Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, August 05, 2004

Malas-malas

Minggu ni entah kenapa, bermalas-malas sahaja. Rasa tidak sihat. Semasa demam minggu lepas pun lawan demamnya, kerja juga. Dengan Iha, berhujan semasa SMK Bukit Baru main war game. Hujan lebat, kami berdua selamba sahaja duduk di tanah perkuburan mangsa perang.

Jadinya masih batuk-batuk. Lawankan jugak, hari-hari mandi di jeti belakang. Mandi dan berendam puas-puas hingga rasa sejuk, baru naik.

Mak suruh duduk rumah sahaja, jangan pergi bekerja. Manalah saya tahu untuk bermalas-malas sahaja. Lagi tak sihat, kalau duduk tanpa bekerja.

+++++++++++++++++++++++

Bawa Nana ke pejabat. Dia demam juga. Kesian nak ditinggalkan di rumah. Lagipun angin Kem segar dan nyaman. Bolehlah dia berehat dengan aman. Sambil manaip module Bina Insan untuk 'sebuah organisasi itu' sambil merenung wajah puteri kesayangan yang tidur lena. Sesekali mengucup pipi anak perempuan bongsu yang seorang. Comelnya buah hati saya tidur !

+++++++++++++++++++++++

Minggu ni ada banyak kerja-kerja 'kertas' yang perlu dihabiskan. Minggu depan, Isnin hingga Khamis ada pelajar bermasalah (high risk) akan masuk untuk Program Bina Insan.

Program begini agak mencabar. Kena teliti dalam segalanya. Tapi boleh dikatakan ini adalah dalah satu dari kepakaran kami. Kami pernah buat untuk Politeknik, universiti pun pernah.

Paling saya ingat seorang peserta ini. Dia kehilangan ibu dan bapanya. Bukan meninggal tetapi dia sendiri tidak tahu di mana ibu bapa dia berada. Dia seorang pelajar yang pandai, bersekolah di SBP. Dia ditangkap menjual rokok pada kawan-kawan. Menjual rokok kerana itulah sumber pendapatannya. Kami beritahu pada sekolah agar Pengetua dapat mencarikan sumber kewangan untuk membantu dia.

Sekarang R, sudah belajar di Universiti. Hari Raya tempohari, ajak dia ke rumah.Tetapi R bekerja sebab nak cari duit. Raya pertama tidak Raya pun. Bekerja.

Kami tidak dapat lupakan R sebab semasa majlis penutup program Bina Insan tu, semua kami - semua peserta, cikgu-cikgu, fasilitator termasuk PakLet, PakMan semuanya menangis. Tidak tahan melihatkan ketabahan dia meneruskan kehidupan. R sentiasa di hati. Tidak mungkin saya dapat lupakan dia.

Walaupun program begini mencabar minda dan fizikal kami, tetapi kami tetap mahu lakukan yang terbaik - mengubah peserta. Walaupun tidak dapat 100 %, jika ada kesedaran, Alhamdulillah. Masih boleh berubah.

++++++++++++++++++++++++

Hari ni kami ada Grup SMK Jasin. Mereka datang 2 hari sahaja. Esok petang akan pulang. Kami akan berehat dan menerima pula peserta-peserta Bina Insan. Fasi yang bertugas minggu ni - Azlee, pG, Muafa, Toyak, Khalid, Cica, Raup, Bob dan Adi.

Asri balik Sungai Petani. Bob Azrin pergi selection untuk mewakili Malaysia dalam Inter-U Sports. Anak-anak dara MMU tu balik ke KL kots? Yang seorang tu mengidam sangat nak pergi FunFair sebelah Tesco tu.

Minggu depan ni semester break pelajar Universiti. Kucai, pG, Adi dan Ruddy akan berkampung di Kem.

++++++++++++++++++++++++++

Selamat Berhujung Minggu !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...