Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, August 29, 2003

~kucai oh kucai

~When kuchik start writing...
Ini kisah si Leftenan Muda Kucai pula. Tempohari semasa budak-budak dari UKM datang buat program di sini, Kucai catat satu sejarah. Agaknya kerana si Eiha datang, dia memang gembira sebab mangsa-mangsa yang dia hendak buli bertambah. Kesian si Eiha selalu kena buli tetapi sekarang dia dah makin pandai hendak membalas. Ada peningkatan semenjak Eiha bercampur dengan budak-budak di kem ini. Biarpun sekarang pun dia masih lurus, tetapi sekarang dia akan fikir dulu sebelum dia ikut mana-mana arahan dari fasi-fasi lain. Selalunya dia main ikut je.

Cerita Kucai ini time kami breakfast pagi Sabtu; masa tengah syok-syok melayan breakfast, keluar kisah si Kucai (kami sesama fasi, Pak Let, Pak Man & Kak G, Kucai belum masuk scene lagi time nie). Kisah si Kucai masa sekolah, kisah dia masa kem baru buka, kisah dia yang pantang jumpa air sikit, nak terjun. Memang dia tough orangnya, biarpun kecik. No wonder, dia leh jadi Leftenan Muda Kucai. *Bangga sket!!* Dah nak masuk ending dah cerita, kisah parents dia lak kuar. Rupa-rupanya mak kepada si Kucai nie adalah x-classmate kepada cikgu Jamsari. Time kami kecoh-kecoh itu, barulah watak Kucai ini masuk.

Apalagi, soalan bertubi-tubi menyerang Kucai. *macam main games lakz*. Semua orang macam tak puas hati je dengan jawapan si Kucai yang ndak tak ndak je jawab. Si Kucai nie rupanya dah tahu yang Cikgu Jamsari nie ada bau-bau bacang dengan dia selama ini. Dia sengaja buat-buat tak tau. Tengah menjawab soalan-soalan yang datang, dia sibuk nak makan. *memang tak kisah langsung apa yang orang tanya*

Kemudian adalah suara-suara yang suruh Kucai bersalam dengan Cikgu Jamsari. He refused mulanya, yelah tengah dok melantak time tue, org sibuk suruh dia salam pulak. Paksa punya punya paksa,dia bangun tetapi dia peluk tiang kat dapur tue elok je. Paksa lagi, last-last dia ikut. Dia salam, lepas itu kami suruh dia cium tangan cikgu Jamsari. Dia dah makin blur dah time tue. Dengan terkebil-kebil, dia cium tangan cikgu Jamsari. Part paling best, Kucai ikut je apa yang kami suruh. Lurus je, innocent je muka dia time tue. Dah cium tangan tue, baru dia perasan yang dia dah terkena. Nak cover dia dah kena, dia gelak sekali. *Merah je muka time cover tuh*

Bukan selalu boleh gelakkan si Kucai, sebab dia yang asyik sibuk hendak kenakan orang. Masa dia terkena, dia akan cepat-cepat kenakan orang balik. Orang yang hendak kenakan dia, last-last orang tue yang akan terkena balik. Part-part nak buli orang, part nie memang dah macam kerja dia dah. Sekali dia terkena, memang best juga tengok.

::Additional notes::
Rasanya since last week, semua orang kena sakit peluk tiang version Fakhrin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...