Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, March 21, 2007

Rindu

Rindu sungguh nak berblog. Lama tak update.

Saya tak sihat. Entah apa yang sakit, pun tak tahu. Pergi doktor - dah check darah, urine, x-ray, ECG, segala maknenek checkup dah dibuat, tapi doktor kata, tak sakit. Tapi badan letih, tidak bermaya. Tidak boleh fokus kepada kerja. Saya lawan juga, setiap minggu ke dapur Kem dengan GengDapur. Lawan dan lawan keletihan dan ketidakterdayaan ni.

Sehinggalah minggu Kolej Matrik Melaka. Malam tu, takleh tidur langsung. PakLet dan fasi-fasi pergi Night Walk, saya tinggal seorang. Tidur dalam pejabat. Saya rasa sungguh tidak bermaya dan pukul 3 pagi, saya telefon PakLet. "Tolong balik Kem, I rasa teruk sangat nih".

NightWalk pun nak habis. Along sampai dahulu. Kata badan Mama terlalu panas. Ambil ais dan lap saya. Suhu badan tak juga turun. PakLet putuskan untuk bawa saya ke Hospital. Panggil Syafiq - tapi ramai fasi datang sekali ke Pejabat. Sambil bersiap (tukar baju), saya bagi resepi kat Syafiq. Punyalah saya risau nak tinggalkan anak-anak saya ni. Tapi Abang kata, pergi jugak Hospital.

Kami sampai Hospital Jasin pukul 3.45 pagi. Saya separuh sedar masa tu. Yang saya ingat, ada drip di tangan. Dan bila saya sedar, sudah pukul 6.30 pagi.

"Kenapa akak menangis ? " kata adik Misi yang pakai windbreaker cap Manchester United.
"Tak de apa". Takkan saya nak beritahu dia betapa risaunya saya, meninggalkan anak-anak teruna saya, yang berumur kurang 22 tahun, memasak untuk lebih 300 orang ! Aduhai, sebagaimana lajunya air dari drip menitik ke tubuh, sebegitu lajunya juga air mata saya mengalir. Siannya lah budak-budak tuh !

Abang sampai pukul 7 pagi. Bawa berita gembira - Wak Ripin dah ke Kem. Nasiblah orang tua tu dah okay. Patutnya dia cuti, sebab dia pun sakit. Semput.

Tapipun, akhirnya saya dapat tahu, rupanya anak-anak teruna saya tidak tidur malam tu - bergotong royong menyiapkan bahan masakan. Lepas Suboh, terus jer Syafiq masak.

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti bila saya ada.

Er, TokRimau singgah selepas balik dari ambik award. Tahniah Tok, walaupun dah terlambat.

++++++++++++++

The Danau Race - No Speed Limit !

Aktiviti Baru. Saya suka aktiviti ni, sebab banyak saya yang buat ! hehe. Okaylah, kami buat buat berdua. Race macam KLD Amazing Race gak, tapi routenya terbalik.

Kita orang, sebenarnya dah bosan dengan KLD Amazing Race. hehe. Tiap-tiap minggu, itulah aktiviti yang jadi pilihan Organiser. Semua nak Amazing. Uwaaaaaaa .. Maka atas sebab kebosanan terlampau, maka kami mencipta Race yang baru.

Yang fresh, yang lain dan paling penting, kami seronok !

Okay, tengok gambar, biar gambar yang cerita :)



Tubing Race. Get message in the bottle. Arahan pertama.

Arahan dari Abang Faiq. Ambil rations - air mineral dan roti Gardenia.

Salah satu task. Jual dadih kat orang kampung. Belilah lebih sikit, bang !

Cepat ! Habis task ni, belum pun setengah perjalanan !

Task di Abta Ternak Sdn. Bhd. Ni Sekolah Lembu. Sapa nak belajar pasal Lembu, leh masuk sekolah ni. Lembu-lembu ni semua lembu Special Breed. Siap ada Surat Beranak, beb ! Ada tarikh lahir, nama Mak, nama Bapak - siaplah skets ari lagi, Toyak sure buat Surat Beranak untuk lembu dia lak :)

"Er, bang .. macam mana nak tahu mana jantan, mana betina ?" Macam-macam formula budak-budak ni pakai - tengok tanduklah, tengok mukalah. Sebenarnya, sebelum buat aktiviti ni, saya pun tak tahu. Tapi Senan, pekerja di Abta Ternak, ajar senang aja - tengok 'anu'nya. hehe.

Sempat posing dengan traktor. Ni peserta-peserta dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Belakang tu, yang nampak sikit tu, Gunung Ledang.

Atas Bukit Tuah. Dah siap pantun ?

Kena ambushed !


Naik letih Zack bagitau dan kejar - "you are now in safe zone". Dia orang lari gak ! Dah keluar kawasan perang dah tuh. Haduilah budak-budak nih ! All pics here by Abang Kudin.

++++++++++++++

Gambar minggu ni - KOlej ke -9, Universiti Teknologi Malaysia ada di Fotopages. Klik sini.
Pics by Nazex Sesemut.
Thanks ye, sayang !

Monday, March 05, 2007

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...