Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, March 04, 2005

Salam Petang Jumaat



Sudah Jumaat semula, lapuran KMNS masih tak siap.

Kolej Profesional MARA sudah di Kem. Sekarang sedang minum petang. Geger masak bubur kacang hijau. Dah test semangkuk tadi, best ! Terasa manis gula melaka dan wangi aroma kacang hijau dengan daun pandan. Memang boleh dingorat budak Geger ni :)

Iqmal dan Nana
Nana demam, dan tidak bersekolah hari Rabu dan Khamis. Nasib baik Nana jenis yang kuat, kalau demam tu sehari dua suah sembuh kembali. Tapi masa demam tu manjanya bukan mainlah..

Iqmal pun tak sihat. Dah beberapa hari dia batuk-batuk. Minggu lepas Mummy-Daddynya dah bawa ke Hos*pital Pantai, Cheras. Tapi doktor bagi ubat batuk sahaja. Bawa balik Jasin, dengar dia terbatuk-batuk dan lehernya berbunyi. Anak pertama, Ida dan Li belum pandai sangat tengok anak. Kami yang dah berpengalaman ni risau tengok lain jer bunyinya. Bawa ke Doc Naha, terus Doc Naha referkan ke Hos*pital Pantai, Air Keroh. Sampai, dia orang buat chest x-ray dan bagi nebulizer. Terus kena tahan wad. Ni dah 5 hari dah Iqmal kat sana. Kesian si-comel tu !

Di hospital sewaktu jaga Iqie, seorang sahabat blog yang sudah lama dikenali online telah sudi datang bertamu. Terima kasih ye ! Nice meeting you. Anda seperti blog anda, manis dan cantik ! Akak suka sangat jumpa awak. Lain kali jumpa kat KLD pulak ye :)

+++++++++++++++++++

Minggu lepas memanglah sibuk sungguh. Macam-macam jadi, diringkaskan di sini.

1. Budak sakit.
SMK Agama ada seorang budak tu, dia memang ada sakit tulang belakang. Bila tanya, kata sihat. Tak ada yang sakit. Kami sedang makan malam. Tiba-tiba PakLet suruh saya dan Bamz pergi tengok. Huh, tengah sedap menyuap. Tapi ini perkara biasa. Lari dulu pi tengok peserta. Teruk jugak, muntah dan nak demam. Hantar dia ke pejabat. PakLet selesaikan masalah buat sementara. Kami sambung makan. Masa ni tengah lapar giler. Akhirnya peserta tu dihantar juga ke Hospital bila keadaan semakin teruk. Asri dan Bamz yang kena hantar. Lama jugak mereka di hospital.

Pagi Sabtu, tengah sedap-sedap tidur. Tiba-tiba ada seorang peserta ketuk pintu kuat-kuat. Kes kena gigit lipan. Bagi bantuan kecemasan secepat mungkin. Ruddy dan Bamz hantar peserta ke Hospital. Dapat injection dan ubat, Bamz suruh tidur dalam pejabat. Siap bukakkan peserta tu channel cartoon lagi. Ruddy dan Bamz jaga dia sambil 'kerjakan PC saya'

In short, Bamz jadik Pegawai Perubatanlah minggu lepas. Berulang alik dia ke Hospital.

2. Kes Malu
Cerita Iha dah beritahu. Malu giler kes tu Iha. Akan jadi sejarah yang semua fasi akan ingat sepanjang hayat. (in Zack's case camner ek? )

Cerita Asri pulak. Asri, minggu lepas ialah Asst. Kem Komandan. Bila PakLet tak de, dialah in-command. Sekali, masa majlis penutup, dia bagi command kat semua orang. "Tepuk, tepuk macam-macam ...." Dengan peserta, dengan kami .. semua jadi blur. Tepuk Lambaian Danau kami tahu, Tepuk PakLet hensem kami tahu, Tepuk Gitu-Gini pun pandai, Tepuk Terima Kasih tiap-tiap minggu buat .. apekebendenya Tepuk Macam-Macam ni ? Dahlah kami blur, dia ingat kami pekak badak .. dia siap ulang "Tepuk, sekali lagi .." Saya yang dok sebelah Madas, tanya Madas, "Apebende Asri soh kiter buat nih ?" Hehe. Masa tu memang lawak sungguh :)

Tapi PakLet puji Timbalan dia. Bila nak start aktiviti, semua peserta dah ready. Paling best masa Malam Persembahan, Asri atur peserta. Fasi pun bagus juga. Azlee punya 'quick-thinking' menyelamatkan kita :) Cepat dia teringat nak ambil bangku dapur. Nasib Larling Lobert dah balik :) Kalau tak sure dia bising bangku dia kena kebas.

