Friday, March 24, 2006

Kerja Kosong Di KEM LAMBAIAN DANAU

Iklan Kerja Kosong yang saya letakkan di blog ni, mendapat berbagai respons. ( alahai, puas fikir, apa respons in malay - minda ku beku lak ! )

Ada yang SMS, ada yang misscall.

Ada yang email.

Ada juga yang berlakon. ( Part nih, sebenarnya kecik hati dibuatnya. Anda begitu hampir dengan saya, u can just ask me anything, anytime, u want. Lagi mau berlakon. Sedey weh ! Teringat masa mula-mula kenal ko dulu. Macam mana saya menerima anda. I took u in, bebs :( Ampeh ko nih. Biarlah. Harap-harap saya pun boleh terus berlakon seperti anda. Sabarlah wahai hati. )

:(

Tapi ramai juga yang genuinely nak mintak kerja.

+++++++++++++++

Thanks to Encik *** yang telefon dari NS pagi tadi. Encik, sila minta mereka-yang-berminat-nak-kerja tu emailkan kepada saya di lambaiandanaukem@yahoo.com info-info yang saya inginkan.

Ikut seperti di bawah :

Borang Permohonan

1. Nama Penuh
2. Alamat Tetap dan No. Telefon
3. Alamat Tempat Belajar / Bekerja dan Emel Add
4. Handphone No.
5. Kelulusan Tertinggi
6. Pengalaman Berkaitan 'Outdoor' atau 'Motivasi' (takde pengalaman, pun tak pe)
7. Siapa Perlu Dihubungi Jika Berlaku Kecemasan

Contoh :
1. Syarifah Diana binti Syed Dahlan
2. 123, Jalan 4, Taman Merak Kayangan, Air Keroh 75450, Melaka. 06-2789123
3. Tahun 2, Kolej Pandai-Pandai Belaka, Bangi, Selangor. dianadahlanlawa@yahuu.com
4. 012-3456789
5. Diploma Sains Sukan
6. PLKN, peserta 'wall climbing' peringkat Kolej.
7. Ayah - Encik Syed Dahlan Syed Dalib. 123, Jalan 4, Taman Merak Kayangan, Air Keroh 75450, Melaka. 06-2789123

Tidak perlu tulis surat. Cuma tuliskan info-info yang diinginkan itu dan juga soalan-soalan yang berkaitan, jika ada.

Jika ada masalah, sila telefon 019-3682498. Terima Kasih.

3 comments: