Wednesday, June 15, 2005

Happy Fathers Day, Darling !

Tulis sebab takut weekend nih tak sempat nak mengupdate. Weekend nih, akan busy !

Hari ni pun busy sebenarnya. Mulakan hari ni dengan memberi satu ceramah motivasi bertajuk "Bagaimana Bekerja". Ceramah free nih, pesertanya dua orang sahaja - CEO Tangki Jaya. Sesekali makcik penceramah cum cleaner cum gardener nih berceramah. Power sungguh ~ ! Rase nak tercabut telinga je, kan ?

Lepas berceramah, terus keluar dari opis. Pi tanam pokok pandan dan pokok limau purut. Bakar sampah.

Hari ni suami hadiahkan saya sepokok pokok limau purut. Thanks, honey !

Camtu lah dia, so practical gitu ! Hadiah-hadiah yang saya pernah dapat dari dia memanglah kalau perempuan lain, terkedu dan tak suka kots. But knowing him and his practical ways .. redha jer la :) Pernah dapat bantal (as birthday present), asam segala mak nenek asam in a big plastic bag, baju tido ( dia beli baju kelawar kat pasar malam - reason is my baju kelawar fav, koyak kat dah nak sampai pinggang ~ malas jahit), tadi sepokok pokok limau purut. Limau purut tuh tak tahu langsung apa maknanya bagi kat saya and for what reason. Bukan harijadi, bukan anniversary apa-apa (eh, iye ker ? bile tunang eh ? bile firstime ckp sayang eh ? lupe, lupe ..) Merajuk pun tidak ..

hadui .. memang tak sempat nak sambung.

honey, sayang .. Happy Father's day dari i dan anak-anak. dari hujung rambut hingga hujung kaki, i sayang u sangat !

hadiah father's day u kitorang sekalikan dengan hadiah besday u ye !

4 comments: