Thursday, November 15, 2007

SMK Saujana Impian

Sorry guys, baru sempat nak update blog !

I was very busy - kerja-kerja maintenance Kem masih berlangsung dengan hebatnya.

++++++

Hari Isnin, ke Airport Senai ambil Along, sakit pulak dia. Bawa balik rumah, masih sakit, bawa ke GP, sakit lagi. Akhirnya bawa ke A & E, Hospital Pantai, bermalam 2 malam.

Rabu, Along balik rumah, Nadzrin pula ke Kem Kepimpinan anjuran PPD. Kem ni untuk semua bakal Ketua Murid 2008 di sekolah-sekolah rendah Daerah Jasin. Hari sama, Nadzrin terima anugerah pelajar terbaik Tahun Lima, tempat pertama dalam kelas dan aliran, pelajar terbaik bagi matapelajaran Matematik, Sains, English dan Kemahiran Hidup.

++++++++

SMK Saujana Impian, Kajang.

Orang Kajang datang ! Pelajar-pelajar Tingkatan 1,2 dan 4. Paling ramai pelajar Tingkatan Satu.

Tema Kumpulan minggu ni, segala yang berkaitan dengan Kajang - jadi kumpulan-kumpulan bernama Sate Kajang, Metro Kajang, Penjara Kajang, Lipat Kajang, Kertas Kajang dan Kajang Pak Malau.

Cheers pun pelbagai - termasuklah style boria !

Thanks to Encik Zarif ataupun dipanggil Abi oleh anak-anaknya, Ustaz, Cikgu Rozana dan Cikgu Halimatun kerana sudi berkampung di KLD selama 3 hari 2 malam.

Berjaya ! Dapat mendirikan paku-paku atas sebatang paku sahaja.

Semasa Danau Race, di Paya Selut. Semua cikgu-cikgu ikut serta dalam aktiviti ini

Posing depan Kem

Dengar Ceramah

Luqman sedang mencuba menegakkan paku-paku.

Tangan-tangan yang berjaya !

Budak pandai sifir ! botol, lapan, sembilan, sepuluh, sebelas, duabelas, tigabelas, botol ! Tapi tak pecah rekod Kem pun !


Pakai BA sebelum Tubing Race

Tepi tasik sebelum Tubing Race. Dengan Abi dan Ustaz.

Menuju ke Simpang Kebun Koko

Task semasa Danau Race

1 comment: