Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, May 31, 2004

Misteri

Ada dua misteri di Kem. Satu sudah selesai, satu belum.

Misteri Satu
Saya ada 4 biji rechargeable bateri untuk digicamera saya. Beberapa minggu ni, tinggal dua sahaja. Saya mengesyaki anak saya Nadzrin ambil untuk gameboynya. Setelah disoalsiasat dan juga diselidik didapati dia tidak bersalah. Dia menggunakan bateri dia sendiri. Buktinya, ada tertulis nama 'Ayin' di bateri-bateri kepunyaannya.

Hari ni menyibuk-nyibuk di dapur Kem. Tangan saya memang gatal. Memang suka meraba itu ini. Dan dengan gatalnya buka tempat bateri 'lighter' gas dapur. Duh, jumpa sebiji bateri ! Bukak satu lagi 'lighter', jumpa sebiji lagi ! Rupa-rupanya Encik Toyak yang ambil. Dan , dengan pandainya, bila bateri dah lemah, dia ambil sahaja bateri yang ada di pejabat yang telah di'recharged'. Patutlah sekarang bila nak guna kamera sahaja, bateri belum ber'charge'.

Selesai satu misteri. Arahan dah diberi untuk Gang Dapur. Kalau bateri untuk 'lighter' tak de pakai sajelah mancis ! Jangan ambil lagi bateri kamera akak.

Misteri Dua
Depan setor basikal, ada tertanam sebatang tiang. Tiang telefon. Ada harapankah Telekom nak bagi kami 'direct line' Tak perlu pakai aerial dan apaketahnamanya yang duduk beramai-ramai atas bumbung pejabat ni ?
Misteri belum selesai.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selamat Pengantin Baru Dr. Badiah Yahya !

Sahabat sekelas dan sekampung sedari kecil telah bertemu jodoh. Alhamdulillah, Dek'ah telah berjumpa 'Soulmate'nya. Gembira sungguh hati bila Mak Long Bedah datang menjemput kami sekeluarga ke majlis. Saya hantar Mak dulu pagi-pagi. Selepas jemput Amir yang pergi tuition, singgah pula.

Masa kecil-kecil dulu dan sehinggalah keuniversiti, Badiah paling pandai. Sekarang pun, dia Pengarah di Hospitalnya dan dia antara pakar dalam bidangnya.

Tapi Amir 'warning' saya, Mama jangan kawin-kawin tau ! Adalak tak boleh, nak la kawin .. tapi dengan Babah lah ! Dulu masa berkahwin, masa 'budak-budak'. Apa orang suruh pakai dan orang suruh buat, ikut sahaja. Sekarang kalau boleh bersanding balik, best kot ? Kena pakai kerusi besarlah tapi, sebab dah 'setimbun'!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Have to go. Abang Dino dah azan dah !

MRSM 2 dan Durian, durian, durian !!!

Ahad, hari terkahir Program Kecermerlangan Pelajar PMR MRSM, Kem Terendak. Ada 'war game'. Mereka ni ramainya jenis yang terlalu 'serius'. Asyik belajar sahaja agaknya. Bagi peluang untuk mereka 'release tension' Jadi kanak-kanak sekejap. Bagi peluang main air dan lumpur.

Dibahagikan kepada 4 kumpulan - A, B, C dan D. Kumpulan D menang. Main macam biasa, berebutkan air sebotol. Hmm, kalau betul bagi motivasi, orang sanggup mati(olok-olok) kerana sebotol air !

Paling best, hakka sebelum dan selepas perang. Bersemangat ! Kalaulah nanti masa peperiksaan 'hakka' ni dapat menaikkan semangat seperti hari Ahad tu, buat jer lah ! Tentu bersemangat anda semua menjawab soalan :)

Best juga nyanyi lagu 'Barisan Jalan'. Lagu ni ciptaan fasi-fasi Kem Lambaian Danau. Ikut rentak Barisan Kita.

Harapan kami semua di Kem semoga adik-adik telah bersemangat untuk menghadapi PMR. Selamat berjaya :)

Terima Kasih Ustaz Foad, Cikgu Rahim, Cikgu Ariffin dan semua cikgu-cikgu yang mengiringi pelajar-pelajar.

Jutaan terima kasih juga untuk 'team Encik Tukang Masak'. Lemak cili padi ayam campur rebung tu takkan kami lupakan. Sedap !

Dua minggu lagi giliran abang-abang dan kakak-kakak Tingkatan 5 pula.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Durian !

Alahai, harga durian menjunam ! Di kampung, di Pagoh, harga durian sangat murah - 40 sen sekilo. Dan itu maknanya kami tak dapat jual durian. Durian dah lah banyak - 500 pokok. Masa tanam pokok durian ni dulu, harga durian mahal. Sekarang sudah tak berharga lagi. Sedekah-sedekah dan makan-makan adik beradik saja.

Semalam, lepas habis program MRSM dengan 4 kereta kami bergerak ke Pagoh. Jamu adik-adik fasi durian. Makan sekenyang-kenyangnya. Lepas tu bawa balik pula limau manis, pulasan, manggis dan jambu batu. Suka sungguh budak-budak nih !

Kucai ada semalam, jadi pekerja-pekerja di dusun dipanggilnya 'fasi kebun'. Macam-macam diusiknya abang-abang Indon tu. Kalau Kucai ada, memang riuh rendah jadinya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni kami menerima peserta dari Sekolah Agama Bandar Tangkak dan SMK Pasir Panjang, Port Dickson. Kumpulan kecil sahaja.

Ruddy jadi Ketua Fasi untuk kupulan sekolah Agama. Dia sedang dalam latihan untuk jadi Jurulatih Kanan.

Fasi 'on-duty' untuk kumpulan ni : Ruddy, Jepun, Dino, Adi, Ashraf, Azim, Bob, Fikry dan Toyak.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk budak-tembams or Iha :

Pls downloadkan akak Photoblogging.

1. Go to blogger and sign in as me.
2. Download Hello Photoblogging.

Thanks !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saturday, May 29, 2004

Lapuran Program MRSM Kem Terendak

MRSM Kem Terendak sampai agak lambat, pukul 5 petang. Kali ni dengan 2 bas Maktab dan 4 trak. Ada yang naik bas dan ada yang naik trak. Sebuah trak lagi sarat dengan segala perkakas memasak dan ration mereka untuk 3 hari ni.

Trak-trak berhenti depan Dataran Gemilang. Kami semua memang menunggu kedatangan mereka di depan pejabat. Ustaz Zul, Iha, Ruddy, Bob, Muafa, Fikry, Khalid, Azim, Ashraf, Agus, Raup, Toyak, Jepun dan saya. PakMan tidak bertugas minggu ni sebab dia bertugas di Kem Puan Tan Chay Yan, Bukit Katil untuk Jambori Asia Pasifik.

Peserta diarah ke Dataran Gemilang untuk taklimat program dan undang-undang Kem. Lepas tu solat Asar berjemaah. Siap semua, pasang khemah. Tepat jam enam petang, semua selesai. Mandi-mandi dan bersiap untuk solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Zul. Kemudian kuliyah Maghrib pula. Masuk waktu Isya' solat Isya.

Encik Tukang Masak MRSM salah bawak kuali, kualinya bocor. Terpaksa pinjam kuali kami. Akibat tu, lambatlah pulak anak-anak dapat dinner. Pukul 9.15 baru makan ! Tapi dinnernya sedap ! Ada sambal udang, daging
masak kicap dan tumis kacang panjang campur karrot.

Pukul 10 malam baru mula 'ice breaking'. Mereka dibahagikan kumpulan, siapkan 'cheers' dan buat logo kumpulan. Lepas tu, ada beberapa game untuk menguji kepintaran dan juga 'sessi nyanyi-nyanyi'.

Tidur pukul 12.30 malam.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sabtu. Solat Suboh, 'morning exercise' dan sarapan pagi.

Aktiviti pagi. Peserta dibahagikan kepada 4 sub-camp. Berkayak, 'water confidence, 'obstacles-run' dan 'jungle-tracking'.

Bergilir-gilir membuat aktiviti. Selepas satu 'sub-camp' ke satu 'sub-camp'. Kena buat semua hingga habis. Kalau peserta dari Universiti , kami guna sistem setem. Habis buat aktiviti, dapat setem dan setem dilekatkan pada 'name tag'. Ada setem khas yang anda akan dapat untuk setiap aktiviti dan kerja yang dibuat. Kalau cuci tandas pun, ada dapat setem. Setem tandas :)

Petang begitu juga, menghabiskan aktiviti-aktiviti.

Sedang saya menaip ni, peserta sedang mendengar Kuliyah Maghrib yang diberi Dino.

Malam ni hidangan makan kami - BBQ ayam, kambing, ikan dan nasi goreng.

Dan aktiviti selepas itu, Bicara Hati. Esok saya akan lapurkan lagi berkenaan program ni.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SELAMAT PENGANTIN BARU IRDA HANY DAN SUAMI

Hari ni anak saudara saya (anak sepupu) melangsungkan perkahwinan. Dan saya tidak dapat menghadiri.

Berdas-das juga Mak berleter tadi :) Mak kata nanti anak saya kahwin, tak siapa nak datang, Wah, kena buat program nanti bila dia orang kahwin. Berkhemah sambil meraikan perkahwinan.

Nak buat macam mana. Kena kerja juga. Nak cari makan. Dah kerja kami macam ni.

Nasib baik adik saya dan suaminya balik, mereka bawa Mak dan anak-anak saya ke rumah sepupu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Thanks pG :) Hari seorang blogger datang ke Kem. Nice guy, hensem ! Dia pelajar tahun 2 di KUTKM. Sila baca blog dia.
Klik sini...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni juga Long Zul (abang ipar saya) dan isteri Kak Zidah serta anak-anak Faiz dan Aisyah datang ke Kem. Few months ago saya ada menulis tentang Long yang sakit cancer. Alhamdulillah, sekarang Long nampak sehat berbanding dulu. Tapi Long tak de air liur lagi. Kilang air liur dah musnah akibat chemo. Kurus Long sekarang. Harapan saya semoga Long sehat seperti biasa semula.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Friday, May 28, 2004

Danauku berkabus tebal !

