Pls click my sponsor



Wednesday, June 23, 2010

Apsere Adventure 3 - Day Two

Touched down tepat pukul 11.30. Hebat betul Kapten Ragu. Landing pun baekkkk punya ! Gitu gini, tunggu bag dan pemeriksaan imegresen, kami dapat tengok KK pukul 12.15 malam. Lambat sebab beg Toyak. Dah beg pinjam, terlupa lak apa rupanya.

Ida dan Lie dah menunggu dengan dua buah van. Van bawa kami ke Marina Court Hotel Apartment bersebelahan Hotel Promenade. Lain dah Sabah, bertambah maju. Kali akhir ke Sabah, tahun 2004. Lama tu.

Kami lapar, nasib baik Ida ada masakkan kuetiaw goreng. Makan dengan sambal ikan bilis dan kuih Cincin. Fad dan Achid pergi 7E tapi takut nak beli roti sebab takde brand biasa jual kat kampung. Esok jerlah cari roti makan dengan sambal ikan bilis.

Kami ambil 2 apartment. Satu apartment ada 3 bilik yg besar. Saya berdua sebilik. Nabil, Rain dan Farhan sebilik. Izyan dan Tinie berdua sebilik. Dapur besar, ruang tamu besar. Tapi Astro takde. Bila dengar Mamak belakang tuh org bersorak 'Gollll', termenung gak anak-anak saya ni. Tidur, tidur ! Esok nak bangkit awal :)


Hah, pandang apa atas tu ?

Tunggu Van nak pergi breakfast di Sempelang. Tak sedap dah, makan kat sini :(

Kami semua. PakLet pergi checkout sebab malam ni, kami tak tidur sini, tapi akan bermalam di Kundasang.

Kami minum pagi sambil menunggu ahli rombongan yang lain. Sarapan biasa-biasa, nasi lemak. Tapi sambal tak pedas. Orang Melaka tak dapat makan pedas, tekanan, beb ! Tapi makan juga sebab hari ni jadual perjalanan kami pack. Selepas breakfast ni akan ke Kudat. Kami nak ke Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau.

Perjalanan pagi hari melalui kampung-kampung, seronok sangat. Kami melalui Kota Belud yang terkenal dengan Bajau Horseman, Cowboy of the East. Kuda padi lepak makan rumput tepi jalan. Macam lembu Toyak lak kat kampung, makan rumput mana nak.

Sebelum sampai ke Simpang Mengayau, kami berhenti di Rungus Longhouse di Bavanggo. Ada homestay kat sini. Kalau tak silap, cuma RM 20.00 seorang semalam.




Depan Rumah Panjang. Kami study macam mana nak buat rumah panjang. Cuti December nanti, guys, jom belah buloh - kita buat rumah panjang kat Kem pulak !


Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Pemandangan tercantik di sini. Hebat, bah ! Tak tahu macam mana nak tulis. Kena pergi dan tengok sendiri keindahan ciptaan Ilahi ni.

Jauh nak berjalan ke Globe ni.

Hujung sekali tu Tip of Borneo. Di sini, Laut Cina Selatan bertemu Laut Sulu. Dan, boleh nampak rumah api Pulau Kalampunian dari sini. Ada beautiful chinese word pasal tip ni yg saya baca kat sana, tapi dah lupa.

Ni GengLasak turun ke bawah. Iqi dan Efan pun turun sama. Ada ribut pasir dan tiupan angin yg sangat kuat. Saspen gak :) Sunglass Ijat berkubur di Simpang Mengayau.


Kenangan saya kat sini : Tak dapat makan sebab nasi habis ... huhuhuhu

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...