Hello KK !
Kami berhenti untuk late lunch di Restoran Taliban. Masa ni, dah lapar sangat ! Bersungguh-sungguh makan walaupun rasa makanannya tak menepati tekak Melaka-Johor kami.
Check-in semula di Marina Court Hotel Apartment. Petang aktiviti bebas. Ada yang jalan-jalan sekitar hotel, ada yang mandi di pool. Ikut sukalah, asalkan, behave !
Malam, dinner Apsere ! Kalau di Taman Negara kami berbbq, yang kali ni, makan seafood ! Nice, nice (bak kata si-Irfan)

Nasi Goreng Ketam, Sayur Manis Sabah, Curried Crab, Lobster-in-buttermilk dan Buttered Prawns dan ada lagi !

Steamed Jenahak, Chillied Fish dan Lobster Soup. Alhamdulillah, sungguh enak ! Makan sampai senak, hehehe. Sehingga cita-cita mahu kasut murah terpaksa diabaikan sebab dah takleh nak jalan lagi dah .. hehe

Hari ni juga birthday Izyan Ainaa :) Happy birthday, girl ! Sambut sekali dengan PakLet, Yanto dan Fad. Tapi kek masuk kotak balik sebab takde siapa pun larat makan.

Zack sebagai wakil GengLasak bagi ucapan. Ucapan dari bakal pengantin :)

Sorry gambar tak clear. Nabil lah ni ambil. PakLet tiup lilin :)
0 comments:
Post a Comment