Suasana pagi yang paling saya suka .. danau berkabus ! Semalam, sepanjang petang hingga awal malam, hujan tidak berhenti-henti.

Dan pagi ni bila sampai Kem dapat lihat pemandangan danau rasa best sahaja. Kabus ! Menyejukkan hati dan menenangkan fikiran. Semalam memang ada terguris sikit !

Tengok Ruddy atas pelantar depan pejabat. Sedang baling pancing. Alahai mamat seorang ni .. memancing pakai umpan buah limau. Ilmu mana lah dia guna !

Nak ambil gambar, kamera tak de bateri pulak. Sejak dibawa ke Rompin hari tu, kamera tu belum berbuka. Gambar training tu pun belum diupload lagi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni Kem akan menerima tetamu dari MRSM Kem Terendak. Adik-adik Tingkatan 3. Dua minggu lagi Tingkatan Lima pula datang. Dua-dua Program Motivasi.

Dah ramai dah di Kem - Ruddy, Bob, Fikry, Azim dan Ashraf. Dan juga Geng Kampung Chinchin. Pagi ni selepas sarapan, mereka telah mula menyiapkan keperluan program. Fikry check semua lampu-lampu. Bob siapkan Dataran. Ruddy check barang-barang dan line flying-fox. Sekejap lagi mula lah seorang lepas seorang test terjun tu. Yang lain-lain di dapur. Minggu ni Pak Haji tak memasak. MRSM bawak tukang masak sendiri dan perkakas memansak sendiri. Tahu sahajalah tempat askar ni. Entah berapa traklah untuk membawa barang. Peserta sudah tentulah naik trak askar juga ! Tahun ni sudah pandai kami :) Tahun lepas, kami panik juga bila tengok banyak trak-trak masuk.

Semasa saya menulis ni semua sedang kerja keras. Sebenarnya, menyiapkan dan mengemaskan Kem lebih memenatkan dari semasa program berjalan. Banyak benda nak dibuat - tandas kena cuci, kawasan lapang semua kena sapu, tempat-tempat mandi kena buang rumput, buang sampah, chalet-chalet kena kemas dan vacuum. Banyak lagilah kerja ! Tak tertaip :) Tu belum lagi selepas habis program :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semalam petang sahaja baru ke Kem. Dari pagi bersama Ida, jumpa Zamzam dan Haji Kassim. 'Kaki Pearl' baru kami. Ada 'branch' baru untuk perniagaan pearl kami. Macam-macam kami buat nak cari duit :)

Sesiapa berminat nak jual pearl, boleh hubungi saya. Cultured pearl dari Sabah. Adik saya ada small factory buat accessories Pearl ni. Ada brooches, necklace, bangles, bracelet dan segalanya lah perhiasan diri perempuan ni. Plate diimport dari Hong Kong dan Korea, kristalnya Swaroski dan mutiaranya tentulah Sabah Cultured Pearl.

Habis urusan Pearl, kami ke sebuah resort exclusive kat Melaka ni. Adik saya berhajat nak beli tanah lot bungalow. Ada kawasan Lakeview, Meadow dan Woodlands. Permandangan cantik. Di kelilingi oleh golf course pulak tu. Tak tahu lah jadi beli ke tidak.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Skin baru ku ! Thanks untuk komen-komen anda semua :) Belum habis mengodek :) PC ni tak ada Frontpage. Saya kalau mengodek template, kena guna Frontpage. Susah kalau godek terus di Blogger. Blogspot nyer Photoblogging tu pun belum di download. Tunggu dulu lah ! Dah ada semua barulah boleh tambah gambar dan akan buat blog ni 'ganas' sikit sesuai dengan imej Kem :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu depan anak-anak dah cuti sekolah ! Tak payah nak bangun pukul 5 pagi. Kalau hari sekolah, saya bangun seawal tu. Kena siapkan sarapan anak-anak. Dan juga prepare mis-en-place untuk lunch. Mak tinggal tumis-tumis sahaja. Kemas rumah dan sapu lantai. Kejutkan semua orang untuk solat Suboh dan bersiap ke sekolah.

2 minggu ni boleh relax sikit. Tapi ada group jugak masa cuti sekolah ni - SMK Pasir Panjang, Port Dickson dan Sekolah Agama Tangkak. Minggu berikutnya pulak MMU, Melaka.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Have a nice weekend :)

Esok kalau ada masa, saya akan melapurkan tentang perkhemahan MRSM Kem Terendak.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Thursday, May 27, 2004

To Kak G

saya tukar blog skin kak g. sorry yea. sy tahu kak g takde frontpage, so, susah nk edit skin tuh dan memandangkan line kak g yg memang teruk sket semenjak 2 menjak nih, sy pon upload lah the previous templet tu balik. nanti kalau akak ada masa, akak ubah lah yea. harap maaf yea. jgn marah tau, kak g.
-bamz equipment-

Ishhhhhhh ... tarak kisah la ! Ko kan manager IT Kem. Selayaknya lah ko tolong godek kan ? Kena bayar ke ? Sekarang semua orang berkira. Karang akak dikatakan 'take advantage' dan nak 'free service' pulak !

Apapun, thanks so much ! Luv ya, bamz :)

Wednesday, May 26, 2004

Comando Chips



Hari ni jom masak-masak ! Resepi ni senang jer buat. Belajar masa jadi 'management trainee' dulu. Di hotel, mereka makan chips ni bila minum beer. Info jer ni. Janganlah pulak pergi beli air kencing setan tu.

Bahan

1/2 peket fries
1/2 cawan cili kering yang dikisar
4 biji bawang putih, cincang
1 labu bawang besar, cincang
1 cawan ikan bilis yang telah dibersih
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng, jika suka
Minyak untuk menumis
Minyak untuk goreng fries
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula pasir

Cara:

1. Goreng fries hingga kuning, keluar dan tapiskan.
2. Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan dalam 2 sudu besar
3. Goreng ikan bilis hingga masak (jangan garing). Keluarkan.
4. Tambah sedikit lagi minyak jika perlu. Tumis bawang putih dan cili.
Bila dah garing masukkan bawang besar, garam dan gula. Biar gula lebih sedikit. Sedap kalau manis sikit.
5. Bila semua dah rata, masukkan ikan bilis dan fries
6. Sudah boleh makan !

Selamat Mencuba !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Itu saje entry hari ni. Busy, ada kerja nak dibuat !

Monday, May 24, 2004

A New Skin !

Skin Baru :)

Bukan buat sendiri dan bukan juga download dari Blogskins.

Saya guna template Blogspot dan godek-godek sedikit. Belum siap lagi, sebab godek terus di template blogspot. PC tak de Frontpage dah. Hari tu budak tembamz tak sempat nak install untuk saya. Biar jerlah, perlahan-lahan siapkan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sudah baik ?

Heheh .. macam-macam cerita. Ramai kawan-kawan GeJu yang balik dengan pinggang sakit, lutut sakit dan sakit pelbagai. Orang bandar masuk hutan ! Kelakar kalau fikirkan. Bila orang bandar masuk hutan, fizikal mereka sakit-sakit. Bila pula orang hutan masuk bandar, minda pula sakit ! PakLet kalau ke KL, dijamin akan pulang migrain. Sebelum program GeJu hari Sabtu tu, dia ke KL, jemput Mak yang pulang dari umrah di KLIA. Dari KLIA ke Ampang rumah kakak ipar, dia dah migrain !

Begitu lumrah manusia. Untung sana, rugi sini. Apapun kena perlu bersyukur sebab apa sahaja yang kekurangan itu ada pula kelebihan pada yang lain.

GeJu frens, meh la exercise skets ! Ikut cam Azah HanyaSayang, pi gym :) Saya cakap sahaja, saya lagilah pemalas giler, bak kata budak-budak Kem ni.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mak dan Bilik Study

Mak hadiahkan cucu-cucunya bilik study baru. Buat sebelah garage. Rumah kami ada 3 garage kereta. Dulu ada 3 kereta, sekarang tinggal 2 sahaja. Kereta lama saya, Mitsubishi Galant tu dah saya berikan pada seorang sepupu yang tiada kereta. Tak pakai pun kereta tu. Buat rumah nyamuk sahaja. Jadi garagenya dan sedikit ruang sebelah garage tu Mak suruh orang buatkan studyroom untuk anak-anak saya.

Bukan main lagi Mak jadi arkitek merancang itu ini. Lantai nak letak tiles begini begitu, ada veranda untuk Mak jadik cikgu tengokkan cucu-cucu belajar, letak whiteboard, softboard dan nak pasang aircon juga. Alhamdulillah, semua orang sayang anak-anak saya. Dah pesan kat anak-anak janganlah sesiakan apa yang nenek buat untuk mereka.

Thanks, Mak !

Minggu ni pun minggu peperiksaan anak-anak. Hujung minggu lepas tak buat apa pun, habiskan masa dengan anak-anak sahaja. Hari ni Nadzrin dah dapat result dah, alhamdulillah semua subject dia dapat lebih 90 markah.

Kalau hujung minggu tiada 'guest' barulah kami bawa anak-anak ke Kem. Kalau tidak, mereka di rumah. 'Weekday' memang saya bawa semuanya ke Kem. Depan mata kami berdua, siapa berani tak baca buku ! Tapi kami bagi peluang, lepas belajar, pukul 6 petang boleh pilih - naik basikal, naik kayak, main badminton atau 'swimming' kat jeti belakang. Sebelum tu kami belanja minum dan makan goreng pisang kat Kedai Akak Sarjen.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Program Minggu Ini

Hujung minggu ni masuk group MRSM Terendak (Tingkatan 3). Selain dari Malacca High School, sekolah ini merupakan pelanggan tetap kami. Dari masa kami berbangsal usang dulu hinggalah dah seperti sekarang, MRSM masih menyokong kami. Kami pun sukakan sekolah ni. Pelajarnya bersemangat samada masa ceramah ataupun masa beraktiviti. Rajin tanya soalan dan bersungguh-sungguh nak menang masa aktiviti. SK Paya Rumput juga masuk minggu ni.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baca fasal penderaan lagi. Kali ni mendera 'maid' pulak. Kisah Nirmala. Apakebendanya yang merasuk minah Nyonya tu hingga begitu sekali zalimnya buat orang. Ni pengaruh 'aura beta' nih, kots ? Tu bukan aura raja-raja. Tapi beta as in alpha, beta, theta, delta tuh. Tak tahu ? Lain kali kalau senang dan ingat, saya cerita.

Nyonya tu nak lawan kezaliman Bush kots ? Tahu pulak menangis semasa tidak dibenar jamin. Ingatkan sudah tiada perasaan. Pilu sungguh bila tengok gambar Nirmala di suratkhabar. Hari ni juga baca rakyat Malaysia sudah menderma lebih 30K untuk dia. Bagus juga, sekurang-kurangnya dia tahu masih ramai rakyat Malaysia yang berhati perut. Kesian sungguh, nak mencari rezeki meninggalkan kampung halaman yang beribu batu jauhnya, di zalimi begitu rupa pula.

Minggu ni juga sibuk baca kes Allahyarham Noritta. MasyaAllah apa yang nak saya terangkan pada anak bila ditanya 'benda-benda' pasal kes tersebut. Saya bukanlah ibu moden yang reti nak berterus terang. Saya masih terikat dengan nilai-nilai ketimuran. Saya orang kampung. Tak sanggup saya nak menjawab beribu soalan anak-anak. Abah saja yang jawab. Entah apalah diterangnya pada anak-anak.

Wednesday, May 19, 2004

PROJEK BASAH LAGI

...... dan sambungannya

akhirnya semua bangun dan bersarapan. Semua pergi mandi. Saya jumpa satu kekurangan pada tandas kami. Kami perlu menyediakan tandas untuk orang tinggi. Kesian MatJan, kena tuduh mengendap sebab dia dengan mudahnya boleh jenguk orang sebelah.

Dah cantik bersiap semuanya. Aini, Purbe, Tini, Fadhli, Farihah dan MatJan berbasikal ke Tasik Biru. Kebetulan ada Sukan Air Polis Daerah Jasin di Tasik Biru. Dapatlah mereka tengok sebentar sukan tersebut.

Saya dan Gang Kem menunggu kedatangan peserta GeJu. Mula-mula sampai Sesapa dari Kuantan. Kami juga ramai-ramai mengajar PakLet yang blur dengan penggunaan 'nick'. Lulus juga ujian, dia okay saja bila 'sesapa' memperkenalkan dirinya 'sesapa'. Taklah dia bantai tergelak atau buat muka pelik seperti masa langsat@cekedis datang minggu lepas.

Sekejap lepas tu Wkdin datang dengan Aidil. Dah tukar kereta baru dah ! Anak dah ramai ye, Wak ! Wkdin tengah kerisauan mengenang kereta Azah (HanyaSayang) yang rosak dalam perjalanan. Sibuklah dia menelefon kesana kesini.

Selepas pukul 12 barulah ramai sampai. Tak mahu buang masa, PakLet bagi taklimat perkhemahan dan undang-undang Kem. Kemudian sessi pasang khemah. Ada yang ambil khemah 4-men dan ada yang 6-men. Terpulang kepada saiz masing-masing.

Semasa sessi pasang memasang khemah, peserta yang lain mula sampai. Seperti biasa, kami yang perempuan peluk memeluk bila berjumpa satu sama lain. Rasa macam adik-adik sendiri yang sampai.

Antara yang lambat sampai - Fina & Syazwan yang datang dari Sarawak. Thanks Fina ! Datang dari beribu batu jauhnya ! Fina ajarkan akak betapa bernilainya sebuah persabahatan. Luv ya, girl !

HanyaSayang dan Salina pun dah sampai. Kesian Azah, banyak duit kena keluar nak repair kereta. Tapi kami smeua senang hati sebab Azah dan Salina dah sampai juga akhirnya.

Usai aktiviti pasang khemah, aktiviti di dewan makan pula. Makan-makan. PakHaji dan GangDapur dah siap. Makan sambil bersila sambil bersembang. Ros, Airiz, Abrar dan Dodah pula sampai. Ros bawakan roti canai banyak ! Airiz bawa kek. (sedap kek tu, mintak resepi, boleh Airiz ?). Lepas makan, dessertnya muffins yang UngkuNor bawa - blueberry, chocolate dan plain. Sedap-sedap semuanya. Saya cam biasa, ponteng pantang. Belasah saje apa ada :)


Sudah makan, solat Zohor dan Jama' Asar. Senangkan bermusafir, urusan kita dipermudahkan. Solat di imamkan oleh Dino (cillcrusader).

Pukul 2.30 petang, 'Ice Breaking'. Aktiviti ini di 'handle' oleh Tuan Presiden, Tok Rimau. GeJu dibahagikan kepada 4 kumpulan yang diketuai oleh Fariz(Saljubiru), Poad (Manmoncang), Spyz dan MatJan. Setiap kumpulan diberi tugas menyediakan logo kumpulan, cheers dan kemudian membuat persembahan. Seronok tengok persembahan. Masih tak lupa gelekan Poad dengan lagu 'va va va'nya, lagu Wassini kumpulan Setuju Je yang diketuai Saljubiru, Pok Amai-Amai kumpulan Hand-2 dan lagu Tanya Sama Angin oleh kumpulan MatJan. Masa ni ais-ais telah pecah berderai. Kami telah bergelak ketawa dan kutuk mengutuk mesra gitu. Aduhai, seronoknya ! Saya tersengih-sengih sambil menaip lapuran ini. Masih teringat va-va-va Poad dan lawak kumpulan MatJan dengan 'mike'nya. Rugi siapa tak datang !

Kami juga diberi seorang satu sampul surat yang kami tulis 'nick' dan 'url' blog masing-masing. Ini gesbuk kami. Siapa saja boleh sign dikertas yang tersedia dan masukkan ke dalam sampul. Dan sementara Tuan Presiden sibuk mengendalikan 'ice breaking' untuk anak-anak buahnya, the First Lady - TIN - sibuk memngemas, membasuh pinggan dan cawan yang ditinggalkan oleh anak-anak buah. Wah, part ni tak best la GeJu, kenalah disiplin sikit !

Kami ke aktiviti seterusnya - 'water confidence'. Sebelum tu, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan : Indon dan Bangla. Wah, macam-macam cara mengapung yang diilhamkan mereka. Mula-mula Bangla terjun kedalam tasik. Pegang tepi jeti. Perlahan-lahan lepaskan diri. MatJan, oleh sebab tinggi, masih berdiri tegak. Selepas dah reti mengapungkan diri, kena pula tidur atas air. MatJan fail, tak jadi ! Yang lain perlahan-lahan berenang ke tengah tasik.

Kumpulan Indon pula terjun. Kiutnya tengok Sabrinamon, Azib, Memel, Arif, Aidi dan Sarahmon. Semua pakai BA (buoyancy aid) saiz kanak-kanak. Dan mereka dengan jayanya mengapungkan diri. Really, selamba ajer Sabrina dan Ariff yang kecil tu. Azib jangan ceritalah, memang pakar. Agaknya dimotivasi oleh GeJu-GeJu kecil tu, MatJan telah berjaya juga mengapungkan diri. Terjerit-jerit dia kepada kami, "dah jadik, dah jadik !" Heheh .. tahniah !

Masih belum puas berendam, tapi perlu ke aktiviti seterusnya - berkayak bagi kumpulan Indon dan untuk Bangla pula berbasikal dan 'flying-fox'.

Cikgu Zul, Dino dan Lenny mengendalikan aktiviti berkayak. Cikgu Zul bawak mereka ke Safari 2 dan seterusnya ke tempat 'bird watching' dihujung tasik. Bukan musim burung pindah, dapat tengok burung tempatan sahajalah.

Cica, Iha dan PakMan dekat 'flying-fox'. Saya menyibuk juga tengok mereka terjun. Wah, ctzie dan Ana suka terjun rupanya. Orang buat sekali, mereka 2 kali. Fajar mulanya tak mahu terjun, duduk bawah pokok sorang-sorang. Akhirnya terjun juga bila lihat UngkuNor dan anak-anak terjun. Ungku tak lepas naik 'staging'. Terpaksalah Cica naik dan PakMan turun untuk membantu dia. Akhirnya terjun juga.

Yang pergi berbasikal, pergi bersama Kaliong.

Lepas habis aktiviti masing-masing, bertukar pula aktiviti. Bangla pula berkayak. Di jeti belakang, ada aktiviti berendam oleh anak-anak kecil, bapa-bapa mereka dan budak-tembamz.

Petang yang seronok !

Didapur, Pak Haji & gang sedang menyalakan api untuk BBQ malam ni.

Berjemaah Maghrib dan Jama' Isya'. Imamnya Dino.

Berbarbeque pula kami. Saya beli ikan fresh dari tasik 9 ekor, ingatkan ramai tak makan ikan air tawar. Rupa-rupanya itu yang jadi pilihan. Maaf kepada yang tak dapat makan ikan. Lain kali, akak beli banyak-banyak untuk adik-adik semua. Sambal udang pula malam tu, pedas tahap dewa-dewa, bak kata budak-budak Kem. Api sampai keluar dari telinga. Heheh ..

Selesai makan malam, Tin macam biasa, berkemas dan mencuci segala pinggan dan mug yang ditinggalkan oleh peserta yang pemalas dan tidak bertanggungjawab. Shila sampai suruh akak beritahu sebab kesiankan Tin yang tak henti-henti bekerja. Dia pun nak enjoy jugak. Dia tak komplen pun, akak yang tak suka tengok keadaan tu. Thanks Tin, tolong kami jaga kebersihan :)

Aktiviti malam ni, Forum yang berpanelkan Poad, MatJan, Tok Rimau dan Kak G. Kami membincangkan hala tuju GengJurnal. Tak nak cerita lagi pasal ni, sebab dah tulis semalam. Semua orang yang berada dalam Anjung Kasih sayangkan 'Geng Jurnal' dan mahu ikatan ini kekal. Dengan pentadbir yang baik dan ahli yang 'supportive' (puas fikir apa perkataan ni dalam BM), GeJu akan berjaya. Thanks to 'u know who u are' yang beri akak maklumat penting pasal GeJu. Saya suka dengan cara tadbir Tok Rimau yang tak mementingkan diri. Macam-macam dia sponsor hari tu, tapi dia tak sebut pun. Dan kita juga patut berbangga sebab kita semua pandai memilih Ketua.

