Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, July 15, 2003

Amir

Hari Jumaat dan Sabtu kami ada Group. Amir nak balik, telefon Abah. Abang cakap kat dia, janganlah balik, esok je Abah dan Mama bawak adik-adik jumpa Along kat hostel. Dia balik jugak, naik bas. Hari ni outing jer, pukul 6 petang kena masuk ke hostel balik. Lagipun next weekend, balik wajib. Dah boleh balik rumah. Bukan apa, Abang takut kami tak sempat nak hantar dia balik ke hostel. Betul juga, group keluar lambat. Akhirnya, Fendi dengan Shasha yang diarah hantar Amir balik ke hostel. Kami tak jumpa pun dia.

Ahad, Sham dan Zu dtg ke Kem bawak anak-anak Aiman dan Qistina. We had an early lunch kat kedai Akak Sajen. Lepas Sham anak beranak balik, kami balik, ambik Mak, Hafidz, Nadzrin dan Nana. Ke Melaka. Berhenti dulu kat Patissfrance, beli bun-bun dan jam roll kegemaran Amir. Kena beli lebih sebab roomate dia 12 orang. Tengok dia dengan kawan-kawan dia. Dia paling tinggi. Nak kiss dia sekarang, dia kena bongkokkan badan hulur pipi kat saya. Bila tengok dia besar macam tu rindu pulak masa kecik dia. Cepat sangat dia membesar. Dapat jumpa pun 2 minggu sekali. Dah la weekend kami ada group, jumpa pun sekejap-sekejap saja. Jadi, kami mencuri masa jumpa dia pada hari-hari lain. Kadang siang, kadang malam. Warden pun dah malas nak marah kot. Kalau tak tengok muka dia, saya rindu. Luv ya, honey !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...