3. Kes Menu Istimewa
Peserta kadang-kadang bila tak mahu pergi aktiviti, akan cakap dia sakit. Untuk mengelakkan ramai yang sakit dan tidak pergi aktiviti, kami akan hantar mereka ke 'pejabat' Pak Haji. Pak Haji akan bagi mereka aktiviti. Minggu lepas, ada 5 anak dara tidak pergi Obstacles-Run. Mereka duduk di dapur, potong frankfurters. Kat Kem, kami makan pelik-pelik. Franks tu PakHaji buat sambal. Sure, korang tak pernah makan camni, kan ?

Kami bertugas menjaga Obstacles. Balik ke Kem. Lapar. Tengok orang tengah potong franks. Fendie dan Azlee ambik terus makan. Budak-budak tu kata, "eh, boleh ke makan abang, kan mentah ni, lom masak". Eleh, franks mentah ! Mulalah kami dengan riaknya cerita apa yang pernah kami makan - sambal lintah (rasa macam kerang-sedaps), lintah goreng tepung yang crispy (pakai tepung adabi, kalau tepung kentucky tak berapa sedap), sup biawak (paling sedap bahagian ekor dan kaki), monyet (otak sedap), ular panggang cicah kuah satay (Pak Haji yang masak), ular masak kicap (sedap juga) dan sup ular (ni tak sedap - hanyir).

Asri pulak sampai, pun makan franks mentah. Tu okay lagi. Mereka masih tak percaya apa kami pernah makan. Pastu Iha pulak sampai. Iha pun makan franks mentah. Masa ni, peserta yang dok tepi sekali dan pakai spec (sorry huns, aunty lupa nama), Fong dan Talitha dah geli giler kat kita orang. Sebab Iha yang comel, nampak baik (hehe) tu pun boleh telan benda-benda camni, surelah mereka (GengKLD) ni tak senonoh dan makan semua benda-benda yang diceritakan. Larling Lobert cerita lagi best. Cukup tak tahan masa dia cerita pasal ular panggang cicah kuah satay tu. Kesian budak-budak tu, berair-air mata tahan geli ! hehe .. kita orang memang extreme, dik!

4. Aizam dan Ikie
Mereka berdua, dah join club Pakdi dan Sham. Sekarang club tu dah ada 4 member.

5. Madas
Confirm, Madas ialah cucu kesayangan Nenek (my mother).

6. Pam Air
Musim panas begini, paling bosan kena pam air. Tapak War Game kering, kena pam air. Kat splash pun kena pam air. Karang orang terjun 30 kaki, kering kat bawah tu, tak ke naya ? Toyak tak suker kena bertugas 'hal-hal pam' dengan Zack :)

7. Malam yang Adventure
Saya, Azlee, Fendie dan Madas bertugas sebagai pekerja Majlis Perbandaran. Pergi buang sampah kat 'toot'. Huh, malam yang sungguh adventure !

Walaupun sibuk dan ramai peserta, tetapi semuanya berjalan lancar. Sapa yang buat work schedule,lah kan ? (see the leg, the leg .. hahahahaha ..) SMK Agama semuanya lancar, KMNS pun begitu. Memang bagus sangat orang yang buat schedule tu. Haruslah Tuan Tanah Kedaung berikan bonus khas untuk Cik Puan tu :)

Penat sangat kan minggu lepas ?

++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu Peksa

Dear Fasi :

Selamat Menempuh Exam
Selamat Tak Tidur Malam
Selamat Mencari Nota
Selamat Bergrup Study
Selamat Tak Sempat Makan Tak Sempat Mandi

semuanya akan berakhir
dan keadaan pasti akan jadi seperti biasa semula

seperti
kita memulakan obstacles-run
bertatih, memanjat, merangkak, berlari
terjun
naik semula dengan penuh siksa ... hadui, tak terdaya !
mengharung air tasik membersihkan diri
panjat lagi batu-batu merah pinggiran bukit
berhati-hati di tepi gaung
bersungguh-sungguh memasuki lubang-lubang tayar .. satu, dua, tiga ...
letih
lari lagi
mencari arah dalam hutan

iha dan bamz yang comel manis menunggu mengambil masa
akhirnya sampai juga

alahai dah sudah ?
senang jer ... boleh buatlah !

Kalau gunung boleh didaki, jalan 12 km setiap minggu - okay sahaja, berakit, berkayak, terjun flying-fox yang orang semua nak pengsan buat dan korang macam 'takde apa', apa sajalah dok dlm dewan exam tu, kan ? Very the kacang, kan geng ?

Semoga semua adik-adik tersayang berjaya dengan cemerlang! PohPlet ah !
We Luv U, guys !

1 comment:

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Care health series weight loss pill Best time day take lexapro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...