Selesai berforum, aktiviti 'nite walk' pulak.

Balik dari 'nite walk' ada yang tidak tidur lagi. Sembang-sembang lagi di Anjung Kasih. Ada yang upload gambar ke notebook Wkdin. Nettbiru anjurkan pertandingan Digital Fotografi. Sibuklah masing-masing ambil gambar.

Esoknya, menghabiskan aktiviti 'flying-fox'. Ada satu kumpulan lagi belum terjun. Habis 'flying-fox' ada aktiviti 'war game'. 'War Game' ni selalu kami buat untuk program 'team building'. Boleh release tension.

Kumpulan Indon, Jenderalnya ialah Jenderal Tok Rimau. Jenderal Sesapa, ketua kumpulan Bangla. Senjata, satu kumpulan 45 biji telur. PakLet menerangkan undang-undang permainan. Paling penting, jangan baling referee, PakLet. Jika PakLet kena, perang tamat serta merta :)

Kami beramai-ramai ke tapak perang. Setiap kumpulan diberi masa untuk atur strategi. Siapa yang terkena telur dan nampak dada, mati. Dahsyat tengok Rudy Bluehikari, Attokz, Ismail, Yaabna, Abrar, Fariz dan Hafiz. Macam boye ! Gadis-gadis GeJu pun tak kurang hebat gak. Comel saje Farihah ambil harta rebutan dengan kakinya. Brutal minah tu, hempap si-Amir anak UngkuNor. Bayangkan kalau Amir yang hempap Farihah, mahu kita ramai-ramai kena korek Farihah ! Gurau jer, tapi kenangan 'war game' tu sungguh best. Lagi sekali, rugi sapa tak pergi !

Keputusan akhir, 2-1. Bangla menang ! Berbakat sungguh, Bangla. Wkdin, MatJan dan Purbe mesti mati dulu. Tiap kali main, mereka nilah yang terkorban dulu. PakLet pening tengok 'orang-orang mati' yang kacau permainan. Tak berdisiplin 'orang-orang mati' ni. 'Orang mati' yang paling banyak bagi arahan ialah WkDin. Sampai sakit-sakit pinggang dia bermain. Kejap-kejap PakLet kena berhentikan permaianan dan jerit, "orang mati pi masuk kubur !". Heheh ! Seronoknya, seronoknya !

Habis main, sessi ambil gambar. Dengan muka yang berceloreng dan berlumpur, semua ambil gambar. Anda boleh lihat gambar-gambar dengan klik di link Geng Jurnal, atas kiri, bawah gambar Projek Basah di blog saya ni. Ada link kat sana ke Fotopages GeJu-GeJu. Ada gambar oleh Rudy Bluehikari, Hafiz, UngkuNor, Tok Rimau, Amyz, Nettbiru, Airiz, Spyz dan lain-lain. Ramai yang ambil gambar hari tu. Fina, dah upload Fina punya tak ?

Lepas 'war game' masing-masing ambil BA. Sessi mandi-manda kat jeti belakang. Alahai, Ctzie kena lintah dan dia bukak BA dan bukak seluar ! Heheh ! Tak terkata kami .. Kesian Ctzie. Lain kali biarkan sahaja, CtZie. Bukan sakit pun. Lintah tu hisap darah kotor dari tubuh awak. Kalau air tawar ada lintah maknanya air tu bersih. Lintah tak boleh hidup dalam air kotor.

Tengahari tu saya lapar dan nak makan cepat. Ingatkan nak makan dulu, tapi Wkdin (kami panggil dia Cikgu dan Nettbiru monitor sebab garang jaga kami ! ) suruh pula kemas khemah dulu. Siap kemas khemah, simpan khemah di pentas Dataran Insan.

Masih tak boleh makan. Acara tukar-tukar buku. Saya dapat buku 'Nak ke Tak Nak' oleh Dr. HM Tuah yang dibawa oleh Farihah. Terima kasih, Farihah :)

Sambil pilih buku, sambil undi pemenang Digital Fotografi. Cantik-cantik gambarnya. Yang menang gambar Poad Manmoncang. Memang cantik gambarnya. Nak kecek Poad, pamplet Kem tahun depan, nak mintak gambar tu untuk muka depan. Saya undi gambar kucing Toyak, si-Topot yang Fina ambil.

Selesai semuanya, kami makan tengahari.

Ada GeJu yang dah balik dulu. Syazwan kena balik selepas hantar Fina. Ros dan Airiz balik petang Jumaat. Mie dan Fajar malamnya pula. Terima kasih semuanya sebab walaupun ada kerja masih datang menyokong projek ini. Sukahati saya, dapat jumpa Mie, pengasas GengJurnal. Ada benda nak sembang Mie, lain kali ye!

Selepas makan mulalah aktiviti peluk-memeluk. Sedihnya ! Belum puas bersama, sudah kena berpisah. Kereta Spyz dan kereta ir-awok pula buat hal. Tayar Spyz pancit dan kereta ir-awok pula tak boleh 'start'. Bateri lemah sebab engineer ni lupa padam lampu. MatJan, Purbe dan Abrar terpaksa tolak. Ruddy Kem dalam kereta sebab ir-awok tak tahu nak buat apa. Akhirnya semua kereta okay.

Kami - Nettbiru, Shila, anak-anak Spyz, Tin, Latipah adik Tok Rimau, PakLet, Ruddy Kem, Raup, Ana, Purbe, Farihah, MatJan, Abrar, girlsmon Tok Rimau duduk depan rumah kayak melambai kawan-kawan GeJu yang nak balik. Semuanya berhenti dulu, dan peluk-peluk lagi. Rasa berat nak berpisah. Shila, Farihah dan Nettbiru sempat berurut dengan PakLet. Tin bagi kami cake untuk makan-makan sambil melambai.

Yang akhir sekali balik ialah kereta Spyz - Spyz, Shila, Nett, Memel dan Ariff dan kereta Purbe - Purbe, Farihah, MatJan dan Abrar.

Tinggallah kami. Tetiba rasa sunyi sangat di Kem. Asyik terkenang-kenangkan GeJu semua.

Bila lagi kita akan berjumpa ?

Thanks so much guys for the happy time we had. A big, big hug for u ! Luv ya, peeps !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jejak Kasih

Dua hari ni telah berusaha untuk mencari blog Ismail, Ana, Matun, Yaabna dan Abrar. Boleh tak tolong bagi urlnya. Nak linkkan ke My Layan List. Tulis kat gesbuk, ye.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Terima kasih banyak-banyak juga pada peminat setia GeJu yang belum ada blog - sesapa dan anak-anak Kak Zaharah dari Telekom Alor Gajah. Sudi bersama kami hingga ke akhir program.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari Isnin telah menghantar 5 orang fasi untuk training. Iha, Ruddy, Muafa, Agus dan Dino. Mereka sekarang berada di Sommerset, Rompin dan akan pulang pada hari Jummat.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada gambar berkayak yang saya ambil dari bot hari tu. Ambil juga gambar keluarga Tok Rimau & Spyz yang mandi di jeti tapi tak jadi pulak. Chekout my Footpages.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mely, thanks sebab datang. Mely tahu akak nak sangat jumpa Mely :)

Tuesday, May 18, 2004

PROJEK BASAH

Lapuran perkhemahan GengJurnal ditangguhkan.

Betapa rajinnya nak saya tulis lapuran tu. Aduhai, tak sabarnya nak tulis fasal MatJan takut air ! Fasal Tin yang asyik membantu Pak Haji dan Gang Dapur !

Tapi ada lagi yang maha mustahak. Perlu saya tulis. Dan semalam selepas semua balik lagi dan lagi saya terasa mustahaknya kenyataan yang perlu ditulis ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++

GeJu sebagai syarikat ? GeJu didaftar ? Biarkan GeJu macam GeJu sekarang ?

Saya terus terang ini asalnya pendapat suami dan dia buka mata saya. Menyedarkan saya. yang mata duitan ni. Dia kagum bila tahu yang GeJu cuma dalam realitinya 'kawan-kawan' di alam maya. Dan apa yang menyamakan kita cuma kita ada blog (penulis) atau kita pembaca blog atau pasangan kita yang menulis blog. Itu sahaja ikatannya.

Apa tujuan penubuhannya, tanya suami ?

MATLAMAT PENUBUHAN
geng jurnal ini ditubuhkan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penulis jurnal dan para pembaca. mengadakan aktiviti berfaedah dan bermanfaat.

Ini yang Mie nak, semasa dia tubuhkan GengJurnal dulu.

Mula-mula tak ramai, sekarang sudah lebih seribu orang berdaftar bawah GengJurnal. Dan daftar ahli cuma dengan 'klik-klik' dan 'type-type' sahaja di website yang Mie buat. Begitu mudah !

Dan PakLet kata, Mie telah berjaya capai matlamatnya ! Nawaitunya untuk mengeratkan hubungan geng menulis ini dengan mengadakan aktiviti berfaedah telah berjaya. Tak pernah kami menyambut satu kumpulan yang datang dari berbagai cabang kehidupan. Ada orang tua, orang muda, pelajar, pensyarah, suri rumah dan anak-anak kecil. Dan mereka telah berjaya bergaul tanpa ada sedikitpun jurang antara mereka.

Cubalah agaknya bila GeJu menjadi satu syarikat atau koperasi. Akan ada banyak masaalahnya nanti. Purbe dan Mat Jan akan mahu claim duit minyak dan duit tol bila mahu ke gathering GeJu di KLD tahun hadapan (cewah ! ni akak tambah .. heheh). Tak panggil gathering lagi kots, akan panggil 'Mesyuarat Tahunan Geng Jurnal'. Kan boring tu ! Tak cukup lagi dengan segala kerenah tempat kerja dan himpitan tugasan, mahu pening-pening lagi dengan aktiviti yang sepatutnya buat hati tenang dan dapat berjumpa rakan-rakan.

