Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, March 31, 2004

Selamat Hari Rabu

Hari ini datang ke pejabat dalam hujan lebat. Sejak petang semalam lagi hujan ni. Sekejap berhenti, kemudian turun lagi. Alhamdulillah, kan rahmat tu !

Air tasik dah naik. Naik banyak. Dekat belakang pejabat hingga ke tempat saya selalu gantung hammock. Jeti Mamat pun dah tak nampak lagi. Memang air banyak sangat. Seronoklah cik jururawat pelatih yang masuk minggu ni. Puas main air !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kasihan Jepun
Malang menimpa keluarga Jepun. Abang sulungnya kemalangan. Teruk juga. Kaki kirinya patah dan perlu dimasuk besi dan disimen. Berkumpul adik-beradik pakat-pakat nak membayar duit hospital. Banyak juga. Nasib baik Jepun ada simpan duit. Duit dari 'fun beli motor' dia tu dah dikeluarkan untuk tolong Mak.

Jepun banyak berubah dari Jepun yang dahulu. Merajuk dia saja yang belum kurang. Kalau terasa hati, terus kayuh basikal balik rumah :)

Kadang-kadang kawan-kawan melampau juga bergurau. Terutama sekali Kucai dan Fendi.

Jepun anak yatim. Masa berumur 11 tahun, ayah dia meninggal. Lepas tu sekolah pun tak betul lagi. Mak tak mampu. Dia tak boleh menulis dengan cepat. Membaca okay. Tapi dia tetap cerdas. Segala barang di dapur tu dia boleh ingat semua bila dia nak minta saya order barang. Pak Haji Berahim tukang masak pun sayangkan dia. Rajin dan tidak degil.

Saya marah kalau orang main-mainkan dia dan anggap dia bodoh. Mana ada manusia yang bodoh. Allah Maha Adil. Kita tidak boleh mengukur manusia sesuka hati kita. Mungkin tidak bersekolah tetapi dia ada kepandaian dia di bidang dia. Kita mungkin pandai dalam bidang kita tapi tidak semua benda yang kita tahu.

Contoh baik Toyak. Tak bersekolah tinggi. Tiada kerja tetap. Tapi dia kaya. Ada lebih 200 ekor lembu. Market value lembu-lembu dia tu, lebih 200K. Dia tak payah nak risau pasal datelines, pasal meeting dan pasal report. Pagi dia pergi lepas lembu. Petang dia pergi halau lembu masuk kandang. Sambil menari tango!

Tanyalah Dino dan dak-tembamz. Betapa handalnya Toyak menari ! Senang jer hidup dia. Jual lembu, ribu-ribu masuk. Relax jer dia. Upah kerja dia kalau saya lambat bayar, dia okay saja. Akak bayar lambat sikit eh, Yak. Dia orang bagi LO jer ni .... Eh, tak per .. kalau Kak G nak pinjam duit saya dulu pun boleh .. Bisa beb !

Tuhan Maha Adil. Jika kita tahu bersyukur, apa saja kehidupan boleh kita hadapi. Asal kita nak jadi orang baik la. Kalau nak jahat, duit berjuta pun, hati tak senang. Macam selalu kami cakapkan kat Kem ni. Lebih seronok jadi orang baik dari orang jahat ! Tak percaya buatlah jahat, mesti hati rasa tak best jer ! Tak caya tanya kat er, takleh tulis. Encik baju biru ada melawat sini semalam. Wah, encik ! Glamer gak site saya ni. Cam site encik jiGO pulak.

Em, janganlah risau. Masing-masing ada kehidupannya. Orang KL, seronok boleh pergi KLCC, pergi MidValley, tengok wayang, tengok consert. Seronoknya ! Kami orang kampung, pergi KL pun migraine !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ini TokR beritahu dekat Tagboard yang page ni tak betul dalam browser dia. Akak tengok okay jer, Tok . Nantilah pastekan template kat FrontPage dan tengok dan repair sekali. Thanks ye bagitahu :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jom Masak-Masak !!!
Ada link baru. To my recipe site ! Site lama tu tak boleh buka. Lupa username. Yang ni usernamenya : resepiogy. Password macam biasa. Warning untuk dak-tembamz : ko jangan nak mengada-ngada tambah resepi lak kat sini. Ko pun sama Dino. Karang ada resepi masak maggi dengan telur goreng lak kang !

Click at the end of my entry untuk ke site tu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuesday, March 30, 2004

Flying Fox

Seperti dijanjikan, hari ini saya akan menulis mengenai 'Flying Fox'.

Aktiviti 'Flying Fox ini mempunyai kaitan dengan 'Abseiling'. Kalau 'Abseiling' tu adalah aktiviti turun dari atas ke bawah, 'Flying Fox' pula ialah aktiviti berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Kalau untuk tujuan keselamatan selalunya aktiviti ini dilakukan semasa menyelamat dari kapal ke kapal atau menyelamat di kawasan seperti cerun bukit.

Aktiviti ini merbahaya. Untuk mengikuti aktiviti ini seseorang itu harus mempunyai keberanian, ketelitian, tahu segalanya tentang teknik yang betul dan paling penting, mahir tentang ikatan. Walaupun bahaya, ianya menyeronokkan dan memberikan kepuasan serta dapat menaikkan semangat berani seseorang.

Di KEM LAMBAIAN DANAU, cuma Jurulatih Kanan Kem sahaja dibenarkan untuk menjalankan aktiviti ini. Hanya mereka yang boleh mengikat, memasang anchor dan melepaskan peserta. Pembantu cuma menolong peserta memakai 'harness' dan menjadi 'breaker' sahaja.

Aktiviti kami dijalankan dari 'tower' setinggi 40 kaki. Oleh sebab tower tu terletak di atas bukit, jadi agak sayup juga bila terpandang air tasik. Kami juga mengunakan 'kabel' bagi menggantikan 'kermantle'. Lebih selamat dan lebih tegang.

Alatan yang digunakan untuk aktiviti 'Flying Fox'. Yang saya senaraikan di sini adalah peralatan yang kami gunakan. Lain tempat, lain peralatannya walaupun yang penting-penting tu sama saja.

1. Tali (Kermantle) statik atau dynamic
Digunakan untuk memanjat tower. Sebelum terjun, kenalah panjat dulu. Anda akan dipasangkan 'safety line'. Ini adalah tali yang diikat kepada anda. Ianya ber'pulley'. Sambil naik, sambik tolak 'pulley' tersebut. 'Safety line' penting. Jika anda terjatuh, anda tidak akan jatuh ke bawah. Anda akan tergantung. Contoh senang, macam dalam siri Fear Factor. Bila ada aktiviti di tempat tinggi, peserta akan pakai harness. Di harness ini terdapat 'safety line'. Kan mereka tergantung saja bila jatuh, kan ? Samalah tu.

2. Carabiners.
Atau juga 'snap link'. Ini gunanya untuk mengikat anda kepada tali. Carabiner terdapat berbagai jenis. Yang kami punya boleh menampung sehingga 150 kg. Carabiner sangat sensitif. Ianya tidak boleh TERJATUH ATAU DIHENTAK. Kalau dah jatuh, kena buang sebab dalamnya akan retak. Bahaya jika digunakan lagi. Carabiner juga mahal. Jika sengaja anda hentakkan, anda pula kena hentak nanti!

