Sambil menunggu Zack, mana boleh duduk diam, kan ? Perlulah bershopping :) Beli cendawan entah-apa-nama yang besar gila. Sepeket ada 2 batang jer. Beli jagung, beli pisang dan bahan-bahan untuk buat cendawan goreng tepung dan goreng pisang.
Geram beb, tengok bunga ros dan orchid. MasyaAllah lawanya. Kalau banyak duit, harus beli tanah kat Kundasang ni, berkebun bunga. Ewah !
Dengan Paklet asyik telefon Zack sampai driver yang bawak Zack hangen, sampai juga Zack ke Kundasang. Mamat ni, dah selalu ke Sabah tapi tak pernah lagi ke Kundasang. Syukur, sampai dan taklah ditinggalkan driver taxi tetengah alam atau tetepi gaung ! Payah gak nak menjalankan aktiviti rescue Zack, maklum ler, walaupun lasak, tapi gayat :)
Terus jer ke Desa Dairy.
Selepas Desa Dairy, kami ke Mesilau. Sayangnya sudah hampir pukul 5 petang, Trekking Mesilau Nature Park suda tutup ba. Nda boleh pigi suda. Jalan-jalan sekitar MNP sahaja.
Di Kem Lambaian Danau, pengurusan kami adalah cara pengurusan keluarga, anak-beranak. Setiap adik, suatu hari kelak pastikan jadi abang/kakak. Begitulah hierakinya. Bila jadi abang, berhak pulak bagi gelaran pada adik-adik. Suatu masa dahulu, junior-junior dipanggil oleh senior sebagai 'johnie'. Masa berjalan dan johnie-johnie pula jadi abang. Sekarang abang-abang panggil junior-junior, 'kontaktor kelas F'. Sebab panggil kontaktor kelas F ? Kontraktor kelas F kan semua kontrak level bawah mereka ambik tender kan. Jadi kontraktor kelas F kena turunkan buloh, jaga peserta makan, kejutkan peserta, tolong Mama kupas bawang ... Mereka, abang-abang Kontraktor kelas A buat keje 'susah-susah' jer ... hehehehe
Hampir gelap, masa untuk pulang. Ke Kiram Kabin. Encik Aspan sedang sibuk membakar-bakar untuk BBQ kami. Kami rampas kuasa, tolong Encik Aspan. Tini, Cicha, Zack, Yan, Paan dan Ijat, goreng cendawan dan goreng pisang.
Yang lain membakar. Termasuklah bakar jagung yg dibeli. Menu ; ada udang, sayap manok, sotong, ikan dan macam-macam lah. Lupa pula masa menaip ni :)
Siap bakar, sekejapan habis makan.
Masa untuk presentation. Setiap kali kami berapsere, ini tidak pernah dilupakan. Setiap dari kami perlu bijak bercakap depan ramai orang. Juga perlu tabah menjawab berbagai soalan. Yang menyoal pun perlu bijak menyoal soalan-soalan bijak. Janganlah menyoal soalan 'bodoh'. Amat teruk akibatnya nanti :)
Yang lain membakar. Termasuklah bakar jagung yg dibeli. Menu ; ada udang, sayap manok, sotong, ikan dan macam-macam lah. Lupa pula masa menaip ni :)
Siap bakar, sekejapan habis makan.
Masa untuk presentation. Setiap kali kami berapsere, ini tidak pernah dilupakan. Setiap dari kami perlu bijak bercakap depan ramai orang. Juga perlu tabah menjawab berbagai soalan. Yang menyoal pun perlu bijak menyoal soalan-soalan bijak. Janganlah menyoal soalan 'bodoh'. Amat teruk akibatnya nanti :)
Masa sessi ni berjalan, keadaan sangat sejuuukkkk. Menurut Encik Aspan, suhu bawah 15 darjah Celcius. Pun habis sessi ni, sarung sewater, sarung socks, tido !
Gudnite, Mount Kinabalu !
Gudnite, Mount Kinabalu !
1 comments:
klako r tgk kowg..hoho
Post a Comment