Kalau GeJu didaftar sebagai persatuan pula, akan peninglah ahli-ahli nak mengikut segala peraturan. Setiap kali ada jawatankuasa baru, akan adalah undang-undang baru. Sebenarnya, sudah terlalu banyak peraturan dalam hidup kita.

Dulu keluarga semuanya besar. Ada ramai bapa dan mak saudara juga sepupu-sepupu. Dah zaman keluarga kecil sekarang, kawan-kawan menjadi ganti extended family kita tadi. Tengoklah betapa manjanya Sabrina dengan Shila ! Arif pun kena beralah bila Sabrinamon nak duduk sebelah Shila.

Jadi kesimpulan PakLet, GeJu lebih senang jika bergerak cara 'underground'. Bukan buat benda yang bertentang dengan syara' pun. Cukuplah dengan tension di tempat kerja dan mengurus keluarga. GeJu tempat untuk melepas 'tension' dan berkawan. Kalau GeJu diurus dengan cara begini, GeJu akan kekal selamanya. Jangan harap kalau tak diberi claim, orang dari Terengganu, Sarawak dan Kedah mahu datang. Keikhlasan berkawan adalah keutamaan dalam kumpulan ni.

Last sekali PakLet kata, tahniah Mie !

Well, dia belajar Human Behaviour, akak belajar Retailing ..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lapuran Perkhemahan Geng Jurnal 2004

Ideanya asalnya dari Wkdin. Wkdin cadang-cadangkan pada TokRimau dan Spyz. Satu hari tu TokRimau dan Spyz datang dengan keluarga masing-masing.

Selepas tu datang lagi beberapa kumpulan untuk 'site visit'. Akhir sekali, kata sepakat diambil dan saya mencadangkan projek dibuat pada 1/5/2004 yang bersamaan dengan cuti panjang Hari Pekerja.

Ada pula halangannya. JIM pula tempah tarikh tersebut. Dan sebagai seorang yang bermata duitan, takkanlah nak tolak pulak tempahan yang besar macam tu. Pujuk mereka untuk tukar tarikh, walaupun rasanya masa tu Tok dan Wk sedikit tercalar perasaannya akak buat ! Tapi bak kata Spyz, ada hikmahnya buat minggu ni - tiada kesesakan besar-besaran seperti minggu 1 Mei.

Cakap-cakap, angan-angan menjadi kenyataan. Dan segalanya diurus online. Terima kasih kepada Mush roomcute dan TipahVogue yang telah bekerja keras. Dua orang kuat Projek Basah ni walaubagaimana pun tidak dapat menghadirkan diri di KLD.


Jumaat

Minggu ni Gang Lasak yang bertugas - Iha, dak-tembamz, Lenny, Agus dan Raup dari MMU. Sham dari TwinTech (dia mamat yang asyik senyum dan tolong Pak Haji masak di dapur), Ruddy dari KUTKM dan gang Chinchin - Toyak, Jepun, Muafa, Cica, Kaliong ( dia yg marah bila korang panggil dia Pakcik. Dia belajar di Univ Arizona, ambil architecture, tp tak grad. My fren dr umur kami 7 tahun). Jurulatih Kanan - PakMan dan Cikgu Zul (Jurulatih Kayak Kebangsaan, yang bawa anda pergi berkayak). Dino pun ada juga sebagai Imam.

Spyz msg saya dan beritahu beberapa orang akan sampai pada hari Jumaat. Yang pertama sampai ialah ir-awok. Dia datang sekejap sahaja, tengok kami semua pam tayar basikal. Dia balik dan berjanji akan datang semula pada awal pagi Sabtu.

Lepas Maghrib, dapat panggilan dari Fazli yang dia sampai di Stesyen Bas Tangkak. Semasa bersiap nak pergi, Dino pula telefon, dah sampai juga di Tangkak bersama Lenny dan mahu solat Maghrib dulu di Masjid Tangkak. Terus sahaja ke Tangkak bersama Ruddy. Ambil mereka.

Sampai Kem, pukul 9 malam, Tini(adk77) dan adiknya pula sampai. Kesian Tini drive dari Terengganu pukul 9 pagi, 9 malam baru sampai. 12 jam dia memandu ! Minta dak-tembaz, Lenny, Iha dan Dino bawa semua tetamu makan malam di Kedai Akak Sajen.

Di pejabat, fasi dah mengatur sofa-sofa dan kerusi-kerusi macam aturan dalam panggung. Ada hal besar malam ni - SURVIVOR ALL STARS FINAL EPISODE - . Di Kem kami memang gilakan rancangan-rancangan seperti ini. Jadi bila ada yang sebut pasal last episode Secreto d' Amor (betul eja tak?) kami memang tak tahu citer apakah itu. Maaf :)

Baru setengah rancangan, ada kereta masuk. Purbe dah sampai. Bersama MatJan dan Farihah. Peminat MatJan yang dalam pejabat dah suka ! Tapi dia berjaya mengontrol ayu hinggalah ke hari akhir. Tapi bila sampai hari akhir tu, cintanya pada Mat Jan dah berkurangan. Sebabnya, Mat Jan 'fail outdoor' ! Heheh ...

Purbe dan Mat Jan bersama-sama Lenny, Raup, dak-tembamz dan Dino siapkan name tag untuk Projek Basah. Pukul 2.30 pagi baru siap. Selepas tu kami beramai-ramai menghantar Mat Jan dan Purbe ke chalet. Farihah dah pergi tidur dulu bersama Tini. Purbe dan MatJan kena bangun pukul 5 pagi untuk jemput Aini di Balai Polis Tangkak.

Selepas Aini sampai, MatJan dan Purbe sambung tidur semula. Pukul 7 pagi, saya seperti kebiasaan, jalan-jalan sekeliling Kem dulu. Tengok Aini, Farihah dan Tini tengah main-main air di jeti. Amboi, dah tak sabar ! Saya minta tolong mereka menyiapkan meja pendaftaran dan ruang pameran buku. Farihah type list senarai buku tu dan Tini tulis dan lukis di white board Anjung Kelana. Aini tolong Iha sapu lantai Anjung.

Kami sarapan dulu. Si- bujang berdua masih berulit dengan bantal.

Nanti sambung. Nak ambil Nana di preschool :)

Thursday, May 13, 2004

huraian hari kedua...

alkisahhh...tersebutlah kisah gengjurnal datang beramai-ramai ke kld...

day two...

AHAD

6.15 pagi - Solat Suboh dan Kuliyah Suboh (GJ)

-cam bese lar kan? solat suboh dan kuliah suboh. berkumpul bersama-sama dan berdoa agar berkumpulnya kita disini akan mendapat keberkatannya.



7 pagi - 'Nature Walk' with PakMan (KLD)

-nature walk. the name speaks itself. peserta semua akan dibawa berjalan-jalan sambil menghirup udara pagi yg segar dan nyaman juga baik untuk paru-paru anda. udara pagi juga kurang tercemar. ini membolehkan anda semua bernafas dengan senangnya dan menghirup udara juga merasai suasana hutan yg menenagkan. sambil tuh juga, anda akan di infokan dengan pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhan liar yg hanya terdapat di hutan! maklumlah, kalian kebanyakkannya orang bandar, bukan? jadi apa salahnya, sekali sekala mencalit lumpur di muka, merasai masker asli yg diperbuat dari tanah liat yg segar dari ladang! kotor?? tak lah! best wo..~



8 pagi - Breakfast (KLD)

-breakfat! waa..heaven bagi yg berada di kem! kerana masakan pak aji, well merangkap bapak mertua tiri saya tuh, fuuhhh tip top beb! pasti sudah tersedia makanan² yg membuka selera anda. yerlah, penat ber'nature walk' la katakan! pastinya perut anda semua lapar lepas tuh kan? jadi makan la sepuasnya yea!



8.30 - Jungle- tracking (KLD)

War Game

-inilah acara paling fefret kami di kem! walaupon kami tak selalu dapat merasainya, tapi kenangan kali terakhir kami ber'war game' masih diingati hingga ke hari ini. anda semua akan berendam di dalam air lumpur. ye, air lumpur. merangkak dalam lumpur. anda akan diberi senjata iaitu telur satu papan setiap kumpulan kebiasaannya. anda akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. setiap kumpulan ada komander nya tersendiri. anda bermain untuk mendapatkan 'goal' yg telah digantung pada sebuah pokok yg tidak lah tinggi. untuk mendapatkannya, anda hendaklah bertindih-tindih di atas badan kawan anda untuk mendapatkan 'goal' tersebut. menarik bukan? hehehe... pasti kenangan ini yg akan tidak anda lupakan sampai bila-bila. rasa macam kembali ke zaman muda remaja dulu aje! ahaks...



12.00 - Bersihkan diri

-lumpur pekat yg ada kat badan tuh mestilah dibersihkan dulu. takkan lah nak biar aje kan. bucuk laa plak. jadi, seblum makan tuh, anda akan mandi manda gi tempat yg dikhaskan.



12.30 - Lunch (KLD)

-makan lagik! pakji masak apa yea agaknya?



1.30 - Binding and AOB (GJ)

-post mortem lah kan. memana yg tak betul dibetulkan. bincang-bincang apa yg telah anda lakukan selama anda di KLD.



bubbye.... =)



maaflah tulisan saya kurang baik. sy budak baru belaja...

Wednesday, May 12, 2004

Lagi Dua Hari, Bebs !!

Nett dan Spyz minta program santai-santai. 'Yang tak berat' sangat kata
mereka. Jadinya program ni 'berpoya-poya' saja. Tapi kalau enjoy sahaja tanpa cabaran tak seronok jugak, kot ?

Rugilah anda datang dan duduk jer bawah pokok tengok tasik, kan ? Okay, saya akan ceritakan pasal program hujung minggu ini.