3. Figure 8 Desender
Ni gunakan untuk ikat anda ke tali-tali

4.Harness
Terdapat 2 jenis harness. Full harness macam dalam Fear Factor juga. Alih bahasa yang guna dalam Fear Factor ialah abah-abah. Kalau full harness ni, anda memakainya hingga ke seluruh badan. Kalau half harness, macam pakai seluar
dalampendek saja. Seronok kalau pakai full harness, sebab anda boleh terjun ala-ala superman. Manakala half harness, anda kena bergayut.

5. Pulley
Ni untuk mengikat tali untuk anda terjun. Dan juga untuk anda tarik balik tali ke tower.

6. Topi keledar
Kena pakai helmet bebs, untuk keselamatan

7. Sarung tangan
Pakai sarung tangan supaya tangan tidak sakit bila bergayut

Jom terjun !

Pastikan anda sihat dan tidak berpenyakit bahaya sebelum anda setuju terjun.

Pakai harness. Pakai harness yang elok. Jika diberikan harness yang telah koyak atau telah hilang tali-talinya, seeloknya anda tukar pada harness lain. Sudah pakai harness, tunggu giliran anda.

Anda akan dipasang pula 'safety line' sebelum anda naik ke atas tower. Naik perlahan-lahan dan berhati-hati. Sampai di atas anda akan diperiksa lagi sekali oleh Jurulatih Kanan untuk memastikan harnes anda betul pemakaiannya. Buka 'safety line' memanjat. Kemudian anda akan dipasang dengan tali yang akan membawa anda terjun. Jangan risau, sebab anda juga akan dipasangkan satu lagi 'safety line'.

Jurulatih kanan akan 'check' dengan 'braker'/ 'brakers'. Brakers ready ? Aye, aye, Chief ! Braker adalah pembantu aktiviti yang tugasnya 'menarik tali' untuk 'membrake' anda. Jangan takut, mereka tahu bila masa yang mereka perlu tarik tali tersebut. Kalau terlambat pun ada 'safety brake' di hujung line. Tapi cam brake emergencylah ...
Pakar membrake kat Kem ni Kucai. Tidak pernah terlepas peserta. Fathi dan Cipan pun okay juga.

Okay, kalau anda sudah bersedia, anda boleh terjun. Tiada pilihan. Samada anda terjun dengan rela hati atau anda akan ditolak ke bawah. Sama saja. Dua-dua sampai bawah. The choice is yours :)

Hmm, program aktiviti lasak GengJurnal ni tak nak buat Flying Fox ker ? Jom la !

Monday, March 29, 2004

Cinta SeriAdriani

Ketika saya mula menulis blog, blog ni antara mula-mula sekali menyenaraikan Dari Hutan Ini di linknya. Masa tu saya masih mempunyai beberapa blog. Heheh !

Sekejap-sekejap terlupa password dan blog tak boleh bukak. Hentam sajalah ! Takleh, bukak blog lain. Bukan kena bayar pun !

Blog SeriAdriani lain dari yang lain. Dia menulis cerita bersiri di blognya. Dengan skin yang sweet di design oleh tOKSIK dan lagu 'Love Story' sebagai background musicnya. Saya pastikan setiap kali online akan ke blog Seri untuk baca page baru novel 'Cinta SeriAdriani'

Silalah anda ke blog SeriAdriani.

Enjoy !

Seri, tahniah ! Suspense jugak tadi baca endingnya !

***tOKSIK , kenapa tak nak menulis lagi. Rindu nak baca tazkirah tOKSIK !

Jom Masak-Masak !

Salah satu hobi saya ialah memasak. Suka masak. Apa saja saya akan cuba. Masa saya berumur 12 tahun ke atas saya telah mula buat kuih Raya untuk dijual. Dari kecil, memang business minded.

Lepas sekolah di Jasin, masuk pula sekolah kat Shah Alam. Mat Jan pun mengaji kat sekolah ni juga. Di Shah Alam, duduk hostel. Breakfast di hostel, hari-hari roti ! Dan ramai yang malas nak bangun pagi pergi sarapan. Akibatnya, roti melambak-melambak terbuang di Dewan Makan. Saya baik dengan Pakcik Dewan Makan. Pakcik bagi saya roti-roti tu sebanyak mana yang saya mahu.

Dapat idea nak business sandwiches. Roti percuma, marjerin pun free gak. Beli sardines, cili hidup dan bawang sahaja. Saya bawa 'sandwich maker' dari rumah. Dan bermulalah perniagaan sandwich saya. Habis kelas, saya make sure sandwich saya siap sebelum pukul 5 petang. Siap buat sandwich, saya pergi menjual. Ketuk dari bilik ke bilik. Tak sampai pun seminggu customer sendiri datang ke bilik saya. Tak perlu berjalan lagi ! Alhamdulillah, dapat juga RM 7-10:00 sehari. Rabu tak dapat meniaga sebab ada Kesatria. Weekend ada hal lain. Nak balik kampung ke, dating dengan boyfren ker atau nak habiskan assignment.

Lama juga berniaga. Lepas tu ada banyak competitors pulak. Biasalah orang Melayu, kan ! Apa orang berniaga, dia pun nak sama. Tapi saya tak kisah sangat sebab by this time saya dah ada business-business lain pulak. Jual t-shirt ! Jual roses ! Kaya bebs, berniaga roses masa Valentine. Beli roses kat Petaling Street. (Masa tu masih 'rabun'. Tak tahu hukum celebrate Valentine) Siap ambil kursus cara-cara wrap bunga dekat Nyonya Florist tu. Dan t-shirt order kat Pertama Complex (ada lagi tak Pertama nih ?) Modalnya dari hasil jualan sandwich-sandwich tadi.

Sebab tu, saya tak kisah dengan kerja berat. Malah enjoy bila bekerja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada orang mintak resepi kek cokelat (betul eja ni, Betty ?). Ini resepinya. Sedap !

ANNIVERSARY CHOCOLATE CAKE
(resepi ni di ajar oleh kawan saya, Mrs. Ng - tokeh Shanghai Laundry. Mak saya suka kek ni. Ni kek jenis yang 'melt in your mouth'. Lembut dan gebu! Tapi tak sedap kalau simpan dalam fridge. Kena habiskan cepat.)

Bahan :
2 cawan gula castor
1 buku butter (cairkan)
1 cawan susu sejat
1 sudu besar cuka makan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
Cara :
1. Sediakan tin pembakar. Alas tin dan sapukan marjerin
2. Masukkan cuka pada susu dan biarkan. (Akan jadi macam yogurt)
3. Ayak tepung, koko dan soda bikarbonat. Masukkan dalam mangkuk besar (mixing bowl).
4. Pukul telur dan gula dan masukkan dalam tepung.
5. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan separuh dari susu masam tadi. Pukul selama lebih kurang 2 minit.
6. Masukkan semua baki susu tadi dan pukul lagi 2 minit.
7. Masukkan adunan dalam tin kek dan bakar.
8. Bila masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar. Sapu kek dengan jam . Kemudian tuangkan krim cokelat atas kek.

Krim Cokelat
1. Masukkan satu bar cooking chocolate dan 1/4 cawan susu segar ke dalam periuk.
2. Masak dengan api kecil.
3. Masukkan 2 sudu besar gula ising dan 1 sudu besar mentega. Kacau sentiasa.
4. Bila sudah pekat dan berkilat, tuang atas kek.
5. Ambil pisau dan ratakan atas dan keliling kek.

Satu lagi resepi

CHOCOLATE CHIPS CAKE
(ni resepi sepupu saya, Dr. Rosaida. Kek ni sesuai untuk pengemar cokelat, sedap ianya 'very rich with chocolate!'. Anak-anak saya paling suka kek ni. Kek rasmi bila Hari Raya. Selalu Mama kena buat pun :) Tak boleh simpan lama. Sebab cepat habis. Sedap sangat !)

