Monday, July 07, 2003

Kodok Ngorok

Weekend lepas kami buat program untuk Universiti Kebang***n Malaysia. Program Integrasi. Peserta dari Kolej-kolej kediaman dan kelab-kelab. Ada dalam 70 orang peserta. Berbilang kaum. Tugas Kem untuk merapatkan mereka. Kalau program macam ni agak mudah. Mereka kena buat banyak aktiviti-aktiviti kumpulan. Sampai, makan dulu. Kami dah dirikan khemah untuk mereka sebab mereka sampai lambat, pukul 9 malam. Lepas makan, solat dulu. Pembahagian kumpulan. Pelajar Cina dilantik jadi ketua kumpulan dan pelajar Melayu (perempuan) sebagai penolong. Sessi berkenalan. Potpetpotpet dan game-game. Main giant chess (dia org jadik buah catur tu). Ni nak tahu mereka kenal tak ahli kumpulan. Tukang main kena tahu nama 'buah-buah' caturnya untuk mengerakkan mereka. Seronok tengok mereka. Siap dengan head dress dan segalanya. Cute Queen tu :) Saya sampai sini je dan tidur. Malas nak tunggu mereka gi nite walk.

Esoknya ada jungle-trekking (12km). Alhamdullillah semua selamat sampai sebelum pukul 12.00 tengahari. Best dia orang sebab dapat tengok pemandangan cantik-cantik. Ada 'mini grand canyon', pastu melintas kat kawasan 2 tasik, air tawar (20kaki) dan air berasid (200 kaki), tengok tiung pasir dan tunnel-tunnelnya, panjat palong lama tempat membersihkan bijih (pre-merdeka nyer lombong nih), carik selembu dan macam-macam lagi. Seronok, kan ? Abang nak balik dah, i have to go too. Esok sambung :) Nite !

No comments:

Post a Comment