Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, April 19, 2005

SMK Cina Seg Hwa

Entry ini untuk Cikgu Mokhtar, pembaca setia DARI HUTAN INI.

Seg Hwa masuk dari 13 hingga 15 April 2005. Pesertanya seramai 210 orang. Dengan cikgu-cikgu dan fasi-fasi, ada lebih kurang 250 orang di Kem.

Fasi ramai yang 'on duty' : Bob Azrin, Fendie, Asri, Pakdi, PG, Ruddy, Sham, Yanie, Hiedy, Toyak, Cica, Azlee dan didapur ada Pak Haji, Adi, Lawin, Kemang dan Geger.

Asri ialah Asst. Kem Komandann untuk kumpulan ini.

Untuk kumpulan ini, sekolah minta kami buat program yang mencabar. Jadinya sebelum peserta masuk, kami menghabiskan 2 hari menyiapkan aktiviti dan 'test run' aktiviti-aktiviti baru.

Bukan senang untuk buat aktiviti yang mencabar. Tahap disiplin peserta kena tinggi. Kena cepat, cekap dan bekerjasama. Untuk pastikan mereka berdisiplin, kami perlu tegas. Adui, sehari semalam masih belum okay ! Bisingnya bukan main. Tetapi aktiviti tetap berjalan lancar. Kesian jugak bila tengok mereka asyik kena denda. Siapa suruh degil ?

Hari Pertama
Sebaik sampai, peserta diberi taklimat tentang program dan undang-undang Kem.
Petang buat Obstacles-Run-Around-The-Camp dan Water Confidence. Tengah-tengah aktiviti berjalan, hujan pulak. Sekarang ni memang musim hujan. Tengahari panas sangat, lepas tu masuk waktu Asar, hujan. Hujan rahmat, kami suka. Alhamdulillah. Biar air tasik penuh semula :)

Break masa hujan tu. Berkumpul di Kantin untuk minum petang. Haduilah budak-budak ni, punyalah bising. Main ketuk chafing dish punya top untuk suruh mereka diam. Diamlah jugak. Few minutes sahaja.

Hujan berhenti dan sambung semula aktiviti. Pukul 7.30 baru habis aktiviti. Itupun, obstacle terkahir, masuk hutan tu kami arahkan ke tempat lain. Dah gelap gelita dalam hutan, takut peserta sesat pula.

Malam buat sessi ice breaking. Ada pertandingan 'hakka'. Kumpulan Fendie menang. Lepas ice breaking, semua bersiap keluar Kem untuk jungle-survivor.

Hari Kedua.
Bangun pagi, bersenam dan sarapan pagi. Hari ni kami ada aktiviti mini amazing race. Aktiviti yang sungguh mencabar. Oleh sebab ini adalah aktiviti baru, jadi saya tak nak ceritakan pasal aktiviti ni. Nak cuba, datanglah sini !

Sebelah petang, aktiviti berakit pula. Ada kumpulan yang okay, ada yang tak okay. Cuma 3 kumpulan berjaya menamatkan perlumbaan. Tapi fighting spirit Kumpulan Seg Hwa memang dipuji. Kerjasama mereka memang antara yang terbaik. Sentiasa tolong menolong dan memberi semangat kepada kawan-kawan.

Malamnya ada 2 aktiviti menjadi pilihan peserta. Funtime atau Night Compass Marching. Ramai yang memilih nak ber'funtime'.

Lights Off at 2 am.

Hari Ketiga
Hari ni hari berperang. Ramainya askar ! Kumpulan dikecilkan kepada 5 kumpulan dari asalnya 10 kumpulan.

Perang bagaikan perang koboi ! Bisingnya ! Macam biasa, 'orang-orang mati' yang sibuk memberi arahan dari tapak kubur. Tapi seronok tengok mereka seronok. Habis comot amoi-amoi cun semua :)

Balik dari berperang, bersihkan diri, bersihkan Kem.

Makan Tengahari.

Menunggu kedatangan Tuan Pengetua. Macam magic, semua kembali lawa dan bergaya. Smart dengan uniform masing-masing. Berbaju kadet polis, kadet bomba, pandu puteri dan lain-lain.
Kumpulan yang menang untuk kali ini ialah Kumpulan Cenderawasih. Bangga Bob Azrin :) Bob, abang fasi pelajar Sains Sukan dari Uitm, Shah Alam.

Sedih pula nak berpisah. Kiss Kaleen :) Amoi yang teruk kena marah dengan saya pada hari pertama !

Kami suka mereka ini. Seperti yang ditulis tadi, teamwork mereka memang tiada bandingan. Sentiasa bekerjasama. Mereka bukan sahaja memikat hati kami di Kem, malah orang-orang kampung pun suka pada mereka. Semasa Amazing Race, ada yang diberi minum air kopi, air mineral, makan biskut .. Ada yang kasutnya pecah, diberi olah nenek dikampung, selipar. Ada yang ditumpang oleh orang kampung naik motor, naik bas ke Balai Polis Chinchin pun ada. Mereka anak-anak yang berbudi bahasa. Orang berbudi, kita berbahasa. Mereka contoh kepada kita semua bahawa sesungguhnya kita adalah bangsa Malaysia. Semangat senegara yang harapnya akan kekal sampai bila-bila.

Balik selepas makan tengahari. Beramai-ramai fasi semua menghantar peserta naik bas di pintu pagar Depan.

Selamat Jalan Seg Hwa, semoga berjumpa lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...