Bahan :
200 gm tepung naik sendiri
50 gm koko (pakai Van Houten, Vochelle tak berapa sedap)
250 gm mentega
250 gm gula kastor
4 biji telur
1 1/2 cawan chocolate chips
1 cawan susu sejat
sedikit esen vanilla
Cara:
1. Ayak tepung dan koko 2 kali.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur. Pukul lagi.
3. Masukkan susu.
4. Masukkan tepung yang telah diayak dengan koko tadi, esen vanilla
5. Akhir sekali, masukkan chocolate chips tadi
6. Kacau rata dan sedia untuk dibakar.
7. Bakar selama 1 1/2 jam atau hingga masak, suhunya 180 darjah.

Sunday, March 28, 2004

Sunyi di Kem

Tiada Group

Tak ada orang masuk minggu ini. Tidak rehat. Setelah 'tempat landing' untuk aktiviti 'flying-fox' siap, kami mengemas pula jalan masuk ke Kem.

Terlalu banyak anak pokok dan dahan pokok yang menutupi jalan. Ramai yang komplen bas mewah mereka rosak akibat jalan tu. Dah hampir siap separuh. InsyaAllah boleh habis kerja esok.

Semua penat. Tangan Muafa dah sebal akibat terlalu lama memotong dengan chainsaw. Benda tu kan vibrate. Lenguh dia.

Oleh sebab jalan tu jalan awam, ada juga orang kampung yang menolong sama. Rosli, taukeh ayam (ayam ladang) belanja air minuman. Zali, taukeh ayam (jual ayam bersih) bagi kami ayam untuk dimasak.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekolah Nana dan Nadzrin cuti sejak hari Jumaat. Bawa mereka berdua tidur di Kem. Dari hari Jumaat lagi. Dah biasa hampir tetiap hujung minggu Kem berpenghuni. Tak mahu pula minggu ni gelap sahaja.

Hafidz tinggal di rumah, menjaga Nenek. Lagipun dia nak ke perpustakaan bersama kawan-kawan.

Setiap hari saya dan Jepun masak untuk orang yang kerja bergotong-royong. Masak ikan keli yang dipancing dengan sayur tangki yang dipetik dari tasik.

Sekarang musim memancing di kawasan ini. Banyak ikan keli. Bagi pemancing handalan, boleh dapat lebih 20 ekor sehari. Ikan-ikan keli Africa yang besar-besar.

Ikan-ikan tersebut dibuang oleh orang-orang Cina yang bernazar. Mereka buang ikan tu berlori-lori. Banyak.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Musim rindukan Kem. Tadi Ruddy datang. Rindu Kem. Bob telefon. Juga rindukan Kem. Maaflah, minggu depan cik jururawat pelatih seramai 115 orang (ye, Dino - semua perempuan belaka !), hanya sewa tapak sahaja. Mereka ada program mereka sendiri.

Fasi akan bertugas pada minggu berikutnya (9-11 April). Ada 150 orang peserta dari Malacca High School. Semua LELAKI. Heheh. Sungguh tidak adil dunia ni, kan ?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Adik-adik MMU, selamat menghadapi peperiksaan. Do your best !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Masa untuk tidur. Pukul 10 pagi nanti, JIM akan datang untuk bincang program.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dah tengok gambar ? Klik kat bawah ni.

Saturday, March 27, 2004

GOOD LUCK !!!

MMU Melaka :
Eiha
Lenny
Zack
Agus
dak-tembamz
Liza
Sulaiman
Nurul @ Musca
Salmi (Educare, UPG)
Bedah
Shazwani
Kawan-kawan Agus yg visited the Camp hari tu
Kawan-kawan Lenny dan dak-tembamz
Gang Kayak MMU (UPG)
Ikie Dato' Rahman ( my nephew ...
amboi Iki, gi screen test Akademi Fantasia, yer ?)
MMU Cyberjaya:
Betty
e-ketupat @ Raup
dan gang Persatuan Literasi Melayu yang datang Kem ...

All the best, sayangs !!!

Friday, March 26, 2004

Baca pengalaman seorang sahabat :)

The day I was a polling agent

Friday, March 26 @ 16:01:39 MYT


by Jarrod Daniel
I am writing to document my experiences as a polling and counting agent (Paca) in Sunday’s general elections.

This letter aims to provide a brief insight as to what actually happens during the polling process and the agony that ‘opposition’ polling agents have to go through during the electoral process.

I was assigned to a polling station where I thought things would get interesting. We were provided with materials and training to ensure that we would be able to monitor the situation as effectively as possible. The training provided by the Mafrel (Malaysians for Free and Fair Elections) was extremely mind blowing. Mafrel had warned us of the troublesome presiding officers (ketua tempat mengundi).

But somebody telling you something is not the same as you experiencing it yourself. Along with our kit which was provided, we received a list of suspicious voters. We had some houses where more than 90 people were living in it! The current ruling coalition had a 150 metres head start in this election. However, what shocked me was the process itself.

Malaysian law dictates that every vote is secret. Nobody has the right to know my vote until and unless one decides to tell you. But the Elections Commission (EC) intentionally demands that all voter IDs be recorded on the counterfoils of ballot papers. That means, if they want to, they can trace each and every vote to the individuals. This is wrong. And more importantly, this is downright illegal. This is intimidation beyond anything else. This is why whispers in the government servant circles went along the lines of "tow the line or else..."

So we lodged a protest. But the EC handbook was clear. Polling clerks were mandated to write the unique voter IDs on each and every ballot counterfoil. But what was more interesting was the fact that opposition polling agents, like myself, were frowned upon. This was especially so if we knew our rights. If we knew what was allowed by the law, we were troublemakers. This was because we were lodging complaints on irregularities.

My first complaint was accepted without any problems. That was the complaint about writing unique voter ID's on the ballot paper counterfoils. As the day progressed, I started lodging reports on irregularities. There was a voter who came in the afternoon that had somebody else with the same IC number voting for her in the morning. I advised these individuals to lodge police reports immediately.

But perhaps the most appalling incident in my polling centre was when a man had walked in although the register showed that he was supposed to be a female. I had immediately lodged a protest. I argued with the presiding officer that he cannot allow a man to vote when the register clearly showed that the IC belonged to a female. The presiding officer overruled me and said that he had the right to overrule me. He said that the National Registration Department had probably made a mistake and with that he was allowing the gentleman to vote.

I argued that the election laws were clear that one cannot allow a male to vote when he/she is registered as a different gender. I cautioned the presiding officer that he was committing electoral fraud. I then demanded that the man take an oath that he really is the "woman" in the SPR roll. The presiding officer overruled me again, telling me that it was his call and he believed that the National Registration Department had made a mistake. The BN polling agent kept quiet throughout the incident.

I then decided to lodge an official complaint. Election laws say that polling agents are allowed by law to lodge complaints on irregularities on the polling process. The man refused to accept my complaint saying that I had no right to complain because everything was legal and okay. This is the same man who had no problems with me protesting on phantom voters. In this issue, he refused to budge. He didn't want to accept my complaint. I argued and argued to no avail. The system was clearly failing me.

At some points during the whole process I felt that the whole country was against me. Here I was trying to ensure that the elections were fair. Nothing more, nothing less. That everybody got their due process. Heck, during the vote counting process, I even told the Barisan guy that some votes for him that he said were spoilt were not spoilt as it was allowed by law.

