Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, October 01, 2004

Hujan Lebat,
Angin Kencang
dan
Bayu Tasik Entah Ke mana ?

30 September

Malam semalam, pukul 3 pagi hujan lebat di Kem. Sangat lebat. Dengan bunyi angin dan burung-burung mendayu-dayu, suasana jadi menyeramkan. Toyak yang tidur seorang diri di Pangkin Fasi lari berpindah ke Bilik Pandan. Bilik Pandan ni untuk fasi perempuan, tapi kalau perempuan tak ada, si-Jepun and Gang menyibuk tidur sini.

Kami kejutkan peserta dan minta berpindah ke surau. Kesian, pagi-pagi buta tengah sedap tidur. Walaupun khemah tidak basah, tetapi perlu juga berpindah untuk tujuan keselamatan. Pokok-pokok boleh tumbang menimpa bila hujan lebat dan ribut begini.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Pagi ni Kem diselubungi kabus. Memutih di tasik. Burung-burung berderet-deret bertenggek di sekelilingi kolam Matsah. Pagi ni MTIB berjogging. PakLet bwa mereka jogging ke Tokong pastu masuk hutan gelam dan keluar dekat tapak war game.

Alhamdulillah selepas pukul 8 pagi, cuaca seperti biasa semula. Lepas sarapan, ada aktiviti Obstacles-Run dan Trialthlon. Saya melepaskan mereka, Cica bawa hingga Splash. PakLet di Splash dan Along di Rock Climbing. Lepas tu pula, Toyak menunggu di tebing tasik, ke lake crossing. Akhir sekali Cica sambut, masuk ke hutan, terjun di gaung dan merangkak dalam tayar. Saya tunggu dan mencatit masa. Tak pecah rekod pun :)

Lepas minum pagi, acara Trialthlon pula. Masanya baik walaupun tidak pecah rekod. Agar sukar untuk memecah rekod yang dibuat oleh Akademi Laut Malaysia.

Tengahari, lunch. Hari ini menunya ikan pari masak kari campur terung, daging masak kicap dan sayur sawi tumis dengan telur. Ada juga sambal belacan dan cincalok untuk buka selera.

Petang, berakit. Masanya okay tetapi tidak pecah rekod lagi !

Malam buat compass marching. Mencabar jugak tetapi semua jumpa point yang dikehendaki.

Tidur awal :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++

1 Oktober

Pagi ni perserta ponteng senam pagi. Tok Batin mereka minta kebenaran dari Toyak sebab mereka dah 'pancit'.

Sarapan awallah jawabnya. Pagi ni ada nasi goreng dan kuetiaw. Macam biasa, makan paras hingga melentur pinggan heheh ...

Sekarang, sewaktu saya menaip ni mereka sedang belajar perang di Anjung Kelana sebab sebentar lagi mahu pergi berperang.

MTIB akan pulang hari ni. Kami sungguh seronok dengan kumpulan ini. Semoga berjumpa lagi !

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Ke manakah dikau ?

Pagi semalam semasa suasana tasik memutih dilitupi kabus, saya dan Cica tersakit jantung sebentar. Bayu Tasik hilang ! Bot Bayu Tasik atau nama manjanya si-Ayu hilang entah kemana. Tidak ada ditempat biasa.

Cica dan Ayu sedang rescue peserta capsize Posted by Hello


Petang hari sebelumnya Cica men'servis' enjinnya. Tambah mekap@minyak hitam dan bersihkan plugnya. Enjin dibuka dan diletak dalam rumah kayak. Ayu ditambat di jeti kecil depan pelantar pejabat macam biasa. Dan dia tak ada pagi ni.

Mana lak minah ni ?

Masa untuk test power mata :) Tengok sekitar kolam Matsah, takde. Tengok kat sangkar ikan, takde. Tengok kat jeti Pangkin Fasi, takde. Huh !

Akhirnya terbukti mata Cica lebih baik dari mata saya. Nun, hujung sana dekat pokok rembia tu, bot kami. Alahai nasib baik. Rescue time !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...