please).Kalau ada gambar lagi tlg masukkan mama ji sebab saya nak lihat gambar yang lain.(Please n thank u)
Selamat berpuasa kat semua kat kem.
Peace from P.I.
haloo !!!!
lydia ney .
ingat agy ?
heee
mish loh .
kalo leh nak g agy loh .
heee .
nak makan msakn mama .
huhu .
yummiiiee . sedap .
heee .
mish bangtt kat sume .
tlg kem salm ek kat sume .
senang2 contact la yer .
hee .
muahx3 !
-LYDIA-
Post a Comment