Day One
Sebaik sampai, anda akan mendaftar di Anjung Kelana. Serahkan juga buku anda untuk dipamerkan. Pesan Tuan Presiden, buku hendaklah dijaga dengan baik. Jangan dibawa beraktiviti.

Selesai mendaftar dan selesai urusan serahan buku dan jika semua telah sampai, kita akan mula memasang khemah. Sebuah khemah untuk 3 orang (4-men tent) atau sebuah khemah untuk 4 orang (6-men tent). Pilih mana nak. Jangan lupa, selepas berkhemah, anda perlu mencuci semula khemah itu sebelum diserah kepada pihak Kem. Jika tidak mahu mencuci,
anda boleh bayar upah RM 2.50 untuk khemah 4-men dan RM 3.50 untuk khemah 6-men. Tepuk dada, tanya selera.

Selepas semua khemah dipasang, taklimat program dan undang-undang Kem. Kami akan beritahu pasal program dan juga apa boleh dan tidak boleh dilakukan di Kem.

Pukul 12.30, makan tengahari. Pak Haji rancang nak masak Daging Masak Lemak Cili Padi, Ayam Tomato dan Sayur 'ko belilah apa-apa, G', sambal belacan dan ikan masin. Setiap kali makan, ada hidangan pedas dan tidak pedas. Jadi senanglah Purbe, Salji Sarahmon, Sabrinamon,
Azib, Memel dan Arif nak makan. Jangan risau Mak Purbe, Mak Salji Ungkunor, Shila dan Tin. Pak Haji dah bersedia melayan tetamu kecil kami.

Lepas makan, rehat-rehat sebentar dan lepas tu solat Zohor dan Jama' Asar. Lupa semalam yang anda semua akan bermusafir ke KLD.

2 petang, ice breaking dengan Tuan Presiden.

3 petang, kita akan mulakan dengan aktiviti luar. 'Water Confidence', berkayak, berbasikal dan 'flying-fox'. Ada pesanan dari PakLet : anak-anak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk tasik. Atas sebab-sebab keselamatan. Takut, dah ramai nanti tidak terkawal. Jika anda ada 'life jacket' untuk anak, sila bawa sekali. Kami punya, untuk umur 10 tahun ke atas sahaja. Beli yang ada cop Sirim, ye.

Kita akan buat aktiviti bergilir-gilir. Ikut kumpulan. Yang tak larat pergi dapur tolong Pak Haji masak duduk sahaja lah tengok kawan.

Minum petang pada pukul 4.30. Pak Haji nak jamu kita bubur pulut hitam.

Lepas habis aktiviti, bersihkan diri dan bersiap untuk solat Maghrib dan Jama' Isya'. Nak mintak ep bagi tazkirah, boleh ep ?

Lepas solat, dinner. Ada barbeque. Cadangnya nak buat ayam madu, ayam rempah, 'lamb chops in black pepper', 'baked fish Portugese-style', 'sausages' dan otak-otak. Nasi lemak dan sambal udang. Tengoklah apa ada kat pasar ye. Kalau ada benda istimewa nanti kami tambah.

Habis dinner, forum GeJu.

Lepas tu, 'Funtime dengan PakMan'. Yang ni pukul berapa mula pun tak apa. Biarlah kita selesaikan hal-hal berkaitan GeJu dulu. Lebih mustahak.

Akhir sekali ada 'nite walk'. Itupun kalau anda hendak berjalan malam. Kalau tidak, kita tidur sajalah :)

Esok saya akan tulis aktiviti Day Two pulak.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk Urusetia

1. Nett, tolong confirmkan kat akak, nak bagi bilik yang empat tu kat siapa. Yang akak tahu nak bagi satu kat Spyz dan Shila. Kesian Shila, dia pregnant. Biarlah dia selesa. Apapun, Nett decide dan bagitau akak.

2. Kalau ada kerja untuk pameran buku tu i.e. nak buat poster ke apa ke, boleh minta Dino dan dak-tembamz tolong. Mereka ada di Kem pada hari Jumaat. Tinggalkan msg kat blog dia orang. (Dino = cillcrusader. Jurnal Ini Aku Punya dan dak-tembamz = budak tembam sez. Tengok link
kat My Layan List)

3. Jangan lupa, list nama dan kad pengenalan termasuk budak kecik sekali.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ishhhh tak sabar nak jumpa MatJan korangs semua !

Lagi 2 hari :)

Tuesday, May 11, 2004

Selasa Yang Sibuk dan PROJEK BASAH !!!!

Banyak kerja hari ni. Menolong Jepun.

Cica berhenti kerja (?). Datuknya (93 tahun) sakit dan dah mula sedikit 'nyanyok'. Merepek-repek. Mak Cica seorang dan tiada sesiapa lagi yang dapat diharap menolong menjaga Tok Jantan. Sebab itulah, Cica nak berhenti kerja. Tapi kami tak setuju. Jadinya, Cica cuma dicutikan buat sementara. Bila Tok Jantan dah okay atau bila kami tak tertahan lagi menanggung beban kerja baru kami decidetindakan seterusnya. Cica bukan hanya pekerja di Kem, dia bagaikan adik kami.

Bekerja dengan Encik Jepun, anda perlulah punya kesabaran yang teramat tinggi :) Dia tidak kira samada anda yang membayar gajinya atau apa. Jika salah kerja, kena marah. Heheh ... Memang tension giler aku geng, si-Jepun buat ! Hari ni kena meng'rewash' kain dapur dan apron dapur. Atas alasan ianya telah dihinggap lalat. Saya buat jer, kang kena marah lak.

Someday, si-Jepun ni kena gak benam dalam tasik :) Well, sesia jer, sebab dia terror berenang. Tapi saya tak boleh komplen pun, sebab bab kerja dia memang bagus dan rajin. Sikap dia sahaja yang kadang-kadang buat kami hilang sabar. Tapi kami faham, dia bukannya sekolah tinggi manapun. Tiada ayah pula untuk membimbing dan mendidik.

Tapi akak ingat Pun, hari ni harijadi Jepun. SELAMAT ULANGTAHUN KE 21, ADIK KU SAYANG !

Hari ni banner Projek Basah dah sampai. Dah digantung pun di depan Anjung Kelana. Ishhh tak sabar !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PROJEK BASAH

Duit tol dari KL ke Tangkak tak sure la Burn. Nanti akak tanya kat Spyz.

Untuk yang menaiki bas. Anda boleh turun di Bas Stand Tangkak. Telefon ke Kem dan kami akan ambil. Untuk yang turun di Melaka, naik bas ke Jasin. Bas MOS atau Bas Aziz. Sampai bas stand Jasin, tunggu depan Family Store (dekat mamat jual jagung tu atau tunggu depan Courts Mammoth), telefon Kem dan akak akan hantar staff.

Satu jer saya minta, bila telefon dan bila staff akak datang ambil, cakap nama betul ye. Dia orang tak faham 'nick'. Tension karang si-Ruddy bila anda sebut The Rock atau Tipah Tertipu. Ataupun PakLet akan letak jer telefon bila dengar Hello Kitty yang telefon. Tolong ye !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PROGRAM
SABTU
11 pagi - Pendaftaran & Pameran buku bermula di Anjung Kelana.(GJ)
11.30 pagi - Taklimat Program dan Undang-undang Kem. (KLD)
Pasang Khemah.
12.30 - Lunch (KLD)
1.30 ptg - Solat Zohor berjemaah (GJ)
2 petang - Ice Breaking (GJ)
3 ptg - 'Water Confidence', flying fox, cycling dan berkayak (KLD)
4 petang - Minum Petang (KLD) dan Solat Asar
4.30 petang - Sambung aktiviti (KLD)
6.30 petang - Bersihkan diri
7.30 petang - Solat Maghrib dan Tazkirah (GJ)
8 malam - BBQ Dinner
9 malam - Forum GeJu (GJ)
10 malam - Funtime with PakMan.(KLD)
12 malam - 'Nite Walk'(KLD)
Lights Out

AHAD
6.15 pagi - Solat Suboh dan Kuliyah Suboh (GJ)
7 pagi - 'Nature Walk' with PakMan (KLD)
8 pagi - Breakfast (KLD)
8.30 - Jungle- tracking (KLD)
War Game
12.00 - Bersihkan diri
12.30 - Lunch (KLD)
1.30 - Binding and AOB (GJ)


Selamat Pulang. Jumpa Lagi.


AOB = any other business. Ini tentative programme. Kalau ada perubahan, kita akan ubah semasa di Kem. Selamat Berprojek Basah dan marilah kita sama-sama menyokong aktiviti GengJurnal !

Monday, May 10, 2004

Selamat Datang, Frens !

Salam pagi Isnin.

Bercuti sepanjang hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Tak ada orang masuk. Okay juga sebab dapatlah relax-relax sikit. Sepanjang minggu tak henti-henti mengemas Kem. Khalid dan Muafa habis mengemas tents hari Khamis. Kami pula tak habis-habis membakar sampah.

Jumaat lepas ambil Amir kat sekolah dia, singgah MMU ambil dak-tembamz. Dia tak cakap, dah ada jalan baru. Sampai simpang rumah Len baru terperasan dah lepas dari MMU. Kena pusing balik. Lain kali kan, bamz, kena tunggu tempat biasa. Maybe bamz tak tahu lagi tempat biasa kat mana. Tapi Iha, Len, Zack dan fathi tahu. Kat gate belakang tu lah bamz, kat simpang masuk rumah Iha.

Lepas lunch kat rumah, kami ke Kem. Macam-macam bamz dan Khalid buat, tapi tak boleh. Saya suruh jer Khalid tolong hantar kat Zubir. Khalid hantar bamz balik. Saya memang teruk, masa bamz dan Khalid repair PC pun saya boleh tidur :)

Kat Kem tengah musim angin kuat. Senang jer, boleh lelap. Si-Jepun, hari Ahad cuti pun dia boleh datang Kem. Datang tidur.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Hujung minggu ni, Geng Jurnal datang bercamping ! Saya dah order banner dah dari Zubir. Kawan baik, Zubir bagi diskaun baik
punyalah !

Apa anda perlu bawa ke Kem :

Keperluan ibadah anda - telekong dan kain untuk solat.

