Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, September 30, 2010

Semoga Bahagia Hingga ke Syurga dan Anugerah dari Syurga. 1

Dari Alpha year, berumur 18 tahun kami kenal si-bujang ni. Kenakalan, kesengalan dan macam-macamlah yang dibuatnya sehingga bagi kami, dia bukan hanya fasi tapi sebahagian dari keluarga. Sekarang Zack dah bergelar suami orang.

Kami keluarga KLD berkumpul di Hentian Serdang untuk ke Kuala Kubu Baru, rumah Zack. Selalunya kalau rumah fasi jauh - macam Asri, Iha dan Azlie. Tak dapat pergi. Buat khenduri hari orang masuk, tak boleh nak bercuti. Ni Zack kahwin semasa cuti Raya, dapatlah kami ramai-ramai kami serbu.

Jauh juga KKB tu, bak kata Toyak - naik bukit,turun bukit, jumpa airterjun, juga tasik, tak jugak sampai. Kami ikut jalan Ulu Yam, Batang Kali dan KKB. Tapi bila dah sampai Taman kediaman ibubapa Zack dah senang. Papantanda Zack semua kaler Orange. Lagi sekali, sukahati Toyak sebab orange flag adalah penanda rasmi KLD untuk semua Race kami. Macam KLD Race kami mencari rumah Zack.


Ewah, selalu dia interview orang, ni dia lak kena !

Sama cantik, sama padan. Zack dan Nur.

Romantik juga Zack ni .. heheh

Ex-Fasi datang juga. Iha dah kawen dengan Lie. Yang tiga orang lagi tu, semoga cepat-cepat bertemu jodoh juga.

"Kami"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...