I felt cheated and I felt betrayed. There was absolutely nothing I could do. Thank God the other polling agents were my friends. They provided moral support when frustration ran high. We were the only ones raising objections. That was because we were strong-minded Malaysians who knew our rights very well. We were used to arguing things out. But when the whole system is against you, I finally understood what it was like to be the underdog. Thousands of residents were depending on me to ensure that the vote went on ahead as usual in a fair manner. At that point, my spirits were raised a bit. Because I knew that I was doing my best.

I'll admit, there were points in there where I just felt like crying, dropping things and running away. But I realised that I cannot and must not do it. The rage in my blood was beyond boiling. I was seething at how unfair things were. Despite providing the presiding officer that there was evidence that some voters were most likely phantom, he brushed me off. He accepted my objections but gave me a hard time when I asked him to sign documents to acknowledge receipt of the complaint. He allowed all the suspected phantom voters to vote without even requesting them to take an oath that their identities were valid by filling an identification form (form 11).

More than 10 of these voters from the same house showed up in various other rooms. But I wasn't surprised anymore. If he can let a man vote when the registration clearly showed that the individual should be a woman, what else was I to say? I was so disappointed with the EC that it was beyond comprehension. It is as easy as listing the roll on the Excel sheet and finding the phantom voters. That was how our guys did it. But the EC has long insisted that the roll was clean. This is a factual fallacy and I saw it with my own eyes. It was so obvious that the officer who were in the room were biased. All I asked was for a fair go at things.

How I felt on elections day was a situation that I have never really dealt with in my lifetime. Total and ultimate helplessness when doing the right thing. You know what was worse? We were the only guys who actually knew what we were doing and why we were doing it. Some opposition representatives from other parties for example, did not know what to do as a polling agent. They were there because somebody had told them that they had to cross out names on the voting rolls. The BN polling agents were individuals who were paid to effectively come and find voter demographics by race. No complaints were lodged by any of the BN polling agents in my room despite the fact that I shared information about phantom voters.

The whole elections process seems so tainted to me that I really do not know what to do. But there were people who were backing us up. One PAS polling agent who talked to one of us "noisy" ones said that we had done a good job. He said the reason he didn't raise objections was that he knew that it wouldn't make any difference. The system had wore him down. The system had failed the ordinary Malaysian citizen who wanted to uphold the law. And you know what's worse? This situation is being perpetuated by other Malaysians. By Malaysians who believe that it is okay to play unfair in the elections to win.

At the end of polling I was tired, depressed and didn't know what to do. But I realised, that I have to be part of the new Malaysia that shapes things according to what is right - not what is required to win an election. I guess I can be happy with one thing. That I actually did something about my dissatisfactions with the democratic process in this country. I walked the talk unlike the Election Commission or Pak Lah. Nobody in his right mind will be able to say that the elections were free and fair.

I am a disappointed and frustrated. I feel cheated. The rakyat has been failed. -zs

Thursday, March 25, 2004

Flying-Fox Bertukar Arah

Saya akan cerita pasal Flying-Fox hari lain. Nanti saya akan explain apa tu harness (full-harness dan half harness), figure of 8, breaking line, safety line dan lain-lain.

Hari ni cuma nak beritahu kami dah buat line baru untuk flying-fox. Er, linenya belum dipasang. Kena tunggu pakar dulu. Kami cuma buat tempat landing. Dari pagi lagi Muafa dengan chainsaw dan Jepun dengan mesin potong rumputnya membersihkan kawasan untuk tempat landing baru ni. Tak nak beritahu landing dekat mana.

Biar dak-tembamz, Lenny, Dino, Asri, Pakdi, Madas, Eiha, Fathi, Zack, Kucai, Bob, Raup, Yong, Fendi dan Renee tertanya-tanya. Plannya akan ada dua pelantar nanti. Dan juga bangku untuk breakers. Kenapa 2 pelantar ? Senang kalau kita tak cukup staff nanti. Bolehlah Kucai, Zack dan Dino tolong bukak pulley. Pelantar yang tinggi tu untuk fasi-fasi yang tak tinggi. See, betapa sayangnya kami kat korangs ?

Ada side story pasal flying-fox. Masa kursus induksi pensyarah-pensyarah KUTKM hari tu, mereka buat aktiviti ini. Kucai jadi breaker. (Nanti akan cerita fungsi breaker.) Masa Kucai bertugas tu, dia pakai topi merah Santa Claus. Oh, lecturer KUTKM sangat bersopan santun. Bila sampai bawah jer, mereka kata kat Kucai, "Thank you, Santa". Kucai memang suka pakai topi Santa tu. Tapi PakLet dah buang dah topi tu. Dia tak suka. Macam biasa, dia tak sporting tapi 2.

Tu jer pasal tempat landing baru flying-fox.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cerita Pencok

Mal tanya saya apa itu pencok. Saya tak tahu kat tempat lain orang panggil apa. Tapi Mal, ni resepi pencok untuk Mal :)) Okay girls yang nak mengurat jejaka idaman ni, ambik sekali resepi ni.

Bahan :

2 biji mangga muda
1 biji bawang besar
cili padi (ikut suka banyak mana)
2 sudu besar sos cili siam
2 sudu besar udang kering (basuh, goreng tanpa minyak dan kisar)
1 biji limau kasturi
1 helai daun limau purut yang muda

Cara:
1. Cincang mangga muda (strips)
2. Hiris halus bawang, cili padi dan daun limau purut
3. Dalam mangkuk, campurkan semua bahan dan gaul rata dengan garfu
4. Sejukkan dalam petisejuk. Sedia untuk dimakan.

** Ada orang guna sambal belacan. Saya tak suka sambal belacan jadi saya gantikan dengan sos cili siam tu. Selamat Mencuba !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Biru Warna Mata Blogku !

Saja-saja tukar warna blog. Jemu tengok warna uniform tuan puteri pink tu. View source dan tengok color-color yang saya guna. Saya tak suka pakai code number untuk warna. Pening ! Saya bukan anak muda lagi. Zaman saya dulu, belajar computer cuma MIS - Management Information System. Nak start computer pun sempat buat kopi, minum kopi, basuh cawan kopi ... baru lah ada benda keluar ! Bila kerja, dah ada windows. Tapi disebabkan buta IT. Suruh clerk jer typekan report dan surat. Konon-konon dah ada clerk takyah nak buat. Sebenarnya tak reti.

Bila berniaga. Semuanya kena buat sendiri. Nak upah kerani, tak mampu. Sayalah kerani, sayalah pengurus, sayalah tukang kebun dan sayalah tukang cuci tandas. Nak tak nak, kena belajar. Main hentam jer. Sampailah jugak surat dan sebutharga yang saya buat. Kan mushroomcute


Lagipun sekarang saya ramai cikgu. Cikgu Lenny, cikgu Bamz dan Cikgu Zack. Apapun selagi masih ada hayat mesti terus belajar, kan ?

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Anak-anak

Amir sakit telinga. Ada infection kat telinga dia. Dapat masa camping di Tanjung Tuan. Saya dah bawa dia ke Dr. Govan di Hospital Pantai. Dapat MC dua hari.

Hafidz menang hadiah. Pembaca buku bahasa Inggeris paling banyak untuk kategori menengah rendah. Juga top scorer untuk matapelajaran Matematik dan Geographi (betul ke eja cam ni ?)

Nadzrin dan Nana macam biasa saja. Sekolah mereka ada sukaneka. Anak-anak saya kalau pasal sukan, jangan risau. Bagi mereka ke sekolah bukan untuk belajar kots, tapi untuk bersukan. Bab ni memang excellent.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jangan lupa click kat Fotopages bawah entry ni, ye!

