Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, July 24, 2003

Family Tree

Ahad lepas dua pupu saya, Eton datang. Eton kawin dengan orang Jepun, Azman Ando. Jumpa dan kawin di Jepun masa tengah ambik Master. Dia dah ada 3 anak dah. Marissa, Serena dan Boy. Eton tengah menyiapkan salasilah keluarga kami. Interesting. Dia dtg nak interview Mak. Mak Eton sepupu Mak saya. Nenek Eton pulak kakak kepada Nenek saya. Nenek saya meninggal semasa umur Mak 3 tahun, so Mak dibela oleh Nenek dia, moyang saya. (aduhz, dah konpius nih) Banyak juga facts yang Eton dah jumpa. Misalnya, Moyang kami (our grandmothers father) Allahyarham Haji Aminudin ialah Guru Besar Sekolah Melayu sebelum tahun 1900 lagi. He was an educated man. Salah seorang anaknya Allahyarham Dato' Abdul Jalil Aminudin ialah Ketua Polis Negeri Sembilan yang pertama berbangsa Melayu.

Saya juga dapat tahu, Allahyarham Nenek saya, Hajah Aishah Haji Aminudin berkahwin 3 kali. Suami pertama, Haji Abdul Majid dapat Mak Long saya : Hajah Rogayah. Dengan suami kedua, Haji Abdul Wahab dapat Datuk Major Abdul Aziz dan Mak saya, Hajah Hadijah anak dengan suami ketiga Haji Saat. Allahyarham Hajah Aishah meninggal dalam usia yang muda. Baru 30 tahun. (Rasa nak komen something kat sini. 30 yrs and 3 husbands. Takut lak, karang sure Mak cili mulut, mulut jahat. But in this case, otak dan jari-jemari yang jahat !) Balik semula ke citer salasilah tadi. Weekend ni kami akan ke kubur. Mencari facts di batu-batu nesan lama tu. Keluarga kami mempunyai kawasan perkuburan sendiri(kubur nenek-moyang kami, dah penuh pun), jadi agaknya mudah untuk mencari nama mereka dan tarikh-tarikh penting tu. Bila dah siap semua, sikembar Fazlina akan mulakan website salasilah keluarga Haji Aminudin dan Hajah Aminah. Sure menarik, dengan kedatangan mereka dari Pulau Rawa hingga ke keturunan mereka sekarang yang dah jadi berbagai bangsa. Cicit mereka ada yang berbangsa Inggeris, Jepun, Turki dan Cina !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...