Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, May 10, 2006

Ini Bukan Blog Puteri dan Apsere Adventure

Entah apa merasuk, entah apa menyampuk. Saya, menukar kulit blog jadi merah jambu. Sawan hari ulangtahun kot ? Umur naik setahun lagi, lalu gatal-gatal DHI ditukarkan warna kulit. Sudahlah tidak macho lagi seperti namanya.

Pun, tidak perasan kepada ketidakmachoan DHI sehinggalah Cik Ina kita menegur begini :

ina: lawa nyer blog ni. mcm puteri umno. akak ahli puteri ye ? hidup puteri umno !!!!!!!!!!!

Wah, perkataan 'akak ahli puteri' tuh amat bisa pada pembacaanku. Tolong !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dah tua dik, mana boleh jadi puteri lagi. hehehehehe.

+++++++++++++

Apsere Adventure

Di Kem, asyiklah bercerita pasal Apsere Adventure. Semua sedang teruja.

Minggu lepas Encik Kamal datang untuk ceramah KK Selandar. Encik Kamal beri banyak info mengenai Taman Negara Pahang. Menarik. Mesyuarat minggu ni, akak akan update.

Fendie beli pancing ( ker batang pancing ? apa perkataan yang betulnya ? ). Sedang training dengan Matger di Zorro Point, dekat Zone War Game. PakLet pun mancing sama. Semalam dapatlah keli 20 ekor, sudah digoreng dan disambalkan. Dimakan hingga habis juga. Fendie belajar cara baling pancing, cara yang Toyak panggil, baling 'lingo'. Entah apalah tu.

Toyak dah bersiap-siap dengan segala bekas, tin dan tempurung segala. Mahu bawa bekal telur kerengga, anak lipan, ulat tematu (betul ker namanya ni ? ) dan segala anak cencorot, katak dan entah apa binatang kecil lagi. Harus lari semua orang dalam keretapi dari kita semua nanti.

Called Kucai. Kucai konvo 1st June. PakLet suruh Kucai jumpai NC mintak tukar tarikh. Okay, okay toksah risau korangs. Dah betulkan Kucai balik dah. Selamba rock, Mamat tuh ! Bayangkan dia betul-betul pi jumpa Naib Canselor, minta tukar tarikh konvo. Nasib dah halang tadi dah. Tahu lah dia tu, dia buat betul-betul. Mati lah Cikgu Kamarudin dengan Cikgu Markonah bom Kem. Tapi Kucai akan ikut kita dan balik pada 31st May. Kalau dia tak nak balik, kita ikat, campak dia dalam bas. Paksa juga dia balik untuk konvo.

Yang belum confirm, cepat-cepat confirm sebab nak booked tiket keretapi ni.

Ni tentative program kita.

24 - 26 Mei - SK Cina Chinchin
26-28 Mei SK Abdullah, Muar

27 Mei - Tipah Fendie Konvo. Congrats dear Tipah from all of us at KLD :)

28 malam - semua tidur Kem dan siap-siap. Khemah tumpang kereta Abang Icam. Icam, wife dan Burn naik kereta.

29 pagi - Breakfast @ Bidin. Adventure begins. Bertolak naik bas ke Alor Gajah. Naik bas salin-salin untuk lebih adventure. Banyak berjalan, banyak aweks untuk dingorat, kan ?
Alor Gajah - Tampin. Lunch @ Tampin. Lepak-lepak. Solat.
Tampin to Kuala Tembeling.

30, 31, 1 June - Taman Negara, Pahang

2nd June - Bertolak balik

And guys, ada big group on 5th June - 350 pax. Semua orang yang sedang cuti ni, kerja yer ? 5 days 4 nights. Sepeninggalan kita nanti, Pakcik Bujang dan Haji Yusof akan siap-siapkan apa yang patut. Lepas rehat, 4th kita mula kerja yer ? Hujung bulan ada satu lagi big group - TOT KUIM - pun lebih 300 pax.

+++++++++

Minggu ni - SMK Banang Jaya.
Fasi on duty - Asri, Fendie, Azlie, Azim, Mus, Alif, Adilah, Azim, Matger, Syafiq, Toyak dan Cicha.

ada meeting on Apsere Adventure juga. Nanti Asri akan beritahu tarikh dan masa. ( dia boss project nih, kan ? )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...