Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, July 29, 2003

Sakat Menyakat

Ni pun dari log lama.
Hari ni gi ambik pokok sakat. Dekat kebun kelapa sawit Jalan Sialang, betul-betul sebelah sungai kat sempadan Melaka-Johor. Banyak kami ambil, lebih 50 pokok. Dua kali la jeep kena berulang alik dari kebun tuh ke Kem. Pergi dengan Abang, Jepun dan Cica. Jepun tukang 'petik' (betul ke perkataan nih? uummpphh 'he pull off the plant'). Senang jer, main tarik-tarik je, tercabut. Lepas Jepun 'petik', Cica tukang pungut dan hantar ke tepi jalan, Abang tukang pungut sakat dan masukkan dalam jeep. Saya lak, tukang drive jeep sambil jadi tukang control volume radio. Kerja lebih kurang satu jam, semua siap. Balik singgah kat warung sup gear box, minum air.
"Makcik saya ambil sakat ni la, kat kebun ni la, malam-malam tetiba dia dengar orang menangis kat depan rumah. Cari-cari, tak de sesapa lak. Esoknya dia alihkan sakat tu belakang rumah lak sebab senang nak siram air. Malamnya, dengar orang menangis belakang rumah." "Suara pompuan?" Abang tanya . "Ha'ah" tokeh warung jawab. "Esok malamnya, kami dengar lagi. Lepas panggil **** , **** kata sakat kat belakang tu yang nangis." "Elok le, takyah siram, hari-hari basah" abang tambah. " Jangan main-main bang , makcik saya kena gi hantarkan balik" Abang gelak giler. Saya dan Cica diam. Jepun dah nak nangis. Fikir mana senang, nak hantar balik 50 sakat nih ke atau nak dengar 50 tangisan malam ni. Abang tetap gelak. Cis !!!
found this at Xyad's Log http://xyad.diaryland.com/
Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
Menangis kerana rasa takut.
Menangis kerana cinta.
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Menangis kerana terlalu sedih.
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
While i was writing this log they were outside under the tree behind my office replanting the sakats. Saja nak hijaukan Kem.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...