Pls click my sponsor



Wednesday, June 23, 2010

Apsere Adventure 3 - Day One

Masa untuk jalan-jalan lagi ! Alhamdulillah, sejak tabung buluh kem ditukar penjaga, senang pulak penuhnya :)

Apsere kali ni, kami ke Sabah. Untuk yg tidak mengenali Kem Lambaian Danau, Apsere maksudnya, "apa sahaja, lah" atau bahasa rocknya mengikut penciptanya Cicha " sukahati mak lu, lah !" Adik-adik, sila jangan ikut makna Cicha yer.

GengLasak pula ialah Kumpulan Fasilitator KLD. Kami terkenal dengan tag name kami, kacak, bijak, warak, lasak, pandai masak dan boleh juga kerja kontrak !

Okay, back to Apsere Sabah. Kami berkumpul di Kem (kecuali Pa'an dan Yan. Along, Angah, Ayin dan Nana dah fly a week earlier) untuk menyiapkan beberapa kerja sebab sebaik kami pulang nanti, 18/6 ada Group Kolej Matriks Johor. Kemas Kem dan juga kupas bawang (hehe, keje paling GengLasak benci). Malamnya kami ke pasar malam Merlimau dan lepas tu dinner di Tomyam Merlimau.

Esoknya, semua bangun awal. Ada yang keluar ke TenTen mencari seluar bunga-bunga, 'beach boy style'. Entah siapalah bagi idea ni kat anak-anak saya, tak faham sungguh. Kalau berjalan, harus ada seluar bunga-bunga ni.

Lepas lunch, kami sempat main petanque untuk mencari 'pengkalah' untuk dijadikan penolak trolley. Akhirnya selepas solat Zohor dan Jama' Asar, bacaan doa oleh Hazrin kami bertolak ke JHB Airport dengan 3 kereta. Kami singgah R&R Pagoh untuk late tea dan toilrt break.

Hujan renyai bila kami selamat sampai di Senai. JHB Air port ada renovation pula. Jauh lah kena berjalan ke kaunter check-in. Saya tak check-in online sebab nak mengajar anak-anak ni cara 'naik kapalterbang'. Mereka 'scan' luggage' dan juga check-in. Lama juga menunggu nak check-in sebab ETD is at 9.30 pm and ETA @ BKI Airport is 11.30 pm.


Ini kami di Balai Perlepasan yg jauh dari Terminal. Dari kiri : Cicha, Nik, Hazrin, Tini, Toyak, Hafizzullah, Nabil, Achid, Fadhli, Izza dan Haryanto.

Saya dan Tini di Balai Perlepasan menunggu Izyan dan Pa'an.

Berjalan ke Terminal. Yang tolak trolley tu, yang tidak menang petanque :)

Kesemua yg saya bawa ke Sabah ni tidak pernah naik kapalterbang. Macam-macam kerenah. Tapi kami berdua dah pesan, semua kena support each other. So, tak heranlah kalau Tini yg kecik tu tolong jagakan hero yg besar dan lasak :) Dan hero-hero yg selalu boleh berdiri atas rakit/kayak tanpa rasa takut, tiba-tiba tegak jer duduknya .. hehehehe. Apapun, inilah matlamat Apsere kali ni, nak bawa anak-anak naik kapalterbang. Alhamdulillah flight smooth sahaja walaupun Cicha risaudan ragu sebab nama Kapten Kapal ialah Kapten Ragu, tu yg buat Cicha ragu-ragu.


Dalam flight. Entah apalah Cicha usik PakLet tu. Matbunga sorang tu, risau duduk seorang.

Dah selamat sampai di BKI. Achid, Fad dan Yanto. Masa ni Kapten Ragu tengah sikat rambut. Kami nak ambil gambar dia, tp dah kena masuk ke Balai Ketibaan. Thanks, Kapten Ragu and see u !

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...