Saturday, October 16, 2004

Selamat Berpuasa

Dah 2 Ramadhan baru dapat nak mengucapkan Salam Ramadhan :) Salam Ramadhan buat semua yang mengunjungi Dari Hutan Ini.

Dah 2 hari cuti dari bekerja. Jumaat hingga Ahad ni cuti, Isnin baru kerja balik. Tu pun boss saya kata boleh kerja 1/2 hari 7.30 sampai 12.00 tengahari. Pastu boleh balik, masak !

Tahun ni Nana mula berpuasa. Walaupun belum 6 tahun lagi tapi saya dah mula melatih dia membiasakan ddiri dengan ibadah puasa. Bukan setakat puasa sahaja, dia juga mengaji dengan abang-abangnya. Ustaz datang rumah seminggu 4 kali mengajar anak-anak mengaji Quran dan belajar Fardu Ain. Tahun ni mereka mengaji dan khatam untuk Datuk mereka, ayah saya.

Memujuk dan melatih anak puasa kena sabar. Saya suruh dia masuk tidur awal, pukul 9 malam supaya nanti tidaklah mengantuk sangat masa sahur. Sahur, makan nasi saya suapkan. Minum Milo secawan.

Alhamdulillah macam abang-abang dia dulu, semuanya puasa cukup sebulan Ramadhan. Apapun baru 2 hari. Latihan berpuasa memang elok untuk anak-anak. Mengajar mereka tabah dan kuat semangat.

Menu puasa hari pertama kami : siput sedut masak lemak degan keladi, nenas masak paceri, meehoon goreng, kuih badak keledek, ikan bilis goreng untuk orang yang berpantang makan dan air tebu. Semuanya saya masak kecuali air tebu dibeli dari Pasar Ramadhan.

Untuk sahur saya bangun dan masak lauk lain - sayur bayam, ayam goreng dan sambal sotong. Masak sikit-sikit sahaja sebab bukannya makan sangat pun.

Hari ni ramai berbuka sebab Li pun ada balik. Dan hari ni saya buat Bread and Butter Pudding agar-agar Gula Melaka, sambal ikan bilis dan Ayam Kurma. Mak mertua Ida bagi rendang ayam, Rubiah hantar bubur som-som, beli soto Bidin, beli kuetiaw kerang, beli air kelapa dan air tebu.

Resepi Bread and Butter Pudding



3/4 tin susu sejat Ideal
5 biji telur2 gelas air
3 sudu besar gula pasir
5 keping roti bersapu butter, potong kecil-kecil
sedikit garam
sedikit esen vanilla

Caramelnya
3/4 cawan gula pasir
5 sudu besar air

Cara:
1. Dalam periuk yg tebal panaskan gula pasir hingga jadi caramel. Masukkan air dan kacau.
2. Masukkan caramel dalam loyang/pyrex baking dish
3. Pukul gula dan telur hingga gula hancur. Jangan sampai naik. Pukul setakat untuk hancurkan gula sahaja. Masukkan susu, garam dan air.
4. Masukkan roti dan masukkan campuran susu tadi.
5. Kukus selama 20 minit.
6. Sedap makan jika disejukkan terlabih dahulu

*** Kalau suka, boleh letak raisins atau ceri merah. Resepi ni senang dan masuk dalam kategori 'sure jadik punya'

7 comments:

  1. saya amik resepi puding roti tu kak G..nak buat kuih peberet .. ;)

    selamat berpuasa to Kak G, PakLet, kwn2 kat KLD..

    ReplyDelete
  2. Lan:
    Selamat Berpuasa Kak G!

    ReplyDelete
  3. Salam Ramdhan untuk akak dan Crew KLD!

    Waduh tengok pic resepi tu pun dah sedap.. Kak resepi masak mangga tu dulu kat mana yer? I dah tengok previous post tak jumpalah. Resepi kerabu mangga kan. Last week balik kg nampak mangga banyak. Busuk jer tak termakan sebab ada ulat kalau dibiar masak. Cadang nak try resepi tuu...

    ReplyDelete
  4. This is very interesting site... »

    ReplyDelete