Wednesday, March 24, 2004

Jungle Tracking

Nak cerita pasal jungle tracking. Route 4 jam. Perjalanan sejauh 12 km.

Selalunya jungle tracking akan bermula pukul 7.30 pagi dan balik semula ke Kem sebelum pukul 12 tengahari. Anda akan dibekalkan dengan satu botol air mineral. Sebelum bertolak, pastikan anda ke tandas dulu. Pakaian untuk pergi jungle tracking pula pastikan anda memakai pakaian sukan yang selesa, tutup kepala dan sepasang kasut yang sesuai untuk berjalan jauh. Jika anda tidak biasa memakai jungle boots elakkan dari memakainya. Sepasang sneakers lama lebih menyenangkan anda berjalan.

Anda akan bermula dari pintu pagar Kem. Baca doa dahulu. Dari Kem and akan menyusuri sungai ke Hutan Acasia. Banyak pokok Acasia di sini. Nampak seolah-seolah sengaja di tanam. Dari hutan Acasia naik ke Bukit Pasir. Boleh lihat pemandangan yang cantik dari atas bukit. Tasik Hijau dan Tasik Biru.

Turun bukit dan ke mini 'canyon'. Akan melalui jalan pasir sejauh 1.5 km. Boleh tengok sarang tiung pasir. Tengok sahaja ! Jangan usik ! Dari mini 'canyon' ke Palung. Dulu, di sini tempat orang mencuci bijih timah dan emas. Kalau bernasib baik boleh jumpa bijih-bijih tu.

Selalunya kalau jungle tracking, peserta akan dibekalkan sarapan pagi. Dan akan bersarapan di mana anda berada pada pukul 8 pagi. Seronok juga bila tengok peserta makan di atas bukit pasir, di palung dan lain-lain tempat. Serentak ! Selepas makan kena pack balik semua bekas-bekas dan buang hanya di tong sampah Kem. Conserversi Alam !

Jalan lagi dan anda akan sampai ke 'antara dua tasik'. Dua tasik ni - sebuah tasik airnya tidak boleh diminum dan sebuah lagi tasik air tawar. Air dari tasik air tawar mengalir ke tasik sebuah lagi tetapi air dari tasik itu tidak mengalir ke tasik air tawar. Water level kedua tasik itu sama saja. Kuasa Allah!

Pemandangan yang sungguh cantik di sini. Boleh lihat Gunung Ledang. Menyusuri tebing kedua tasik ini dan anda akan sampai ke hutan senduduk. Ada beribu-ribu pokok senduduk. Kalau musim senduduk berbuah, kami akan ajar peserta makan buah senduduk. Habis semua mulut bewarna biru !

Dari tempat pokok senduduk ke pokok besar. Di sini padang ragut selembu. Ada beratus-ratus selembu. Garang-garang ! Heheh .. Selepas dikejar tengok selembu anda akan mengharungi Paya Kerbau. Sesuai dengan namanya selepas itu anda akan berbau beautiful kerbau la pulak. Dari Paya Kerbau menyeberangi parit untuk ke ladang kelapa sawit.

Tempat paling best. Anda berpeluang mandi air mata air. Sejuk. Nak minum pun boleh. Selepas itu pakai masker tanah liat. Tujuannya bila lalu dalam ladang getah nanti, tiada nyamuk dan anda juga tidak kena 'sun burn' bila berpanas dalam perjalanan pulang ke Kem nanti. Untuk kami pula, biar anda senyap dan tak banyak soal bila apa saja kami suruh buat nanti. Mulut dah 'jammed'

Dari ladang getah akan lalu tepi Tasik Biru. Menyusuri bahagian lain 'mini canyon' tadi. Menyeberang tasik dan terus ke Hutan Kayu Gelam. Boleh tengok tapak 'war game'. Anda sudah hampir dengan Kem. Keluar ke jalan tanah merah dan nampak pintu Kem. Selamat Kembali ! Buang botol air dan semua sampah.

Masa paling seronok ! Anda dibenarkan mandi dalam tasik dengan diperhatikan oleh Abang Fasi anda. Mandi dan cuci pakaian bersih-bersih. Sudah siap boleh ke kantin untuk menjamu selera dengan masakan Pak Haji.

Tidak Sibuk

Hari ni tak berapa sibuk. Cuma kena hantar sebutharga kepada SK Paya Rumput dan hantar program untuk Malacca High School.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Jepun habiskan kerja-kerja mengemas. Saya pula ambil gambar untuk adik-adik fasi. Dah lama tak ke Kem jadi saya ambilkan gambar benda/tempat favourite mereka.

Taman pokok tangki Jepun dah membiak. Pokok tangki ni seakan pokok semalu. Daunnya serupa semalu cuma bunga semalu bewarna pink dan bunga tangki bewarna kuning. Semalu hidup atas darat, tangki pula dalam air. Senang je menanamnya. Campakkan batang-batang dan biarkan sahaja. Bawah batang-batang tersebut ada semacam gabus bewarna putih. Inilah yang menyebabkan tangki boleh terapung.

Tangki selalunya dimasak lemak. Rasa dan baunya macam petai. Boleh masak bersama ayam, ikan atau daging. Lunch kami tadi, daging salai masak lemak cili padi dengan tangki, garing-garing dan pencok mangga muda. Lauk orang kampung. Tapi sangat menyelerakan !

+++++++++++++++++++++++++++++

Mulai hari ini anda boleh klik pada end of entry saya untuk ke photopages.

Tuesday, March 23, 2004

Lagi untuk GengJurnal Lepak di KEM LAMBAIAN DANAU

KLIK --> Tengok Gambar Baru Kem.

++++++++++++++++++++++++++++++


Sedih

Banyak benda yang saya sedihkan. Masaalah negara, tidak puashati dengan kerja SPR dan paling saya sedihkan pemergian As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin. As-syahid ialah pengasas Hamas, gerakan Islam yang selama ini menentang keras rejim Israel. Sedih, tubuhnya hancur dibedil peluru berpandu Israel. Begitulah, di mana-mana Islam amat ditakuti. Dan apa saja akan diusahakan untuk menjatuhkan Islam.

+++++++++++++++++++++++++++

Minggu ini tiada group di Kem. Kami akan ke PD untuk urusan kerja.

+++++++++++++++++++++++++++

Happy Birthday !

Ucapan Selamat Ulangtahun untuk PakMan yang jatuh pada 20 Mac dan Lenny Moriza pada 21 Mac. Kek tunggu group High School nanti pada 9-11 Mac. Exam habis 9 Mac, kan Len ?

Friday, March 19, 2004

Selamat Datang ke KEM LAMBAIAN DANAU, GengJurnal !!!

Projek GengJurnal Lepak di KEM LAMBAIAN DANAU

15 dan 16 Mei 2004. Ini tarikh yang telah diblocked oleh Wkdin. Confirmed kali ni. Tiada pertukaran tarikh lagi.

Saya nak tulis pasal Kem. Dan pasal gathering GengJurnal di Kem. Tentative program anda kena rujuk pada jawatankuasa. Saya kekurangan maklumat mengenai perkara ini. Saya cuma nak beritahu keadaan Kem sahaja. Sebaiknya ahli jawatankuasa yang memberitahu tetapi sebab ramai yang bertanya terus pada saya eloklah cerita serba sedikit.

Dan jangan tanya saya pasal bayaran. Sila check dekat Forum GengJurnal.

