Pls click my sponsor



Thursday, June 24, 2010

Apsere Adventure 3 - Day Two Pt.2 & Day Three

Dari Tanjung Simpang Mengayau, Kudat ke Kundasang melalui Tuaran. Seronok tengok banyak rumah kampung dibina bertiang di air. Tiang rumah tinggi-tinggi. Dan bagaimanapun keadaan rumah tu, pasti ada piring Astro.

Jauh juga nak ke Kundasang. Dahlah jalan berliku-liku, mendaki banjaran dengan gaung dalam sebelahnya. Driver, buahhati pula saya gayat :)

Dalam kegelapan (sini cepat gelap!), kami berhenti sebentar di Pekan Nabalu. Kimon, driver Kia yang bawa anak-anak lain juga berhenti sebentar. Memang tak nampak apapun, sebab kabus tebal. Jeep kami mengikut Kimon dari belakang. Kabus, kabus, kabus ...

Melalui Bundu Tuhan dan akhirnya sampai juga ke Kundasang. Kimon membelok ke Mesilou, ke Kiram Village Kabin betul-betul sebelum Mount Kinabalu Golf Club. Driver seorang lagi, Raffley yang drive Unser, dah sampai dulu. Alhamdulillah semua selamat sampai.

Perut lapar ! Nasib Encik Aspan(Haji Jamalul Kiram's bro-in-law. Haji Jamalul is Kiram's Owner. A very nice and friendly gentleman) dah ready dengan dinner kami. Saya lupa lauk lain tapi sedap sungguh rebung manis masak lemak :) Dah tak dapat lunch, makan tak ingat dunia, lah.

Dah kenyang, barulah semua orang angkat bag (kami pakai backpack) dan mandi-mandi. Alahai, budak-budak ni, main mandi jer air sejuk. Ada hotwater shower sebenarnya. Dah siap semua, kami berkumpul di Kabin Celery dan Tomato. Sessi sembang-sembang dan main ginrummy. Fasi KLD kena pandai main ginrummy dan petanque - latihan untuk cepat berfikir dan bertindak.

What a long day ! Dari bandar ke tepi laut dan naik gunung pula ! Letih. Sarung sweater dan socks, tido !

Esoknya, bangun pukul 6 pagi. Suboh sini awal, pukul 5 pagi. Masa saya bangun, GengLasak ada yang dah bangun. Bangun Suboh dan tak tidur balik.

Malam tadi gelap, pagi tu bila saya keluar dari kabin, MasyaAllah, cantiknya Kiram Village ! Depan, banjaran Crocker membiru dikejauhan. Sebelah saya, bunga-bunga cantik sedang berkembang !

Dan bau nasi lemak Encik Aspan dan Fauziah yang sedap dari dapur !


Mount Kinabalu, pemandangan dari Kiram Village

That's our Kabin - Onion, Chili, Celery and Tomato

Ni geng yang bangun awal. Along, Nik, PakLet dan Rain

Enjoying Encik Aspan & Fauziah's nasi lemak. Yummys ! Tapi, itulah mereka sure tak tahan tengok kami makan tak ingat dunia.

Boleh tengok Gunung Kinabalu ni sekejap sahaja. Bila panas sikit sahaja (around 7ish), hilanglah dia ditutup kabus. Ni kami depan tempat parking di Kiram Kabin

Itinerary kami hari ini, mula-mula ke Sabah Tea. Macam Di BOH, Cameroh Highland sahaja. Cuma jalan-jalan di ladang teh sahaja, tak pergi pun kilang.

Sabah Tea Plantation

Tengok pokok teh yg tidak dibaja atau disembur racun, sangat selamat untuk diminum ! Kami nak beli teh kat sini, tapi macam mahal jer, so tak beli. Nasib juga lah tak beli sebab di Seway, KK lebih murah. Saya beli di 7E, belakang hotel kami di KK, cuma RM 2.50 jer !

Selepas Sabah Tea, kami ke "Tagal, Sungai Moroli" di Kampung Luanti yang berdekatan. Layan Ikan Kelah di Fish Spa ! Oleh sebab orang terlalu ramai, kami cuma berpeluang untuk letak kaki sahaja. Tidak dapat mandi bersama. Saya seorang jer tak masuk. Yang lain, suka pula digigit ikan.

Pak Let dan Toyak

Budak-budak ni menjerit-jerit geli kena gigit

Harap-harap PakLet tak dapatlah idea nak bela ikan buat fish massage dalam Tebat.

Lama juga di Luanti sebab nak menunggu giliran. Ramai orang, entah berapa bas agaknya. JUmpalah orang Pahang, orang Selangor berombongan Cik Kiah ! Selepas Luanti ke Poring pula.
Pun, nak kejar masa, cuma naik Canopywalk. Air panas, dah selalu pergi mandi, dekat jer pun dengan kampung.

Depan papantanda Poring. Asal Acid ambik gambar macam pasukan sepaktakraw sekolah lak tu ? Acid ni student Master di UM, ambik Geography (walaupun kami selalu sebut Ilmu Alam). Jadi, dia banyak terangkan kat kami mengenai kejadian alam, pasal batu-batu, plat bumi dan magma. Pandai dah lah skets kami ni pasal benda-benda tu.

Di CanopyWalk. Teringat CanopyWalk Taman Negara Kuala Tahan, teringat
Senior GengLasak ! Dari depan : Hary, Nana, Tini, Izyan, Apis dan Nabil

Dari depan : Acid, Ijat, Rain, Fad dan Nik

Cantik dan bersih, kan sungai kat sana ?

to be continued

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...