Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, June 27, 2009

Sekolah Tinggi Kluang dan Kolej Matrikulasi Johor

Sebenarnya, sebelum masuknya Kolej Matriks Johor dan Kluang High School, ada 3 group semasa cuti sekolah - Yayasan Nurul Yaqeen, Belia Alor Gajah dan Belia Jasin. Pastu masuk pula MTIB (Lembaga Kayu) untuk Corporat Camping. Tapi sebab tak de photos, tu yg takleh nak update. Tak de camera. Camera Kem cam biasa - masuk lumpur, masuk air - last sekali si- Nana bawak berenang masa dia jatuh dari buaian dalam air. Ni si-Along punya idealah nih, buatkan adik tersayang buaian dalam air. Walaupun Amir (Jempol) dah cuba selamatkan, camera tuh takat leh ambil gambar, tapi gambar tak de pun :(

Semua gambar di bawah ni oleh Ree, kawan Arif Boy, my nephew yang ambil. Thanks ya, Ree ! (Adik-adik, mereka ni abang-abang Engineer yang kacak hensemsama sebok masa adik-adik datang hari tuh yer !)

We were busy sedari hari pertama cuti sekolah. Every weekend, ada 2 group masuk sekali. Last week lagilah busy, MTIB keluar hari Jumaat, mereka belum balik lagi Kluang High dan KMJ dah sampai.

Nasiblah masih cuti semester di Universiti, senang sikit nak tukar shift. Yang teruk, orang tua berdua nih lah, nak ganti dengan siapa :) Untung jua, yang masuk semua regular guests kecuali belia-belia - akaun baru untuk kami.

Bagaimana pun, sebab buat benda yang sangat kami sukai dan cintai, dapat lak duit lepas tuh, hilang lah penat ! hehe .. organisers, cepat-cepat eh, proses LO .. hehehe

Sebelum kita tengok gambar kat bawah tu, nak beritahu yang tapak khemah sekarang sudah selesa. Semua sudah boleh pasang tent atas pasir, bagai di pantai gitu, ya ! Siap bagi nama nih ! Setiap tapak boleh memuatkan 4-8 tents. Comel tau. Thanks banyak-banyak kat Abang Fad, Abang Acid, Abang Yanto, Along dan Pak Tua yang telah berpatah pinggang mengerjakan tapak-tapak ni untuk keselesaan campers. Nantilah bila sudah ada camera, i'll post some pics ya.

+++++++++++

Kluang High School, Kem Kepemimpinan untuk Pengawas


Blind Walk


Toyak lead adik-adik

KHS buat rakit



Kolej Matriks Johor.

Sorry ye, gambar ni tak ikut susunan. Nak susun balik, tak sempat. Nak kena tidur. Esok, anak kedua saya nak mendaftar ke U. Kena tidur awal untuk persedian sessi nangis-nangis secara comel. Wow, sure rindu. Okeh, takleh citer, kang sedih kang .. huhuhuhu

The Matriks boys mandi selepas KLD Danau Race

Ke War Zone selepas naik dari Paya Selut

Tema minggu ini peralatan di dapur dengan huruf 'K'. Jadi ada kendi, kole, kain B (B saje sebab tak nak letak kain buruk), kapak dan lainnya dah lupa lah.

Wah, posing kemain. Tapi tak menang ! hehe, jangan marah beb !

Posing camnilah siuman jer

Ni pun siuman. Yang duduk dari kanan, no. 2 baju biru tuh, sungguh segak tau !

Amboi !


Comel gak lah

Yang depan cam Aidil jer

Wah Moi, jalan malas, semput bagai. Ambik gambar sihat ko yer !

Tah group mana lah ni

Seberang Paya Selut

Fasi kat Dataran Pasir

Ni di 'Antara 2 Tasik'. Sedang "handshakes", kan ?

Campers mula masuk kawasan Canyon


Daki Bukit Tuah, bagus tolong kawan

Ni masa awal perjalanan KLD Danau Race. Mencari Harta Karun Pertama

Tengah letih kena jawab soalan. "Ayat pertama ialah Surah Al-Alaq, ye sayang"

Berjalan di sempadan. Kanan Melaka, kiri Johor

Sah yang tadi tu Aidil, cara posing sama. Ni baru keluar dari Hutan Morinda nih

Bagus, sahabar yang baik . Berjaya jua akhirnya menamatkan perjalanan sejauh 9 km


Posted by Mama, with love XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...