Kem ini ialah Tapak Perkhemahan & Pusat Latihan Bina Semangat. Bukan resort, ye saudara :) Tiada kemudahan seperti di resort. Hanya ada keperluan asas. Tiada nyamuk di sini, jadi tolonglah jangan bawa insect repellent berbotol-botol atau shieldtox ker apa. Anda akan tidur dalam khemah (igloo tent) atau dalam hammock (Sukahati anda). Sebuah khemah kongsi berdua walaupun tent tu ialah '4 men tent'. Lelaki di tapak lelaki dan perempuan di tapak perempuan. Kalau suami isteri ikutlah mana nak tidur. Kedua tapak dipisahkan oleh sebuah surau. Nanti kita boleh berjemaah bersama-sama. Teringin nak dengat tazkirah Dr. Ep :)

Ada kabin. 4 buah sahaja. 2 buah ialah 4 sharing dan 2 lagi triple sharing. (jumlah semua katil = 14 katil sahaja). Yang ni reserve pada kanak-kanak dan ibu yang ada anak kecil, okay kots ? Bapa-bapa tidur dalam khemah, iye ?

Makan dan minum. Hari anda sampai, kami bagi coffee break. Lepas tu lunch. Petang ada coffee break lagi sekali. Malam ada BBQ dinner. Esoknya selepas 'nature walk', kita breakfast dan akhir sekali makan tengahari. Tak perlu bayar lagi sebab semuanya dah masuk dalam pakej.

Anda cuma perlu bawa :

**Keperluan ibadah anda
**Toiletries dan pakaian basahan untuk mandi di tasik. (Pakaian mandi yang sopan yang sesuai sebagai seorang Muslim)
**Pakaian sukan - seluar track dan t-shirt
**Pakaian untuk tidur malam - seluar panjang dan baju berlengan panjang
**Tutup kepala - cap, topi atau key
**Kasut sukan dan beberapa pasang setokin
**Selipar untuk ke tandas dan berwudhu'
**Pakaian untuk pulang

So, UngkuNor tidak payah bawa tent. Kat sini ada banyak tent.

Ni pulak list aktiviti yang ada di Kem :

**Jungle-Trekking
**Compass Marching / Orienteering
**Obstacle-Run-Around-the-Camp
**Flying-Fox / Rappeling / Abseiling
**Kayak
**Water Confidence
**Swimming
**War Game
**Fishing
**Triathlon
**Mountain Biking
**Hiking / Jalan Lasak
**Treasure Hunt
**Indoor Games
**Bird Watching
**Rafting
**Lake Exploration
**Telematch
**Layang-Layang
Permainan Tradisonal

Apa aktiviti yang kita akan lakukan pada gathering tersebut, biar AJK yang tentukan. Kita ikut sahaja. Yang penting kita boleh berjumpa dan berkenal mesra. Tak sabar rasanya ! Marilah ramai-ramai datang bercamping ye ! Sesekali lasak-lasak la pulak ...

Kroni saya : Cillcrusader, dak-tembams, kuchik, betty dan e-ketupat, InsyaAllah akan hadir. Count us all in ye, Tipah !

++++++++++++++++++++++++++++

Berita Baik

Malam semalam, sewaktu saya tengah boring, meluat dan nak muntah. Tetiba dapat berita baik via sms. Adik saya hantar berita yang menggembirakan kami semua di Kem. Alhamdulillah. That's my bro :)

Dia tak pergi kelas. Dia sakit. Dan result dia 3.761 ! Bagaimana saya nak beritahu orang lain yang it's okay to be second best, third best ? Lihat Dino dan malulah kat diri sendiri ! You just have to be the best ! Jangan riak lak Dino.Good result or not, kalau tak senonoh u'll get it from me. Gua Akak tak makan bodek aa!)

Oh, cerita pasal hal boring tu ? Semalam, kononnya ada majlis BBQ untuk pemain-pemain bola kampung Chinchin. Rupanya majlis ceramah politik. Punyalah boring, membebel dari kol 9 hingga 10.15. Budak-budak tu dah kebulur lapar dah. Kan senang, cakap jer cam ni " saya dah belanja awak ni awak, Ahad awak undi saya, ye awak". Pastu leh kita orang makan. Takyah awak nak letih berdiri dan letih membebel. Percaya, kecuali seorang dua kat depan tu, kami yang lain nak makan jer ! Apa kelas cerita pasal keter nasional, pasal universiti. Budak-budak ni menoreh getah dan kerja kilang jer, kawan ! SPM pun tak lepas !

Thursday, March 18, 2004

Rajin Selamanya ....

Tidur Kem
Petang Selasa, kami anak-beranak mula bercamping di Kem. Taklah tidur dalam tent, tapi dalam kabin. Seronok jugak sebab budak-budak tu tolong kami tanam pokok bunga etc.

Dia orang tak dapat tengok TV malam-malam. Amir kena buat nota ringkas, ulangkaji pelajaran dan buat latihan. Nadzrin dan Hafidz saje boleh berpoya-poya sebab result bagus okay.

Nana kena buat latihan menulis. Sekian lama dia sekolah masih belum boleh tulis nombor '4'. Penat mengajar, tak reti-reti. Hafidz ditugaskan mengajar dia. Hafidz garang. Teruk Nana kena marah. Bila Nana menangis, Hafidz pula dimarah Abang Longnya. Amir memang manjakan Nana. Jadi sehingga sekarang, masaalah belum selesai. Nana masih tidak boleh tulis nombor '4'.

Nadzrin enjoy sakan. Betul-betul bercuti. Semua subject okay. Walaupun baru 8 tahun, dia dah plan masa depannya. Dia ni memang berdisiplin. Bangun pagi takyah nak kejut. Homework tak payah nak tanya siap ke tidak. Semuanya okay. Nenek dia kata sebab makna namanya 'yang mudah'. Segala nya mudah. Kami memang tak pernah nak pening kepala dengan dia.

+++++++++++++++++++++++++++

Hari ni ada group dari Univ Teknikal. Mereka datang untuk latihan kayak. Ada ekspedisi ke Pulau Kapas. Mereka tu memang dah biasa di sini. Jadi senanglah, tak payah nak melayan sangat. Buat saja macam di rumah sendiri. Khalid dan Cica relax jer la. Perhatikan mereka dari dalam bot. Kemain suka lagi halau jaws ! Masa HanyaSayang, Mal, mushroomcute, Sal, Ungku Nor, anak-anak Ungku, Wkdin dan Aidi Wkdin datang melawat Kem dan buat aktiviti 'water confidence'. Mereka pun pandai halau jawa jaws !
Sayang, sahabat saya ni tak mahu masuk tasik. Dia cuma berehat-rehat dan tidur dalam Bayu Tasik.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kena masak dengan Toyak dan Muafa. Untuk coffee break kami masak kuetiaw goreng. Makan tengahari berlauk sayur bayam masak lemak campur keledek, ayam masak kicap black pepper, sambal belacan dan ikan masin. Petang ni mereka minum petang dengan bubur kacang hijau dan goreng pisang. Balik ke kampus pukul 5 petang. Esok datang lagi. Sabtu datang lagi. Ahad lepas mengundi baru bertolak ke Terengganu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni kawan-kawan Hafidz akan datang bercamping hingga Sabtu. Ahad semua nak balik semula ke asrama. Kawan baik dia sejak dari darjah satu - Ammar, Idris dan Safwan. Mereka berempat memang rapat. Harap-harap akan berkawan rapat macam saya dan Khalid. Kami berdua berkawan sejak berumur 7 tahun. Darjah 5 dulu kami duduk bersebelahan. Selepas 32 tahun, kami masih berkawan ! Kini dia juga kawan baik suami saya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Fasi !