Toiletries, tuala mandi dan pakaian basahan untuk mandi di tasik.

Pakaian sukan - seluar track dan t-shirt.

Pakaian untuk tidur malam - seluar panjang dan baju berlengan panjang.

Tutup kepala - cap, topi atau key

Kasut sukan dan beberapa pasang setokin

Selipar untuk ke tandas dan berwudhu'

Sleeping bag, jika ada.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

DI MANA KEM LAMBAIAN DANAU ?

Kami berada di sempadan Melaka-Johor; di Kampung Chinchin, Jasin, Melaka.

Untuk kesini jika dari Utara/Selatan, bolehlah exit di Plaza Tol Tangkak. Selepas membayar tol, belok kanan hingga sampai ke traffic light yang pertama. Belok kiri dan terus hingga ke Kampung Sialang. Teruskan memandu sampai ke jambatan yang menandakan sempadan Melaka-Johor. Belok kiri lagi dan terus hingga sampai ke Balai Polis Chinchin. Lihat papantanda Kem sebelah Balai dan terus pandu
lebih kurang 1.3 km lagi ke Kem. Jarak dari Plaza Tol Tangkak ke Kem ialah 9 km.

Jika anda dari Bandar Melaka, pandu ke Air Keroh. Di traffic light depan Taman Tasik Utama, belok ke Jalan Gapam. Anda akan jumpa Tiara Golf dan kemudian Orna Golf. Terus pandu hingga ke simpang tiga di Bemban. Belok kanan dan ikut kiri, kemudian belok ke kiri dan
teruskan perjalanan ke Bandar Jasin. Sampai di bulatan pertama yang anda jumpa, belok kanan, terus pandu hingga ke Kampung Chinchin. Dalam perjalanan anda akan berjumpa dengan MRSM Jasin. Terus hingga jumpa dengan Sekolah Kebangsaan Chinchin, lihat papantanda di sebelah sekolah dan terus ke Kem. Jarak dari bandar Jasin ke Kem ialah 7 km.

Ni no. telefon Kem : 06-5297303 / 06-5297312.

Selamat Datang, Frens !



Thursday, May 06, 2004

Blog sudah lintang pukang.

Sebenarnya, pc pun lintang pukang ni. Virus ker ? Worm ker ? Ataupun tuan punya yang blur IT yang salah ?

Dah report segala masaalah kepada Manager IT Kem, Cik Budak Tembamz. Makanya esok, Cik Budak Tembamz akan datang mengodek pc. Semoga kami berjaya mengembalikan blog dan pc kepada keadaan asal jika tidak lebih baik. InsyaAllah.

Hari ni cuba menghabiskan buku kedua tulisan Tuan Haji Shaari Sungip, hadiah dari JIM kepada Abang tempohari. Malam semalam dah habis satu buku, Coretan Perjalanan Seorang Da'i. Ada few terms yang tak faham, kena tanya pada Ustaz Dino bila dia ke Kem nanti. Hari ni baca 'Menjayakan Agenda Islah dan Reformasi'. Baru tahu banyak perkara belakang tabir dalam penubuhan PKN.

Buat saya bernostalgia sahaja. The reformasi years :) Dengan suami dan adik-adik fasi merentas padang, masuk sawah, seberang parit yg titinya telah SB buang (dengki!) pergi mendengar ceramah. Seronok kutuk Madey dengar ceramah, bertakbir ramai-ramai dan dapat ramai kawan-kawan. Budak kilang, mat rock, ustaz dan sapa sahaja yang sama-sama rasa dan fikir betapa zalimnya 'orang tua itu' atas tindakannya kepada 'orang itu'.

Well, dia masih di dalam sana.

++++++++++++++++++++++++++

Hari ni juga cuba betulkan blog. Kini telah jadi kroni rejim pemerintah baru, YAB Tok Rimau. Sebagai kroni yang setia, saya ingin bersama-sama Tok merompak duit rakyat, bina menara kembar 3 memperbetulkan blog yang tidak betul dipandang
di pc Tuan Presiden. Dah repair mana patut, tak tahulah samaada anda melihatnya dalam keadaan yang bagaimana.

Harap dapat komen. Terima kasih.

Thank you Dr. Har and a new link.

Hari ni gembira membaca guestbook. Dr. Har, Pengerusi JIM Pusat sign guestbook saya ! Alahai, seronoknya ! Salam Ukhwah juga dari kami, warga KLD semuanya.

Ni ada link to Kim's Blog. Dia menceritakan pengalamannya di National Service. Seronok baca pengalamannya. Terperanjat baca tentang 12 gadis yang mengandung semasa program berjalan. Banyak lagi pengalamannya yang ingin dia kongsi bersama kita. Seronok baca dia kutuk Musa Aman

Baca blog Kim di sini -->Kim's Blog - operating instructions

Selamat Membaca !

Tuesday, May 04, 2004

Hari ni kami semua bercuti.

Hanya ada Khalid dan Muafa, mengemas tents.

Esok kerja ....

Monday, May 03, 2004

Edisi Sudah Hilang Penat

Banyak sungguh lapuran penting yang saya tinggalkan.

Sekarang sudah hilang penat. Dah balik rumah, jumpa anak-anak, dah peluk cium semuanya. Hilang penat seminggu ni bila tengok muka buah hati kami !

Sekarang kami di Kem. Malam ni tidur lagi di Kem sebab 'tents' semua belum dibuka, takut hilang atau apa-apa nanti. Sayang kat 'tents' tu, kenalah jaga elok-elok.

Anak-anak sudah tidur semasa kami tinggalkan tadi.

++++++++++++++++++++++++++++++

'Tents' tu di kontrakkan kepada Muafa dan Khalid untuk tugas membersih. Upahnya RM 150.00. Elok juga idea JIM ni, lain kali kami akan tanya pada organisasi yang menempah, nak basuh sendiri atau nak upah. Kalau malas, bayar sahaja :)

++++++++++++++++++++++++++++++++

Our Little Friends

Semalam, waktu tengahari, ada tiga jejaka tampan kacau kami - saya, Iha dan Lenny. Dah la hensem, cerdik pulak tu ! Kami tergoda sungguh ! Tak Dino, Raup, mamat tu tak rabun. Malah sangat 'clear' mata mereka.

Mereka makan dan ajak kami sekali. Nasi lauk kicap lak tu. Wah, berselera mereka makan di bawah 'canopy' kuning hijau. Biasalah bila dah berkenalan, sembang-sembang mesra gitu. Tapi akhirnya bila menyedari mereka dibuli kami, mereka marah juga. Diam lah ! Heheh.

Jejaka bertiga ini anak kepada Encik Sany Izan - Muhammad, Zubair (he kept reminding us - nama saya Zubair, ada 'r') dan Muaz.

Sepanjang aktiviti asyik mencari jejaka bertiga ni. Masa 'obstacles run' mereka terjun di splash. Bangganya kami ! Muhammad darjah 2, Zubair umur 6 tahun dan Muaz 3 tahun.

Seorang lagi kawan kami ialah Akmal. Juga kami suka pada Iza. Comelnya Iza. Bila ditegur-tegur, dia mesti senyum kat kami.

Iha yang paling ramai kawan. Bila ada anak-anak yang kehilangan ibubapa, Iha kena jaga sampai ibubapa 'claim' anak mereka semula.

Kami akan teringat-ingatkan mereka. Tak pernah di Kem, ada ramai anak-anak kecil macam ni :)

+++++++++++++++++++++++++++

Er, dia baca blog saya ?

Malunya ! Mula-mula Fathi cakap kat saya, ada orang kenal dia Fathi. Oh, ni la Fathi yang Kak G tulis kat blog dia tu .... Lepas tu pulak Raup beritahu saya seorang penulis blog ni. Link dia ada kat blog Fajar. Dan akhir sekali masa majlis penutup Encik Azhar sebut dia juga baca blog ni. Hadui, malunya ! Dia sebut sekali dak-tembams. Dia dah kenal semua kecuali Bamz. Wah, bamz - orang JIM baca blog ko jugak !

Sebenarnya saya, Dino (cillcrusader - Jurnal Ini Aku Punya, dak-tembamz (Budak Tembam Sez) dan Lenny (Bila Kuchik Menulis) memang ada blog. Kadang-kadang mereka, Fathi, Zack dan Iha juga ada post entry kat blog saya ni.

++++++++++++++++++++

Tahniah !

Result KUTKM dah keluar. Nasib baik result okay, kalau tak kenalah bercuti dari bertugas di Kem sampai result baik semula. Result Fendi dan Madas bagus. Amboi, siap 'online' kat Kem. Nak tunjuk kat saya result mereka. Alhamdulillah. Senang hati mendengarnya. Result Ruddy pun okay. Cuma Asri dan Pakdi sahaja belum melapurkan.

Tahniah juga kepada adik-adik saya yang berjaya melanjutkan pelajaran. Lenny, dak-tembamz dan Zulie telah diterima masuk 'beta year'- sambung degree lah ni selepas lulus cemerlang diploma mereka. Lenny kena ke Cyberjaya ambil SE, dak-tembamz IT Management dan Zulie ambil Multimedia. Dak-tembamz dan Zulie di MMU, Melaka.

++++++++++++++++++++++++++++

Terima Kasih !

Hari ni menerima hadiah buku banyak sekali ! Sukanya saya :) Pagi tadi suami belikan sebuah buku HarunYahya. Lupa pulak nama buku tu. Dia tahu saya suka baca website HarunYahya. Thanks, honey !

Petang pula dapat buku-buku hadiah dari Dr.Mai - Panduan & Asas Perkahwinan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kanak-Kanak & Remaja, Pengukuhan Institusi Keluarga & Rumahtangga dan Usia Emas & Husnul Khatimah. Thanks Doc :)

Lepas tu sebelum Dino balik dapat satu lagi buku - Panduan Lengkap Sembahyang Sunat. Yang ni dia beli, tapi duit saya. Terima kasih Dino, penat mencari dan membawakan untuk akak kat sini :)

++++++++++++++++++++++++++++

Jangan Baca - untuk tuan punya diary sahaja. Abang baju biru pun jangan baca. Sibuklah abang ni, baca blog saya. Bukak blog sendirilah !

