Pls click my sponsor



Thursday, September 30, 2010

Apsere - Last Day

Kami akan pulang hari ni ! Flight pukul 3 petang.

Aktiviti hari ni, bebas. Bangun sendiri, solat sendiri, makan minum sendiri ...

Petang semalam jenuh bershopping di Jamilah. Beli pearl, beli accessories, t-shirt dan macam-macam. Ada yang belikan Mak, Ayah, adik-beradik, tunang dan buah hati. Ada juga yang belikan bakal mak mertua, bapak mertua, nenek mertua ..wah, bodek, nampak !

Selepas dari Jamilah kami berjalan ke Pasar Philipines. Ada yang nak beli-beli lagi. Bersambung pula ke Pasar Ikan Masin kat sebelah. Kami beli terubuk masin, udang kering, keropok amplang, kuih cincin dan belacan Papar. Beli di Kedai Lon. Dia siap packkan dalam kotak. Berkotak-kotak jugalah kami bawa pulang.

Er, back to last day :)

Pagi tu, kami berdua dan Farhan pergi sarapan kat kedai Mamak belakang. Siap sarapan, cari 7-E untuk beli Teh Sabah. Walaupun Teh Sabah ada jual kat Jasin, tapi nak juga beli yang dari Sabah. Kopi Tenom jer tak de jual di 7-E. Tapi ada di kedai-kedai runcit. Kalau nak beli, beli jerlah di kedai runcit sebab lebih murah dari beli di tempat pelancung.

Balik ke Marina Court dan kemas barang. Huyoh ! Sudah teda tempat mo letak barang, bah ! Pukul 12 tengahari kami berkumpul dan makan packed lunch yang Ida beli. Kenyang, alhamdulillah !

Van sudah menunggu dan kami ke Lapanganterbang BKI. Sedih pula nak tinggalkan Sabah. Saya suka Sabah. Negeri yang banyak nature attractions. Semoga walaupun banyak pembangunan yang dirancang, mereka tidak merosakkan alam semulajadi yang ada. Ada duit nanti, saya nak datang lagi.

That's the end of our Apsere Adventure 3 - Sabah, Land Below The Wind.


BKI Airport, nak check-in

Macam tak happy jer the girls nak balik ni.

Pak Let sedang risau, takut bag terlebih timbangan.

Nadzrin balik dengan kami.

Sibuknya nak belajar check-in. Nanti dah kerja, bawak Mak dan Ayah jalan-jalan pergi Sabah tau.

Tagline Apsere kami - Apsere Adventure 3. Sabah, land below the wind

Ijat puas hati :) Tak sesia cangkul pulau sebiji ! Sabo Jat, esok Raya !

Achid dan Lah. Budak Kayak yang gayat dan budak rugby yang hands carry luggagenya ialah sleeping bag dia :)

Budak-budak ni baik betul tau. Mana Mama G dan Pak Letnya duduk, situlah duduk berkumpul ramai-ramai. Takde yg merayau, takde nak kena cari. Ni memang boleh sangat bawa pergi jalan-jalan lagi.

Yang depan baju hitam dan baju merah tu, adalah kembar ye.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...