KUTKM. Dah mula bercuti. Asri, Pakdi dan Madas akan masuk Kem untuk latihan (askar wataniah). Rudy sedang mencari kerja partime. Fendi bercuti-cuti saja, kots ! Baru dapat berita dari Ringgo yang ayah Lempeng sakit kuat. Sabar ye, Lempeng.

MMU. Hujung bulan Eiha, Lenny, Zack dan dan dak-tembams akan diperiksa. Semoga lulus dengan cemerlang.

UiTM. Kuchai sudah telefon. Akan berada di Kem selama cuti 3 bulan. banyaklah projek jahat yang boleh diplan. Bob masih menjalani latihan industri. Rindu kat Bob !

UIA. Tengah exam kots mamat sorang ni !

Gang Chinchin. Kaya-raya semuanya sekarang. Ambil upah pasang bendera, pasang banner dan lekat poster. Jepun kerja untuk BN. Toyak dan Muafa pula kerja untuk PAS dan Keadilan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya suka satu poster ni. Poster YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Senyum, manis jer. Sejuk hati tengok. Dan rindu juga.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bacaan piliharaya.

Sila baca The Most Popular Journal : Esprit de Corps. . Banyak yang anda boleh tahu di sana.

Tuesday, March 16, 2004

Masih Rajin

Hari-hari update. Rajin sungguh ! Heh !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni saje tak mahu sibuk-sibuk. Banyak kerja sebenarnya. Tapi sengaja biarkan Abang dan Khalid bekerja. Mereka bertungkus lumus menyiapkan pelan dan cadangan pembangunan baru untuk Kem.

Saya melayan perasaan. Bawa kamera dan ambil gambar tempat-tempat kegemaran yang saya sayang. Pembangunan baru nanti akan menghilang dan mengubah tempat-tempat ni.

Mula-mula saya ke hutan dekat tandas yang bersempadan dengan pagar depan. Sayangnya, hutan yang 1/2 ekar ni terpaksa di hapuskan. Kami nak buat padang kawat kat sini. Saya merayau dan cuba cari ayam-ayam hutan kami. Ada ayam hutan yang hidup dalam belukar ni. Mereka tak de. Ambil gambar dari semua sudut. Hutan kesayangan akan hilang. Tak sukanya. Tapi apa boleh buat, nak cari makan. Nak besarkan anak. Nak senangkan anak. (Ke kita, Abang ?)

Jalan-jalan lagi kebelakang dapur. Jepun cabut ubi kayu. Nak rebus ubi kayu nanti masa group Univ Teknikal masuk. Ambil gambar Jepun. Happy dia :)

Ke tepi tasik. Ambil gambar jeti tepi pangkin Fasi. Tempat favourite saya. Banyak kenangan di sini. Masa kami mulakan Kem, 5 tahun lalu. Nadzrin baru 3 tahun. Ni tempat special dia dan saya. Saya akan meriba dia dan menyanyi dan bercerita padanya. Sambil kaki main-main air. Rindunya masa lalu tu. Jeti akan pergi dan diganti dengan chalet tepi air. Khalid dah siap designnya. Cantik. 2 tingkat. Entrance dari tepi tasik. Guest naik bot ke chalet mereka. Selamat tinggal, jeti kesayanganku


Hari ni sentimental sungguh. Langit pun mendung. Saya ambil banyak-banyak gambar. Gambar pokok mangga dan pokok tebu pun saya ambil. Kat tempat mereka akan dirikan rumah bot dan kayak (boat house .. cam bese - bahasa saya memang la teruk, asal boleh jer terjemah ayat !) Nanti akan ada 50 kayak jadi tentulah tak muat nak letak di rumah kayak lama.

Rumah kayak lama akan jadi opis. Dan opis sekarang akan jadi 'rumah' kami.

Banyak lagi cadangan. Entah bila pun nak mula. Fundnya belum ada. Orang kaya Brunei tu, entah bila nak baca blog saya. Meh la, bagi kami pinjam duit, leh ?

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Klik ! Tengok gambar yang saya ambil tu !

Eleh, baru seminggu tak update !

Lama ker ?

Em, dah lama saya tak update ye ?

Alasan : (macam biasa, - salahkan lah segalanya kecuali diri sendiri ! heh !)

1. Line telefon yang teruk. Betul. Tak caya tanya Wkdin. Dia call banyak-banyak kali, tapi tak dapat.

2. Busy tahap cipan. Oh, cipan pun tak sebusy saya. Percaya lah :)
Busy mengumpul data-data, prepare program baru. Malam ni saje kami habis meeting pukul 1.30 pagi. Meeting pasal projek juta-juta ... em, nanti-nantilah bagitau.

3. Minggu menyelesaikan masaalah anak. Result ujian bulan Februari si-bujang sulong yang akan berPMR bulan 10, sangat-sangat teruk. Tak dapat satu A pun. Dan dia dengan selamba tetap dengan aktiviti-aktiviti luarnya. Main hoki, bola, basketball, kayak, swimming, petanque dan volleyball macam biasa. Juga pergi camping ke Tanjung Tuan dan Tasik Banding. Em, mak cipan pun tak mengamuk macam mak dia mengamuk. Hangin aku satu badan.

4. Menjaga si-Saiful Ridzuan. Umur 17. Budak KL. Kena gantung sekolah sebab belasah cikgu. Cikgu tumbuk muka dia, dia lawan balik dengan belasah cikgu. Pening kepala kami dibuatnya. Sungguh mendidihkan darah. Buku sebiji pun tak bawak. Siang malam pagi petang saya membebelkan dia. Nasib la memang pakar bab-bab membebel ni.


Cukup kots 4 alasan tu ?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Perkhemahan Pandu Puteri Daerah Petaling.

Peserta semuanya perempuan. 80 orang gadis-gadis comel tingkatan 1-5.
Hadui, lemah gemalai sungguh. Obstacles mereka pecahkan rekod. Iyer, Dino, rekod pecah. Tak caya lak ye Dino. Rekod paling slow ! Heheh. Jangan marah ye, adik-adik ! Eiha yang mencatit masa sempat pergi ke splash, sempat singgah kantin kacau Jepun minum air, mekap, sempat jalan-jalan ke jeti Putera dan mereka tak jugak sampai ! Pengalaman baru jugak la untuk kami di Kem. Entah kenapa, kami juga jadi lemah gelamai sama :) Sayang, Ustaz Dino tak datang. Kalau tidak, memang sesuai sungguh dia handle peserta macam ni.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu lepas tension

Macam biasa, bila hampir dengan exam. Kem jadi tempat students U melepas tension. Minggu lepas Agus bawa kawan-kawan dari MMU, Melaka. Perempuan semua. Mas, Juli, Jeslina dan lupa pulak nama seorang lagi. Mereka datang menyerah diri untuk kami buli hari Sabtu dan Ahad. Berkayak sampai tangan lenguh-lenguh. Juga main 'war game' dengan peserta.

Lenny pula datang dengan Liza. Mungkin terpengaruh dengan nasihat Dino kepada Ruddy, kini Lenny tak mahu lagi tidur seorang diri. Ada la Liza menemannya di Sri Pandan. Dan Eiha datang pagi Sabtu. Nak relax juga sebelum exam hujung bulan ni.