Em, minyak naik harga ! Baru sahaja menubuhkan kerajaan ! Mangkuk hayun sungguh kamu. Leh warning rakyat lak tu - jangan naikkan harga barang, nanti akan diambil tindakan. Bangang sungguh ! Kalau tak nak harga barang naik, jangan lah naikkan harga minyak tu.

Degil la mamat baju biru, orang kata jangan baca, nak baca juga. Kan kita dah takleh nak tulis lagi cakap Melayu. Kena lak tulis dalam kod rahsia.

thjlsim,e;ioi'l'.hjsieimkduoks'posk,rmu9iwlmdlo-owelljkdoklko'iosdpfkmf;kfdoelrmfoaljfiuaor,mfkuyweow0q8hdmd jsdlmkssjld;dlf;dkdjuje,e/oepd'd.r;rklcd/ddkldr/,lju7ie',e'od'd,ekurpwjq[q[msjsw,.fkeoemflioaf.fkfpff;fr,.fkf;kff.ldkldodkr,fllfifkfglflfklff,flfl;fl;f;fl;flf;flpff;gff

Habis.
Selamat Datang Jamaah Islah Malaysia. Jamaah, bukan Jemaah. Saya silap sebelum ni. Kini sudah belajar dan sudah faham. Alhamdulillah.

Jumlah peserta ? Belum tahu, sebab masih tidak dapat jumlah sebenar lagi. Tapi rasa macam ramai sangat-sangat ! Makanan yang kami sediakan untuk 300 orang. Roti beli 600 keping, ayam 30 ekor setiap kali makan, daging 30 kilo setiap kali makan dan nasi, Jepun masak 16 gantang untuk setiap kali makan. Air tak tahu banyak mana, tapi sentiasa masak air ! Air untuk hidangan makan, air untuk nursery dan air untuk setiap masa :)

Hari pertama sahaja banyak makanan tidak habis. Pak Haji kata belum 'full swing' lagi ni. Esok kena masak lebih juga, tak boleh 'cut down'. (Ni bahasa yang Haji cakap, saya tidak alihbahasakan). Haji selalu berbahasa Inggeris dengan saya. Dia cakap barang-barang dapur pun dalam English. Suruh saya beli 'colander' baru, beli 'bain marie' baru. Amboi, banyaklah duit taukeh ! Dia takkan cakap tempat letak makanan tu 'tray', dia cakap 'chafin-dish'. Barang-barang yang siap untuk dimasak, dia panggil 'mis-en-plus'. Siap dengan French slangnya ! Bukan seberangan orang, Pak Haji kami ni. Tapi semalam terkantoi jugak, lauk daging tak cukup ! Kena dia masak telur untuk tambahan lauk.

Ramai fasi yang bertugas minggu ni. Dari MMU - Raup, Iha, Lenny, Agus dan Zulie. Dari KUTKM - Fendi, Madas dan Ruddy. Dari UIA - Dino. Dari UPM - Nick dan Yassin. Dari Taylor College, Fathi. Dari UiTM - Adi dan Bob.

Nick dan Yassin, fasi baru. Nick budak English Lit dan Yassin ambil Ekonomi Rumahtangga. Fathi pulak sudah berhenti dari MMU. Dia sekarang tahun satu di Taylor College. Belajar jahit baju. Fathi ambil double degree IT dan Business. InsyaAllah, Fathi akan ke Sydney tahun depan untuk sambung sekolah di sana pula.

Ada Azim, anak saudara saya dan Fikry yang baru mendapat keputusan dan akan ke Universiti juga.

+++++++++++++++++++++++++++

Sebenarnya AJK JIM Melaka telah berada di Kem sejak hari Jumaat lagi, bersama kami menyiapkan untuk ketibaan peserta pada hari ini (Sabtu). Sehingga larut malam memasang khemah-khemah untuk peserta.

Sejak awal pagi lagi, peserta telah mula sampai. Oleh kerana mereka dari negeri berlainan, semuanya menaiki kenderaan sendiri. Adik-adik fasi saya yang gilakan kereta suka, sebab dapat tengok banyak kereta-kereta idaman masing-masing.

Anak-anak yang berpakaian baju Melayu dan baju kurung menjadi penyambut tetamu.

'Jaga parking' ialah Fathi dan Madas. Mereka bertugas menjaga kenderaan yang masuk. Banyak tak tip ko dapat . Sehingga tengahari, kawasan depan telah penuh dengan kereta. Lupa pulak nak tanya mereka berapa jumlah kereta.

Fendi bertugas jaga tandas-tandas. Semua ada tugas masing-masing dan menjaga kawasan masing-masing.

Paling ramai di dapur, menolong Pak Haji. Kerja paling kami benci ialah potong sayur labu sebab tangan akan kuning kena getah labu. Tapi Haji sangat suka mengorder sayur labu. Bukan sikit, seguni terus. Dari pagi sampai petang menghadap labu. Dah lah kita tolong dia,dipanggil pulak 'Labu dan Labi'.

Sambil bekerja sambil tumpang dengar ceramah. Menarik ceramahnya, mengenai pengurusan masa. Bagus sangat untuk saya yang sentiasa tidak ada masa ni.

Tahukah anda yang memberi anak-anak nama yang hampir sama tu, membuang masa ? Sebabnya, jika dipanggil seorang, 2-3 orang akan menyahut. Kan buang masa tu. Kita penat panggil, anak juga buang masa datang kepada kita.

Rumahtangga yang aman juga perlu bersih dan kemas. Ehem, kena ingat ini ! Apapun sepanjang mereka di sini, Kem jadi tempat paling kotor ! Tak pernah Kem sekotor dan sesemak minggu ini. Mungkin Tuan Penceramah lupa sebut ataupun yang perlu kemas dan bersih tu rumah sendiri, tempat lain tak pe, kita bayar, kotorkan jerlah sesuka hati ! Maafkan saya, tapi itulah yang kami rasa. Selalunya bila ada program, kami ingatkan peserta yang Kem menjadi rumah mereka sepanjang program. Bila ada peserta yang bawa anak dan biarkan anak buang air di tepi dewan yang digunakan untuk solat, rasa nak menangis juga tengok. Tapi tak per lah. Ini pengalaman pertama kami mengendalikan Kem Keluarga seperti ini. Banyak yang kami dapat belajar. Banyak sungguh kekurangan kami dan InsyaAllah lain kali kami boleh perbetulkan kekurangan minggu ini.

Petang hari pertama diakhiri dengan aktiviti 'water confidence' dan 'obstacles run'. Seronok, kan Encik ? Saya menolong aktiviti 'obstacles run'. Macam-macam kerenah. Abi terjun 'splash' dulu. Duduk bawah dan sambut anak-anak. Umi diatas menghulurkan anak-anak dan akhir sekali Uminya pula turun disambut Abi. Seronok tengok mereka bekerjasama sekeluarga. Kakak-kakak dan abang-abang tolong Abi dan Umi jaga adik-adik.

Ada juga yang tersesat tanpa ibu bapa. Yang kes macam ni, Iha tahan mereka untuk diserah kepada ibubapa kembali.

++++++++++++++++++++++++++++

Jika ibu ayah ada program mereka, remaja juga ada program mereka sendiri. Mereka pergi 'jungle-tracking' sejauh 12 km. Tergelak ibu ayah tengok anak-anak balik dah putih-putih muka ditutupi masker tanah liat.

Remaja juga pergi berkayak. Ada seorang yang 'capsize' tadi. Dah diberitahu pada Cikgu yang menjaga, kayak 'slalom' untuk mereka yang pandai sahaja. Yang 'pernah-pernah' ni tak boleh. Degil juga. 'Capsize' dah sekali dijeti, nak juga berkayak lagi. Tak sampai 10 meter, 'capsize' lagi. Kalau biasa berkayak, bila dah 'capsize' patutnya tahu macam mana nak naik semula ke kayak. Hah, kan dah terapung-apung panik. Kami panggilkan 'rescue boat' untuk menyelamat. Lain kali, jangan riak kenalah realistik dan kena juga dengar pendapat orang walaupun anda sangat pandai. Memanglah seorang guru ilmu dan pengetahuannya tiada tandingan. Sangat cerdik dan sangat pandai. Tapi kami setiap minggu mengendalikan program, kami tahulah apa yang boleh dan tidak boleh dibuat.

++++++++++++++++++++++++++++++

Rimbun dan Bayu jadi 'nursery'. Seronok tengok baby-baby di situ. Nik bertugas menghantar makanan pada anak-anak kecil (under 3 years) dan pengasuh-pengasuh mereka. Kami juga perlu siapkan air panas untuk baby-baby ni.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Aulad dengan program mereka. Kumpulan yang kena jaga betul-betul sebab umur ni umur tengah nakal. Mereka juga pergi 'jungle-tracking'. Mereka pergi track dekat sahaja. Dekat pun, kena berjalan sejauh 5 km. Jauh juga untuk anak-anak kecil.

Petang hari Sabtu mereka keluar ke pintu hadapan Kem dan berjalan ramai-ramai berselawat. Comelnya !

++++++++++++++++++++++++++++++

Saya agak letih untuk melaporkan dengan lengkap. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman JIM. Nanti akan saya linkkan di sini.

++++++++++++++++++++++++++++++

Saya sangat kagum dengan kumpulan ini. Mereka terdiri dari kumpulan profesional dan bekerjaya baik. Adik-adik di Kem pun teruja juga, rasa nak join JIM.

Saya seronok dapat kenal (bukan berkenalan) dengan Dr Harlinah Siraj yang saya selalu baca komennya dalam suratkhabar.

Terima kasih, Dr Mai. Buku-buku tu jadi hadiah ulangtahun yang amat saya hargai. Terima kasih Puan Norhayati dan semua sekali di JIM Melaka.

++++++++++++++++++++++++++++++

Eh, lupalah pulak. Ada gambar tapi belum diupload. Tak tahulah gambar okay atau tidak. Dino dan Ruddy yang ambil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...