Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, February 20, 2006

Hikayat 5 hari 4 malam Part One

Fakulti Ekonomi dan Muamalat KUIM, Tamhidi KUIM dan Fakulti Ekologi Manusia UPM.

Dari Rabu hingga Jumaat, kami melayan hampir 400 orang peserta bersama pegawai-pegawai pengiring.

++++++++++++

FEM, KUIM
Program persediaan untuk Latihan Praktikal. Mereka, 155 orang tetapi lelakinya cuma 25 orang sahaja :) Alahailah lelaki !

Fasi yang bertugas untuk kumpulan ni : Asri, Madas, Azlie, Zack, Toyak, Cicha dan Asyraf. Asyraf, Cicha dan Toyak bermula hari Selasa. Menolong Pakcik dan MatGer. Zack pun sampai hari Selasa. Bermotosikal dia dari Kuala Kubu Baru. Sejak dia grad ni, memanglah kena berulang dari rumah. Kalau dulu dari MMU. Kejap dah sampai.

Kat dapur ada MatGer, Adi dan Syafiq menolong saya. Pun datang hari Selasa untuk siapkan mis-en-place yang perlu.

++++++++++++

Bermula dengan lunch pada hari Rabu tu, kemudian sessi 'Ice Breaking'. Bahagi-bahagi kumpulan dan siapkan 'headband'. Di KLD, kami praktikal - dekat headband tuh, tulis nama dan senang baca nama. Leher pun tak terbelit dengan tagname.

Petang, selepas minum petang, jogging ke Tasik Biru.

Maghrib, Pak Imam datang untuk Kuliyah Maghrib. Peserta Solat Maghrib dan Jama' Isya.

Sessi bersama Pak Let. Belajar pasal 'grooming', 'public speaking' dan lain-lain hal yang berkaitan dengan kerja.

Pendapat peribadi saya tentang mereka ni, kumpulan ni kurang pendedahan. Saya teringat semasa zaman saya belajar di ITM dulu, selalu sahaja ada function untuk kami - dinnerlah, lunch lah .. macam-macam. Selalunya makan tuh, cara western - nah kau, segala mak nenek cutleries penuh semeja. Gelas 2 biji, cawan lagi. Nak capai yang mana dulu ? Kami diajar cara makan dan adab makan. Jangan berebut, jangan macam orang tak makan sepuluh hari. Lagilah kalau perempuan. Malu nanti, bila ada company function, anda letak makanan sampai 'pinggan melentur'.

Well, tu joke Kem sebenarnya :)

Tapi saya suka anda semua. Kumpulan yang berbudi bahasa dan sopan. Perlu ni, semasa anda bekerja nanti. Cuma adalah seorang dua, yang loyar buruk. Jangan buat macam tu dik ! Tak siapa tahu anda berpangkat apa di Kolej. Jika tahu pun, organisasi tuh bukan peduli pun ! Tak pandai bawa diri, nanti dibenci orang. Be nice to everyone.

Malam 'Night Walk'. Terjerit-jerit kena kejar hantu ye dik ?

Pagi Khamis. Morning Exercise dengan Abang Asri dan Abang Asyraf.

Lepas tu 'Water Confidence' dan 'Obstacles-Run'. Bagus kerana bersemangat untuk menang.

Petang ada Rakit Race. Alahai, saya menulis di rumah ni, keputusan di Kem. Sorrylah ye, lupa siapa yang menang !

Bersih-bersihkan diri. Solat Maghrib dan Jama' Isya.

BBQ !

Malam Persembahan. Rasanya, dah lama kami tak buat Malam Persembahan. Selalunya ada ceramah oleh Consultant yang Kem jemput. Fasi pun buat persembahan juga :)

Hari Terakhir. Morning Exercise. Oleh kerana semua dah letih longlai, Abang Madas buat exercise yang ringan sedikit. Anda buat execise untuk 'ibu mengandung' tuh, dik ! Kalau ibu mengandung boleh buat, takkan anda tak boleh, kan ? Pun ada yang malas-malas, lambat-lambat sehingga didenda 'Tepuk Lalat' oleh Abang Zack. Itu baru iyer, exercise askar tuh dik !

War Game selepas sarapan pagi. Asri dan Zack masuk sebagai askar upahan. Asri bunuh 3 jenderal, tapi Zack koyak seluarnya, dibuli peserta. Kejam sungguh anak dara-anak dara KUIM kat anak saya yang comey tuh !

Image hosting by TinyPic
Abang Zack !

Balik dari War Game dengan bersemangat. Saya suka dengar mereka nyanyi lagu KUIM rentak marching. Bersemangat ! Bersih-bersihkan diri dan bergotong royong kemas Kem. KUIM tak pergi Solat Jumaat kerana mereka bermusafir. Boleh Solat Zohor dan Jama' Asar.

++++++++++++++

Seorang demi seorang fasi sampai untuk program Jumaat hingga Ahad.

Fakiha, Iha, PG dan Kucai.

++++++++++++++

Pegawai-pegawai UPM sampai.

Kami buat Majlis Penutup untuk FEM, KUIM. Sedih hendak berpisah dengan anak-anak. Anak-anak yang so sweet, khasnya Selai yang selalu terjerit-jerit panggil saya Mama. Ah, semua sekali lah ! Selamat Berlatihan Praktikal. Seperti yang dipesan hari tu, anda mesti ingat sentiasa anda adalah duta KUIM. Jaga nama baik Kolej, supaya adik-adik junior anda nanti akan dinanti-nantikan kehadiran mereka oleh organisasi-organisasi yang membantu menerima pelajar-pelajar buat latihan praktikal. Manis mulut, senyum, hormat, rajin dan jujur.

Thanks so much, Puan Wan dan Cik Azlina dan juga semua Pegawai Pengiring dari KUIM. Juga Dekan FEM yang bersusah payah mencuri waktu untuk ke KLD. Jumpa lagi !

Bas-bas KUIM dan UPM sampai serentak.

to be continued dalam Part Two
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...