Asri datang petang Sabtu. Baru habis exam. Seronok bila merpati dua sejoli ada. Dapatlah mengusik sepuas hati. Shinchan

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mengundi lagi !

Rasanya baru saja 1999 pergi. Semangat reformasi tahun 1998. Tahun giler pergi dengar ceramah. Ceramah di Dataran Reformasi, Kesang Pajak. Ingat lagi 'sumpah pemuda'. Dan beberapa orang yang 'bersumpah' tu tiada lagi bersama ikatan yang mereka pegang dulu.

Rindu jugak pada 'orang dah pencen' tu. Tak de orang nak cakap, "ada orang bla, bla, bla ...", "apa nama bla, bla, bla ...", "negara islam bla, bla, bla ..." Really, i miss u ... cos i love to hate you Saya akan ingat saudara selamanya :) Terima Kasih, saudara !

Siapa saya nak undi ? Hahaha ... dak-tembamz kata dia tahu siapa saya nak undi. Memandai jer. Kali ni saya dipindahkan tempat mengundi. Orang-orang kat rumah semua mengundi tempat lain, saya sorang jer kat tempat ni. Musykil sungguh. Kenapa la pulak pindahkan saya kat tempat ni ?

Undi tu rahsia. Nak tahu sapa saya undi, check jer la kertas undi tu. Kan ada nombor. Cam tak bese jer. Lagi sekali mengundi, hantar lah saya lagi jauh !

Beberapa hari ni kalau tetiba hits diary ni naik sedikit, pastilah bukan Fathi (dia lawat saya 10 kali sehari). Saya tahulah sapa yang rajin tu. Abang spenda tenda Baju Biru. Maaf Tok, kita memang nakal. Nanti kita daftar diri untuk Program khidmat sosial Bina Insan ye Tok ... Asalamualaikum, Tok :)))))))

Tuesday, March 02, 2004

Kak G makin malas nak laporkan aktiviti kem

:)

Ini bukan fitnah. Bukan cubaan. Bukan dugaan. Ini butul-butul. Ini kenyataan yang diambil terus dari sumbernya. Tak siapa boleh menafikan sanad dan matannya kerana ia terus dari sumber. saya adalah perawi pertama yang terus menulis matan kenyataan itu.

Minggu yang lepas, EMPAT kumpulan masuk dan bermastautin di kem secara berterusan. Begitu banyak cerita-cerita menarik yang wajar diceritakan, diabaikan begitu saja. Ini bukti yang pertama untuk menyokong kata-kata Kak G di atas.

Kumpulan pertama yang masuk adalah PAM MELAKA. Luarbiasa nama PAM melaka ini kerana jika dipanjangkan berbunyi "Perbadanan Air Melaka Melaka". Perkataan Melaka diulang dua kali. Ia mungkin salah orang yang mencipta kependekan tersebut. Mungkin juga kerana pencipta nama tersebut adalah seorang ahli seni sastera yang cuba menggunakan pendekatan 'penegasan kata: Melaka ' di situ. aku tak pasti.

Komen aku ? PAM memang kuat makan. ' Sapan'. Bukan PAM itu sendiri tetapi orang-orang yang bekerja dengan PAM itu. Pekerja PAM adalah dari spesis manusia yang boleh jadi jaguh-jaguh makan. 80 orang yang datang, dietnya menyamai 160 orang. Di kem ada satu tong merah besar yang dah berabuk. Geng dapur tak pernah menggunakannya sehinggalah PAM tiba. Di kem juga, bubur kacang tak pernah habis hinggalah PAM datang. Bak kata Jepun..

" Perut orang PAM macam stokin. Lagi boleh disumbat, boleh disarung, makin banyak yang telus "

Ini bukan kutukan. Cuma satu kenyataan.. :) Sila datang lagi abang-abang dan akak-akak PAM. Kami rindu bubur kami itu habis dimamah orang..


Kumpulan kedua yang tiba adalah STAM. Sekolah Tun Abdul Malek kalau tak silap aku. Seawal sebelum ketibaan mereka, aku dengar khabar yang budak-budak 'terjal' yang nak datang. Mampus aku di'khinzirkan' lagi sekali...

Oh, rupanya itu hanyalah satu spekulasi yang meleset. Yang datang adalah pengawas-pengawas yang hensem-hensem dan jelita-jelita ramainya. Tapi lebih ramai yang jelita dari hensemnya... ai takleh la mengorat :) ( kua kua kua : pueh hati kak g? ) . Kem Kepimpinan oleh fasililator kem Lambaian Danau. Kami, fasi-fasi kem datang dari banyak universiti. Ada UIA, ada MMU, ada KUTKM (aka KUTU****), ada dari UTM, dari Arizona State University.. yang pasti kami semuanya ada sijil dari UPC (uNIVERSITY of PerKampung CHINCHIN).

Budak-budak ini pengawas semuanya. Budak-budak pula tu. Kepimpinan tentu sekali takde la sampai tahap ada masalah birokrasi tulen, atau ada masalah surat layang atau masalah konspirasi tahap tertinggi. Masalah biasa-biasa je. Jahat budak-budak kita panggil 'nakal'. Biasa sahajalah.

Hari Sabtu, kawan-kawan abang Syamsuri datang. Taklah ramai, cuma datang berkeluarga. Aiman, anak abang Syamsuri adalah yang paling rapat dan banyak soal dengan aku. Diajaknya aku main ceper botol. Main gameboy, main pda. Dan bila kawan-kawan dia tiba, aku dah jadi macam baby sitter pula.

"Abang Dino, mari main ceper. Abang Dino, main buai. Abang Dino main kayak. Abang Dino, mari main basikal. " ... penatnya ...............! Berkayak dari pukul 3 sampai 7. Aku rehat solat kejap pukul 5, dan sambung balik berkayak sampai nak maghrib. Kalaulah doktor aku tahu.....................

Budak-budak ni dan family mereka datang nak berbabeque. Tapi budak-budak yang datang semuanya dari peringkat 'kanak-kanak riang'. Dilompatnya ke situ. Diterjalnya ke sini. Habis 'beku' baju aku yang jatuh atas lantai...


Hari Ahad, MMU datang. Datang nak berkayak dan nak beroutdoor. Semua fasi lelaki kecuali aku (tanya kak g alasannya) , sangat riang gumbira kerana yang datang semuanya anak dara. Mereka datang dah agak tengah hari. Tiba, makan pagi dan terus aktiviti. Larian berhalangan 14. Selesai mem'beku'kan baju mereka, tengah-tengah hari buta itu juga, war games diadakan. aku intai celah-celah semak je pasal aku dah suci dari kekotoran waktu itu.

petang, main kayak. Takde apa yang menarik sangat pasal semuanya perempuan. Cuma bestnya aku boleh jumpa E'ha , Zack dan Fathi. Dah lama tak berjumpa korang. Fathi dah masuk sekolah jahit. Boleh la korang tempah pakaian ngan dia (Taylor College). E'ha ... ikan duyung ni memang takleh jumpa air. Mesti berendam sampai dua jam. Zack, alhamdulillah.. dah meningkat tingginya dua inci :)

(mungkin aku dah jadi makin 'nakal' bila jadi fasi kem.. salahkan kak g...)


Empat kumpulan pulang, dan aku pulang juga ke kota lumpur. Bersama seribu pengalaman dan pengetahuan..


p/s: banyak bahasa yang dipakai adalah standard bahasa UPC. sILA rujuk kamus kem untuk mengetahui maksudnya.

.......................................................................................................................

Dino menulis sebagai geng lasak, bukan sebagai ustaz Dino.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...